NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, May 31, 2012

Muzakarah : Siapa PAS Mahu Kata Malaysia Bukan Negara Islam?


57 negara anggota Pertubuhan Negara Islam (OIC) termasuk Arab Saudi, Sudan, Oman dan Brunei mengiktiraf Malaysia, di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah negara Islam dan sistem pentadbirannya mengikut lunas syariat. 
Malangnya, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengadakan muzakarah dengan parti komponen BN, Umno, kerana didakwa Nik Aziz bahawa parti itu disifatkan tidak mengikut kehendak syariat Islam. 
Tetapi Sudan dan Brunei menjadikan Malaysia sebagai model contoh untuk sistem pentadbiran negara Islam di negara mereka. 
Bukan itu saja negara Amerika Latin turut mengiktiraf kebaikan sistem pentadbiran Malaysia, yang pelbagai etnik dan kaum, sebagai sistem pentadbiran yang terbaik untuk dicontohi dan dipelajari di negara mereka. 
Malangnya sebuah parti kecil pembangkang di Malaysia, yang telah menukar perjuangannya daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan, mendakwa negara ini bukan negara Islam. 
Menurut penganalisa politik berkata semuanya gara-gara Umno tidak menukar perkataan agama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kepada perkataan Islam. 
"Semudah itu sempitnya pemikiran pemimpin Pas kini. Hanya kerana satu perkataan. Bagaimana kedudukan Pas pula yang menukar satu ayat daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan? 
"Adakah Islam "sangat" Pas itu?," katanya sambil mempersoalkan kegagalan Pas menguatkuasakan Hudud di Kelantan kerana tunduk kepada DAP dan PKR. 
Lebih teruk, Pas sendiri "membunuh" ulamanya sendiri yang memperjuangkan isu murtad dan pengawalan penjualan arak di Selangor dengan memecat jawatannya sebagai Naib Presiden Pas dan Exco agama kerajaan Selangor, iaitu Datuk Dr Hassan Ali. 
"Sudah jatuh ditimpa tangga, Hassan dikutuk lagi dalam lidah rasmi Pas, Harakah, bahawa pemimpin itu kuat membantah dan tidak mengikut kehendak parti. Inikah contoh "Islam" Pas sehinggakan Nik Abduh Nik Abdul Aziz membidas tindakan Pas itu kerana ia memalukan," katanya. 
Marilah sama-sama menilai "seIslam" manakah Pas itu sedangkan Ulama Arab Saudi pun turut mempertikaikan konsep undi Pas masuk syurga dengan disifatkan sebagai satu konsep memperbodohkan umat Islam di negara ini. --KELATEKITO.NET

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...