NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, February 23, 2013

#RCISabah : Lagi Fakta Yang Tidak Disiarkan - 1.1 Juta Nama Pemilih Dikeluarkan Oleh SPR!


Sambung kembali Prosiding Suruhanjaya di Raja yang ditubuhkan bagi menyiasat kebanjiran pendatang asing di Sabah yang memulakan prosiding pertama pada 14 Januari yang lalu, manakala prosiding kedua diadakan 29 Januari hingga 1 Februari sebelum menyambung prosiding ketiga yang berlangsung 22 Februari hingga 23 Februari 2013. (hari ini)

Laman blog ini antara yang mengulas kenyataan saksi tanpa 'spin' sebagaimana dilakukan oleh Malaysian Insider, rujuk [artikel 1, artikel 2, artikel 3, artikel 4, artikel 5, artikel 6, artikel 7]

Prosiding ketiga RCI yang berakhir petang tadi mendengar kenyataan dari 8 orang saksi iaitu SP56 hingga SP62 - seperti biasa pelbagai kenyataan direkodkan daripada saksi-saksi yang dipanggil.

Namun keterangan ada beberapa keterangan dan fakta penting dalam prosiding ketiga RCI yang memang tidak akan disiarkan Harakah Daily dan juga Suara Keldaian adalah mengenai 1.1 juta nama pemilih telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia atas pelbagai sebab.

Ok ini menarik, kerana SPR sering kali dilabel sebagai agen BN, SPR merestui orang asing mengundi serta banyak lagi fitnah yang dilemparkan pembangkang kepada agensi tersebut.

Menurut saksi ke-58 (SP58) Shafee Sajat yang bertugas sebagai KPUS Bahagian IT, Suruhanjaya Pilihan Raya sejak tahun 2008, beliau memberitahu ketika menjawab soalan 51, 52, 53 dan 54 RCI dimaklumkan ;
Soalan : Untuk mengundi, bolehkah seseorang pemilih guna dokumen lain selain KP biru?  
SP 58 : Saya tidak berani beri kenyataan, takut tersilap. 
Soalan : Ada tak statistik pembersihan yang terkini   
SP58 : Ada buat statistik berdasarkan yang mana telah direkod dalam sistem sahaja, iaitu mulai 2005 hingga sekarang. Hingga suku ketiga 2012, seingat saya ada lebih kurang 1.1 juta dikeluarkan atas pelbagai sebab. 
Soalan : 1,133,279 untuk seluruh malaysia telah dikeluarkan dari daftar pemilih. Untuk Sabah, berapa? 
SP58 : 78,340 
Soalan : Boleh sahkan 979,943 adalah disebabkan oleh kematian?  
SP58 : Ya
1.1 juta nama pemilih dikeluarkan daripada jumlah tersebut sebanyak 78,340 nama pemilih telah dikeluarkan atas pelbagai sebab dan daripada 1.1 juta nama pemilih dari seluruh negara sebanyak 979,943 nama pemilih dikeluarkan atas sebab kematian.

Bersambung...

1 comment:

Unknown said...

Sah lah lepas ni puak pakatan akan kata 1.1 juta yang dibersihkan oleh SPR itu adalah penyokong mereka.

Walaupun yang dikeluarkan itu termasuk mereka yang telah meninggal, namu mereka akan spin dgn mengatakan sebenarnya pengundi itu tidak meninggal, sengaja dikeluarkan oleh SPR.. hahaha.. orang matipun boleh mengundi jika mengikut tafsiran puak pakatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...