NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, May 2, 2012

Tolong Rahsiakan Dari Orang Melayu!

Dari Middle Voices :
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

PM pertama Kristian

Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.

Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. 
Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.

Faktor Anwar Ibrahim cukup penting. Keupayaannya Anwar memecah belahkan orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS.

Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai PM sebagaimana yang kita fahami. Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka. 
Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? Mereka akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya akan ditamatkan.

Mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017 nanti (PRU 14). Mengapa?

Sehingga hari ini DAP hanya bermain wayang. Karpal masih belum mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya walaupun mereka berada dalam kapal yang sama dan Anwar dilantik sebagai kapten. 
Masa Anwar akan berakhir bila PR menguasai negara. Tidak mustahil ia dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri untuk memberi laluan DAP menguasai politik sepenuhnya. Lee Kuan Yew Dibenarkan Memerintah Malaysia Buat Sementara, syarat PRU13 Dari PAP Kepada DAP.

PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT

Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar. PAS dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO.

Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP) menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi langkah untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia mereka yang masih belum terbocor. 
Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing.

Siasatan mymassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam. Ini Rahsianya, bacalah dengan serius...

  • Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka? 
  • Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU. 
  • Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! 
  • Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi. 
  •  Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di China? Adakah ia mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi. 
  • LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang. 
  • Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim. 
  • Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia. 
  • Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja. 
  • Minggu depan (April 2012?), LGE akan ke Singapura untuk kali ke 12 dalam tempoh tidak sampai 14 bulan. 
Kita tunggu............ sumber

Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka. 
Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).

Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri?

Sayangnya UMNO dan PAS masih mahu terus memusuhi satu sama lain melalui muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam dan Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan menjaga dan memajukan bangsa. 
Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum mendatang yang rakus. Kami sayang PAS kerena perjuangan Islam mereka yang kukuh. Mengutamakan Islam dari yang lain (kecuali sekarang?).

Kami mahu mereka bersatu demi masa depan Melayu dan Islam. Jika tidak...........

Bersatulah MELAYU ISLAM sebelum NASI MENJADI BUBUR...
PS: ISLAM ADALAH MY WAY OF LIFE!!! MELAYU ITU BANGSAKU!!!
MALAYSIA ITU NEGARAKU!!!

13 comments:

Anonymous said...

Jika benar pakatan sulit ini kenapa tak lapor terus kepada pihak-pihak berkenaan yang bertanggungjawab. Ini kira gerakan bawah tanah yang diterajui oleh DAP.
Orang Melayu ni kalau tak terantuk memang tak tergadah.

Anonymous said...

Melayu mudah lupa. Tengok jelah apa dah jadi di seberang tambak johor. terpaksa tunduk kepada bangsa asing, dan di seberang sungai golok silap kona kena m enambelas..

ASHAMSURI said...

bro..aku pohon copy..tqvm..

Anonymous said...

melayu perintah tanah melayu pun lepas pada cina sapa lepaskan singapura la ni p.pinang yang di keruk ditipu semua tanah melayu kerja siapa ........50tahun perintah mana melayu yang kaya selain dpd kroni orang kampung masih kat takuk lama walaupun penyokong totok BN/Umno

Anonymous said...

Kroni tu bangsa melayu jiwa islam.yg nak kuasa nih kapir musuh Islam yg nyata. Itu pun tak bleh fikir ker dol. Mmg betul Dr M ckp, UMNO tak beri peluang kpd bijak menyertai sbbnya yg dlm UmNo ada hati yg terang dpt bezakan mana jahil mana yg batil

Anonymous said...

Tak payah gaduh2
gunakan hak memasing masa PRU nnt

Anonymous said...

lee kwan yew = chin peng?? food for thought..

Anonymous said...

selama ni x nampak ke pengkhristianan dah lama bermula? selama ni siapa pemerintah kita? pernah x dia bagitahu pd kita semua,tahun baru yang sebenar bila? cuti-yg sepatutnya jumaat,bertukar kepada ahad...khristian berlenggang kangkong ke gereja bersama keluarga...kita?bg yg bekerja,bergegas2 utk kemasjid,krn masa rehat pendek..tolonglahhhhh,...wahai rakyat malaysia,pernahkah anda lihat pemimpin anda mengimamkan solat??ya,betul..ibadat bkn utk menunjuk2...tp ambillah langkah sekurang2nya....peribadi dinilai bermula dari zahir,barulah batin...benar2kah selama ini kerajaan kita bersungguh2 ambil berat tentang islam?

Anonymous said...

sedih rasa setelah baca. orang melayu mmg tak sedar-sedar, terlalu emosi dan tak berfikir panjang sebelum membuat keputusan dan mengambil tindakan. sedih melihat orang melayu kini. they will surely destroy the future of the younger generation. it is their kids and grandchildren whom will suffer.

Anonymous said...

Melayu & islam dicaci,dipertikai... Tp bangsa & agama lain disanjung....

Anonymous said...

BANGUN DAN SEDARLAH BANGSAKU....KOTAKAN KATA2 HANG TUAH "TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"...MALAYSIA WAJIB DIPERINTAH OLEH ORG MELAYU ISLAM KERANA KITA NEGARA ISLAM......JGN JADI LALANG KELAK BANGSA KITA MUSNAH.....

Anonymous said...

Anon 7:08PM...udah2 la ngan slogan Hang Tuah ko tu...ingat kalimah Allah "Kun Fayakun"...yg tu HAQ..Hang Tuah belum pasti wujud..kembalilah kepada Al-quran dan As-sunnah..Islam untuk semua umat manusia,.semua kaum,.perkemaskan Iman kita,..InsyaAllah,..kita akan "hilang" dari dunia yg sementara ini menuju alam yg kekal dengan bekalan Iman kita...jgn taksub pada Melayu..takutlah pada Allah..sayangilah Rasulullah...dambakan syafaatnya..Amin..

Anonymous said...

sy sokong pndpt kmu mengenai kalimah Allah"kun fayakun" tu.
tp sy x brp setuju bila hang tuah dikatakan blum pasti wujud..kembali mendalami sejarah melayu....rata2 bangsa melayu tidak knl sjrh bangsa sendiri..bangsa melayu sendiri mengatakan pahlawan melayu tu mitos belaka..
wallahua'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...