BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, January 29, 2013

#RCISabah : Bekas Pengarah JPN Mengaku Raih Lebih RM1 Juta Hasil 'Projek IC'


Sessi kedua prosiding pendengaran awam Suruhanjaya di Raja (RCI) hari ini dikejutkan dengan pengakuan saksi  ke-33 (SP33), Datuk Hj Ibrahim bin Hj Zakaria yang kini bertugas sebagai 'Head Of Special Branch Sarawak'.

Sekitar 1994-1996 satu Ops Khas dijalankan di mana seramai 94 orang telah ditahan kerana terlibat dengan pengeluaran IC kepada warga asing, di mana 24 daripada mereka adalah kakitangan JPN.

SP33 yang menjalankan sessi temuduga (soal siasat) ke atas Haji Raof Sani, bekas Pengarah JPN Sabah memberitahu bahawa hasil soal siasat ke atas Hj Raof, sebanyak 6,305 keping IC telah dikeluarkan tidak mengikut prosedur dan sebanyak RM1,673,00.00 (RM1.6 juta) telah diperolehi hasil perbuatan tersebut.

Selain itu perkara Haji Raof turut menyatakan bahawa tiada arahan yang diterimanya untuk menjalankan kerja-kerja tersebut. Sebaliknya perbuatan ini dilakukan semata-mata kerana hasil keuntungan yang lumayan.

Kenyataan saksi lain yang  kita perlu fokuskan adalah dari saksi yang ke-34 iaitu DSP Badaruddin yang kini bertugas sebagai Peg. Turus 1 Intelligent Technical di IPK Kelantan, di mana pada tahun 1994-1996 beliau turut ditugaskan menemubual tahanan ISA.

Hasil temubual ke atas Ramli Kamaruddin (bekas Ketua Pengarah JPN Sabah), Ramli Kamaruddin mengatakan sebanyak 16,000 resit dikeluarkan KP19 dan KP11 (KP19 untuk pembaharuan IC, KP 11 untuk kehilangan IC) kepada individu-individu asing iaitu India, Pakistan, Indonesia dan lain-lain.

Pendatang-pendatang ini dikenakan bayaran sebanyak RM250 untuk setiap resit, pada waktu itu juga Ramli Kamaruddin turut mengakui perbuatan tersebut dilakukan berdasarkan keuntungan semata-mata dan tiada arahan atau penglibatan mana-mana ahli politik.

Berdasarkan dua pengakuan yang direkodkan oleh pegawai polis yang terlibat menjalankan temuduga ke atas kakitangan JPN yang ditahan di bawah ISA pada tahun 1996,  jelas bahawa wujudnya kegiatan pengeluaran IC kepada warga asing merupakan perbuatan orang dalam JPN sendiri.

Justeru itu, kenyataan yang diberikan oleh mereka tempoh hari jelas bias untuk menyalahkan pihak lain di atas kesalahan yang dilakukan, kerana jika benar wujudnya penglibatan orang politik.

Kenapa ia tidak dinyatakan dalam keterangan sepanjang soal siasat dijalankan ke atas mereka di awal-awal penahanan mereka?

Makin lama makin menarik, makin lama makin jelas bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang dari dulu hingga sekarang merupakan tuduhan palsu untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Seperti yang saya tekankan sebelum ini, isu 'Projek IC' hanya diperjuangkan oleh pembangkang setiap kali tibanya pilihanraya.

Jangan terkejut jika esok lusa, Lim Kit Siang akan berdemo menyalahkan Kementerian Dalam Negeri kerana memberikan IC kepada Mr.Bean.


KAH...KAH...KAH

Baca artikel sebelum berkaitan RCI [SINI - SINI dan SINI]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...