NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, May 13, 2012

9 Hari Menjelang #HBN2012- Ekiden Run Terbesar di Putrajaya

“Marilah kita berlari beramai-ramai di mana ini adalah sebahagian daripada rencana sambutan Himpunan Jutaan Belia 2012 dan merupakan satu falsafah yang sangat besar

iaitu menyerahkan Putrajaya kepada anak-anak muda dalam menyertai aktiviti yang lebih berfaedah,” ujar Menteri Belia dan Sukan Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semasa majlis Pra Pelancaran 7th Malaysia International Ekiden Run Putrajaya 2012 di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sini hari ini.

“Menggalakkan belia mengamalkan gaya hidup yang sihat dan dedikasi adalah salah satu objektif utama aktiviti ini disamping dapat mengeratkan lagi hubungan baik dan sikap persefahaman di antara Malaysia, Jepun serta beberapa lagi buah negara yang lain,” ujarnya lagi.

Jumlah penyertaan pada tahun 2007 adalah seramai 131 kumpulan peserta manakala pada tahun 2011 meningkat kepada 1073 kumpulan. Jumlah ini meningkat dengan mendadak pada tahun tersebut dan pada tahun ini, jumlahnya dijangka bertambah berdasarkan kepada jumlah permohonan pernyertaan yang diterima urusetia setakat ini. 
Ianya adalah satu jumlah yang terbesar dalam sejarah penganjuran Ekiden itu yang turut mencatatkan rekod di dalam The Malaysia Book Of Record.

Dato’ Sri Ahmad Shabery didalam ucapannya menyarankan agar pihak penganjur menghadkan jumlah penyertaan kepada 1,000 pasukan sahaja. Jumlah ini masih besar memandangkan penganjuran di negara ini masih mencatatkan jumlah terbesar dikalangan negara-negara yang pernah menganjurkan larian ini termasuk di negara Jepun dan Singapura.

Beliau juga mencadangkan supaya jumlah penyertaan terdiri dari pelbagai kaum dan peringkat umur bagi memperlihatkan keunikan masyarakat negara ini.

“Diharapkan agar program seperti ini adalah program yang terhebat dan dapat memberi kebaikan kepada golongan muda dan mendekati mereka dengan lebih berkesan pada kali ini,” katanya selepas menyerahkan borang penyertaan kepada wakil-wakil penganjur dan menerima tajaan dari syarikat-syarikat tempatan.
Pelbagai acara dan karnival disediakan untuk golongan belia sempena Himpunan Jutaan Belia 23hb - 27hb Mei  HBN2012 [KLIK] 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...