NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, February 19, 2013

#HAK2013 : Bacaan Penganut PAS Sahaja - Apa Beza Daud Su Kibar 'ROYALTI' Dengan Piya Kibar 'TUKAR'


Bo la weii...(sudah-sudahlah)

Itulah pesanan PM kepada PAS Kelantan yang telah menipu rakyat Kelantan dengan pelbagai janji tetapi tidak satu pun ditunaikan ketika bersama 15,000 anak-anak Kelantan di Himpunan Perdana Anak Kelantan (HAK2013) semalam.

Iaitu selepas satu hari Himpunan Tukar Kelantan yang berjaya dihadiri oleh 10,000 rakyat pelbagai latar belakang pada 15 Februari yang lalu.

Menariknya dalam Himpunan Perdana Anak Kelantan semalam, Kapten The Red Warriors Badri atau Piya dikecam teruk gara-gara mengibar bendera TUKAR. Saya juga terdengar dari rakan bahawa Piya antara yang bersemangat sehingga beliau berdiri di atas kerusi sambil mengangkat playkad 'We Love PM'.

Mungkin disebabkan tindakan ini pelbagai cemuhan dan maki-hamun dilemparkan oleh pengikut PAS melalui laman-laman facebook yang mengumpulkan peminat TRW.

Ada juga pengikut PAS totok yang mengatakan bahawa Piya 'pembelot' kepada penyokong TRW hanya kerana mengibarkan bendera TUKAR. Pelbagai alasan diberikan, mempolitikkan sukanlah, mempolitikkan bola sepak serta banyak lagi alasan hanya mahu menghukum Piya.

Betullah orang kata PAS ini memang jumud, masih berfikiran ortodoks serta tidak memahami konsep demokrasi yang sebenar. Mereka marahkan Piya yang menghadiri Perhimpunan Perdana Anak Kelantan serta mengibarkan bendera 'TUKAR' tetapi mereka memuja dan mengagungkan tindakan Daud Su yang dahulu tersilap mengibarkan bendera 'ROYALTI'.



Tengok sikit bagaimana pengikut PAS totok yang diketuai oleh bekas 'kaki ubat batuk' Pojie (jangan marah boh! haha)

KLIK IMEJ UNTUK LEBIH JELAS



Hahaha..

Bodoh sungguh orang-orang PAS ini, dalam prinsip negara demokrasi kita sepatutnya menghormati hak setiap individu untuk menyertai, menganggotai atau menyokong mana-mana organisasi hatta orang Melayu mahu menyokong DAP sekalipun.

Jika tindakan Daud Su mengibarkan bendera R dahulu dijulang dan diagungkan-agungkan oleh pengikut NGOk ROYALTI kenapa mereka kepanasan marahkan Piya yang mengibarkan bendera 'T'.

Persoalannya apa beza 'R' dan 'T'?

'R' adalah sebuah gerakan yang didalangi oleh PAS Kelantan kononnya untuk menuntut hak royalti dari kerajaan untuk anak-anak Kelantan, manakala 'T' pula adalah sebuah gerakan yang umum mengetahui ia merupakan gerakan pro-UMNO yang bergerak menuntut kerajaan negeri PAS menunaikan janji-janji yang dibuat sepanjang pemerintahan dan juga menuntut hak TANAH yang dipajak kepada orang luar.

Itulah perbezaan antara 'R' dan 'T'...

Manakala kedua-dua gerakan ini pula dilihat mempunyai satu kesamaan iaitu kedua-duanya dilihat berjuang dan bergerak menuntut hak rakyat Kelantan.

Jadi, apa salahnya seorang pemain bola sepak yang juga anak jati Kelantan menyokong gerakan yang memperjuangkan hak rakyat Kelantan?

Jika benar Piya menyokong UMNO/BN sekali pun itu adalah hak beliau, mungkin kerana dirinya sedar bahawa individu yang bertanggungjawab membangunkan bola sepak Kelantan adalah hasil kebijaksanaan Tan Sri Annuar Musa, Ketua UMNO Bahagian Ketereh bukan orang PAS.

Jadi tidak perlu hairan jika benar Piya menyokong rakyat Kelantan 'TUKAR' kerajaan PAS kepada BN, ini semua berlaku kerana sikap munafik PAS sendiri yang menjanjikan stadium baru untuk TRW di Merbau tetapi sehingga kini, stadium entah ke mana, tanah pun entah ke mana.

Sebaliknya PM DS Najib Tun Razak pula yang berjanji akan membina stadium baru dan dimasukkan dalam manifesto Pilihan Raya akan datang, tetapi sama ada BN menang atau tidak rakyat Kelantan usah khuatir kerana BN sentiasa menepati janji yang dibuat.

Stadium tersebut sudah dalam perbincangan pun, cuba baca Facebook Tan Sri Annuar Musa :


Belum pun kepimpinan kerajaan negeri di TUKAR kepada BN,  kita bakal melihat sebuah stadium baru dan juga masjid paling besar di negeri Kelantan, apa akan berlaku jika kita TUKAR kepada BN?

Mana satu kita hendak lihat, tokong besar atau masjid besar?

Sebenarnya Piya pun nak main dalam stadium baru boh!

Sampai bilo nok nyepak bola dalam stadium hok samo, jadi baiklah kito TUKAR!

Hahaha...

2 comments:

Anonymous said...

Ada beza boh antara kibaran "R" Daud & "T" Piya:
1) tak salah Piya kibar T sbb masa personal dia..... mmg majlis utk T. Ambo pun nk kibar ghetek.
2) adalah salah utk daud kibar R sbb masa tu masa main bola boh ..... buleh kad kuning tu jika dlm game.
3) daud tertukar dgn dderoa ( bendera) kelate sbb excited sangat.

Ko guano boh?

Ibn Rushd

Yuseri Yusoff said...

Ibn Rushd,

Memey arrr.... jolor doh hok demo royak tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...