NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, May 30, 2012

Rantai Apa Yang Dipakai Oleh DS @NajibRazak?


Rantai Najib Razak punya hal...

Jika orang biasa yang memakai rantai emas, berlian, perak atau mutiara sekalipun ianya tidak mungkin akan menjadi satu bahan perbualan masyarakat kita. Tetapi bila seorang Perdana Menteri beragama Islam memakai rantai ianya agak menarik perhatian kita.

Isu DS Najib Razak memakai rantai mula mula timbul sekitar April 2012 ketika PM mengunjungi sebuah majlis mengagihkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) di mana pada waktu itu adik-beradik yang terpisah lebih 2 dekad berjaya ditemukan dalam majlis tersebut.

Turut disiarkan dalam Buletin Utama :



Selepas berita dan gambar dari majlis tersebut disiarkan, pembangkang mula memainkan peranan mereka dengan menabur fitnah kononnya PM memakai rantai emas. Pada waktu itu rakan bloggers yang menyokong kerajaan mengatakan gambar tersebut merupakan gambar 'super impose'.

Foto - yang mula menjadi isu.
Zoom In - Jelas kelihatan seutas rantai di leher DS Najib Tun Razak.
Wahai saudara pembaca sekalian, walaupun saya seorang penyokong kerajaan. Tetapi saya tidak berminat membuat penafian kosong semata-mata dengan melemparkan pelbagai tuduhan kerana tindakan tersebut persis tindakan Anwar Ibrahim yang sentiasa menuduh kerajaan setiap kali beliau melakukan kesalahan.

Kita menuduh pembangkang super-impose, ada pula yang kata Najib Razak bukan memakai rantai sebaliknya memakai 'Ear-Piece' sejenis alat yang disambung ke walkie-talkie yang biasa digunakan oleh pengawal-pengawal VVIP.

Untuk lebih adil jom kita buat sedikit penyelidikan.

Kita 'zoom-in' dengan lebih dekat lagi foto DS Najib Tun Razak :

Foto ketika majlis pengagihan BR1M.
Kita 'zoom-in' pula foto ketika PM DS Najib Tun Razak merasmikan Hari Belia 2012 :

Foto ketika perasmian Hari Belia 2012.

Ianya bukan 'super-impose' ianya juga bukan 'Ear-Piece' ianya adalah seutas rantai. Jadi ingin saya katakan bahawa BENAR, PM DS Najib Tun Razak mengamalkan pemakaian rantai.

Mengikut maklumat yang diperolehi, PM Najib Tun Razak mengamalkan pemakaian sejenis loket kesihatan magnet'Quantum Solar Energy' bagi mencegah darah tinggi (hypertension), sinus, strok, kencing manis (diabetes), cataract, asma, penyakit kulit, lemah tenaga depression, chronic fatigue syndrome, sakit tulang, athritis, sakit otot, ketagihan rokok, hairloss, sakit sendi, ketagihan alkohol.

Rantai dan loket magnet Quantum Solar Energy 

Benar terdapat hadis yang mengatakan HARAM seseorang lelaki memakai rantai, serta menyerupai wanita. Tak percaya boleh tanya Ustaz Azhar Idrus. Lalu dengan bermodalkan sepotong hadis serta ditambah sedikit bahan perencah fitnah, pembangkang segera memainkan peranan mereka memfitnah.

Kononnya Najib Razak menyerupai wanita bla..bla..bla...

Persoalannya bolehkah seorang lelaki Islam memakai rantai...?

Itu kita kena tanya dengan Majlis Fatwa Kebangsaan...

Pada tahun 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan :
Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:

i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).

ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.

iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
iv. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.
Sekarang kita ambil 2 bahagian iaitu nombor 1 dan 4 yang telah dimerahkan sebagaimana diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
  • Bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (Untuk Lelaki) - Rantai Quantum Solar Enegery diperbuat daripada larva gunung berapi di Jepun dan German. Lahar Tenaga Skalar yang terbaik adalah dari Jepun dan Jerman berdasarkan faktor cuaca dan alam. - Jadi rantai yang dipakai oleh Najib Tun Razak bukan satu kesalahan dari segi hukum syarak.
  • Mendapat perakuan daripada pakar beragama Islam dan terbukti secara saintifik - Mengikut pandangan beberapa ustaz  pemakaian rantai diharuskan untuk tujuan perubatan. Kajian saintifik juga mengatakan bahawa rantai yang diperbuat dari larva gunung berapi di Jepun dan German terbukti berkesan merawat penyakit. Kajian ini dibuat oleh John Barron saintis terkemuka dunia :

Malah The Star juga turut menyiarkan keberkesanan bahan yang dihasilkan dari larva gunung berapi di Jepun dan German ini sebagaimana ditulis oleh Dr. Amir Farid Isahak [SINI]

Jadi tiada apa yang aneh, pelik dengan rantai yang dipakai oleh PM Najib Tun Razak. Malah dari segi hukum syarak yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan pun menyatakan HARUS bagi tujuan perubatan.

Mungkin pembangkang akan kata HALAL jika rantai kesihatan yang dipakai oleh PM DS Najib Tun Razak direndam terlebih dahulu ke dalam air yang telah dijampi oleh Nik Aziz Bin Nik Mat. 

Hahaha...

Arios!


13 comments:

Anonymous said...

Lama tak menulis mcm ni bro? Good entri bro. Harap dpt merungkai tuduhan liar pembangkang. Org pegi haji 3-4 kali pun ada yg pakai rantai.

Anonymous said...

ade betulnya rantai tersebut untuk tujuan kesihatan sebab kini ade rantai nano pula dijual dan saya juga telah membelikan seutas untuk hubby sebab dia selalu sakit leher kerana banyak memandu. Katanya selepas memakainya dan dengan izin Allah, sakitnya berkurang...itu usaha bagi mengelakkn my hubby sakit leher/lenguh atau mengantuk

Unknown said...

are you stupid? How would you know that the rantai Dato Najib was wearing is that? LOL

Sudir said...

Haiyaaa Sugar and Coffee.. What do you it is?

Yuseri Yusoff said...

Sugar and Coffee,

How you know Najib wearing is rantai emas?

Moron! :)

Anonymous said...

Memang berkesan, harganya takde la mahal sgt dalam RM950 je. Shahlin Zulkifli pun ada pakai rantai kesihatan ni.

Anonymous said...

Banyak trend pakai rantai kesihatan ni, bukan saja rantai dlm bentuk jam tangan pun ada.

Pembangkang mmg jenis busuk hati.

zaa@perkasapetaling said...

Salam,
Artikel yang bagus untuk menjelaskan tohmahan, tepat pada masa dan ditulis dengan baik. tkasih saudara atas dayausaha memberikan informasi berguna pada pembaca.

zaa@perkasapetaling
http://perkasapetaling.blogspot.com

Yuseri Yusoff said...

Tq bro Za Perkasa. Sy hargai komen dari you bro..

:)

Anonymous said...

Betui. Kalu untuk tujuan perubatan, sapa pun harus pakai.
Begitu juga dengan arak traditional Cina. Ada ustaz kata boleh minum (arak khas tu) untuk tujuan kesihatan. Untuk tujuan mabuk tak bolehlah! hahahaha

Anonymous said...

bs..mnegakkan benang yg basah

Panglima Perang Cyber said...

Artikel yang hebat....saya nak pinjam :-)

Panglima Perang Cyber said...

Artikel yang hebat....saya nak pinjam :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...