NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, May 31, 2012

#SaveKelantan : Konsep 'Negara Berkebajikan' PAS - Minta Duit Rakyat Untuk Lebuhraya?


Hahaha...

Mereka kata BN cekik duit rakyat bila kenakan caj tol kepada pengguna...

Mereka kata BN tidak jaga kebajikan rakyat sebab buat lebuhraya untuk kemudahan rakyat, tetapi selepas itu minta duit rakyat...

Sebab itu mereka tampil dengan konsep 'Negara Berkebajikan'...

Selepas berita tentang keinginan PAS Kelantan membina lebuhraya tanpa tol barulah saya faham apa itu 'Negara Berkebajikan' ala-ala Pakatan Rakyat...

Maksudnya...

Setiap rakyat kena melakukan kebajikan kepada kerajaan, sebab itu rakyat digalakkan menderma untuk pembinaan tol yang berjumlah RM1.8 billion...

Selepas rakyat melakukan kebajikan kepada kerajaan, rakyat akan dapat manfaat menggunakan lebuhraya tanpa tol...

Maksudnya kita bayar dulu guna kemudian...?

RM1.8 billion...?

Berapa lama nak tunggu angka ini cukup...?

Rakyat Kelantan usahlah berharap, sebab dah banyak projek Tok Guru rasmikan dengan meletakkan batu tanda...

Tapi projek itu belum ada tanda-tanda pembinaan...

Hahaha...

"Rakyat Kelantan mempertikaikan kewajaran kerajaan Pas Kelantan mengutip derma daripada rakyatnya untuk pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 bilion. 
Yusop Manaf, 40, berkata bagaimana kerajaan Pas kata akan tidak akan laksanakan tol tetapi meminta duit daripada rakyat untuk buat lebuh raya. 
"Untuk sampai RM1.8 bilion bukannya sedikit untuk rakyat berikan. Jadi ia sama juga kerajaan Pas Kelantan mengenakan tol. Jadi di sini tak nampak logik kononnya nak jaga kebajikan rakyat tapi "sedut" duit rakyat," katanya. 
Kamariah Johan, 39, berkata buat apa kerajaan Pas minta duit rakyat jika ia benar-benar ikhlas untuk bantu rakyat. 
"Nampak sangat 22 tahun memerintah tidak reti cari duit. Cakap pandai kebajikan untuk rakyatlah.. untuk Islam lah.. habis 22 tahun buat apa.. cakap politik je pandai. Buat kerja tidak reti-reti. 
"Baik beri saja lebuhraya dibina syarikat swasta dan rakyat yang menggunakan lebuhraya kena bayar. Ia lagi cepat dibina berbanding nak tunggu duit derma cukup baru nak bina. Tak cerdik langsung," katanya. 
Manakala Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan , Datuk Balan Baharuddin berkata, tindakan minta derma itu tidak wajar dilaksanakan memandangkan kerajaan negeri pimpinan Pas telah menabur janji bahawa lebuhraya itu adalah percuma. 
Katanya, tindakan itu sama seperti mengambil duit rakyat sedangkan ia adalah untuk kemudahan rakyat. 
“Sebelum ini kerajaan negeri kata nak bagi kemudahan untuk rakyat. Semalam Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri kata lebuhraya itu akan gunapakai konsep lebuhraya negeri yang tidak akan melibatkan pembayaran tol oleh rakyat “Tetapi pada masa yang sama beliau alu-alukan rakyat menderma.

Ini menunjukkan sikap kerajaan Pas yang sekali lagi mempermainkan rakyat selepas peletakan batu asas projek jambatan Palekbang, Pelabuhan Darat, Pembangunan Lembah Sireh dan beberapa lagi projek lain yang sehingga kini masih lagi terbengkalai,” katanya."
- Kelatekito.net

2 comments:

Unknown said...

Nak tunggu kutip RM1.8 billion, 100 tahun pun x dapat lebuhraya.

HOT! BUKTI NURUL IZZAH SENGAJA CETUS KEKACAUAN DI PANTAI PERMAI! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Itu baru SATU lebuhraya, i.e, Kuala Krai _ Kota Bharu...

Lebuhraya Pasir Puteh - Kota Bharu tak perlu ker..?

Tak nak kutip duit ker, Nik Aziz..?

Seeloknya, lebuhraya ini dipanggil 'Lebuhraya Prepaid'... Bayar dulu.., guna kemudian..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...