Selesai sudah siri JDAB2012 bagi mencari golongan lepasan SPM yang gagal melanjutkan pelajaran di Negeri Sembilan dan Johor Bahru semalam. Hari ini skuad JDAB2012 yang bertolak pulang ke Shah Alam malam tadi akan kembali menyambung siri jelajah mereka di Kuala Lumpur pada hari ini.
Lokasi yang dipilih untuk jelajah mereka di Kuala Lumpur adalah Stesen KL Sentral, Hentian Putra dan Uptown Danau Kota. Malam ini beberapa artis turut menyertai siri jelajah mereka antaranya Danny X-Factor, Gambit, Syed Aiman, Syahir AF8, Zamarul Hisham, Linda Rafar, Diana Rafar, Fida dan Tasya Syilla yang mewakili NGO Malaysian Artist Sports Club (MASC).
Selain mencari golongan pelajar lepasan SPM, barisan artis ini akan turut serta memberi penerangan serta info kepentingan pendidikan kepada masyarakat miskin bandar yang telah disasarkan.
Selepas melawati sekitar Pasar Awam Segamat, Tangkak dan Muar. Skuad JDAB2012 semalam turut berkesempatan melawat tapak baru kampus UiTM yang bakal dibina di Pasir Gudang dan turut bersama Tan Sri Mohammad Nor Yakop mengagihkan bantuan kepada golongan miskin di Pasir Gudang.
Ayuh kita temui skuad JDAB2012 yang turut disertai artis-artis popular tanahair untuk bertanyakan program-program pembelajaran yang disediakan oleh MDAB dengan kerjasama UiTM jam 9.00 malam ini.
Layari blog : Jelajah Destini Anak Bangsa atau ikuti twitter : @JelajahDestini untuk kemas kini lokasi yang bakal mereka kunjungi.
Foto sekitar Johor Bahru :
Pengerusi MDAB Mohd Faizal Daud ditemubual oleh Astro Awani |
Skuad Sukarelawan JDAB2012 mula bergerak mencari sasaran seawal jam 7.30 pagi |
En.Aizuddin memberi taklimat kepada Puteri UMNO dan Sukarelawan JDAB2012 |
Sukarelawan JDAB2012 memberi info tentang program yang disediakan |
Sambutan warga Muar |
Tan Sri Mohammad Nor Yakop bersama memberi sumbangan ketika melawat tapak baru UiTM Pasir Gudang |
Skuad Sukarelawan bergambar bersama Tan Sri Mohammad Nor Yakop |
No comments:
Post a Comment