NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, February 22, 2013

[VIDEO] : @saifulapek Buat @datosahol Pecah Perut Sepanjang #JDAB2013 di Kelantan!


Tak senang duduk Skuad JDAB2013 gara-gara Saiful Apek punya pasal!

Gelak tak sudah-sudah...

Tengok muka pun dah gelak, asal gelak saja mesti time muka apek ade...

Hahaha...

Alhamdulillah...

Untuk kali kedua saya berkesempatan bersama-sama Skuad JDAB2013 menjelajah tiga lokasi utama di negeri Kelantan iaitu Bachok, Jeli dan Tanah Merah setelah berjaya membantu hampir 2,000 pelajar lepasan SPM ketika JDAB2012 yang lalu.


Misi membantu anak-anak Kelantan oleh JDAB2013 bermula seawal jam 8.00 pagi, sebaik dilepaskan oleh Naib Canselor UiTM sendiri iaitu Datuk Seri Prof. Ir. Dr. Sahol Abdul Hamid, skuad JDAB menuju ke Pasar Jelawat, Bachok di mana seramai 32 orang pelajar telah berjaya menempatkan diri mereka di UiTM.

Masyarakat di sekitar Pasar Jelawat, Bachok menyambut baik ketibaan Skuad JDAB2013 yang turut disertai oleh barisan artis popular seperti Saiful Apek, Adira AF, Danny dan Syed Aiman.

Bertempat di Kedai Kopi Poo seramai 22 orang pelajar lepasan SPM manakala 10 daripada mereka terdiri daripada pelajar yang gagal melanjutkan pengajian di peringkat ijazah memperolehi peluang kedua membuktikan kebolehan mereka di UiTM.


Berbeza dengan JDAB2012, kali ini pihak UiTM turut membawa dua buah bas khas yang diubah suai menjadi klinik bergerak Optometri serta Klinik Pergigian yang turut menyerdiakan khidmat pemeriksaan mata dan gigi secara percuma.





Kemuncak jelajah JDAB2013 di Kelantan turut dimeriahkan dengan sambutan 5,000 pelajar UiTM yang berkumpul di Sek.Men. Belimbing, Tanah Merah.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Destini Anak Bangsa - Mohd Aizuddin 
Usaha murni UiTM ini makin diterima baik oleh masyarakat Kelantan berbanding dengan tahun lalu, di mana terdapat penyokong parti politik tertentu bertindak mengherdik para sukarelawan JDAB hanya kerana gambar PM DS Najib Tun Razak tertera di dinding bas.



Lagi cerita & koleksi foto-foto sepanjang Jelajah Destini Anak Bangsa [KLIK]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...