Program Jelajah Anak Malaysia telah memulakan siri jelajah mereka, ini merupakan kesinambungan siri jelajah Aman Kampus yang mana turut disertai oleh saya sendiri sebelum ini.
Kali ini saya tidak sempat mengikuti konvoi pasukan anak-anak muda ini kerana terpaksa menyelesaikan beberapa tugasan penting seperti watermark yang besar-besar untuk tontonan pembaca.
Kah...Kah..Kah...!
Ikuti perkembangan terkini siri JAM melalui portal MyMahasiswa :
Di Teluk Intan, konvoi tiba pada jam 12.00 pm dan disambut oleh masyarakat Teluk Intan yang diketuai oleh Tn. Haji Ayub Mohamad, Timbalan Presiden Mimbar Permuafakatan IbuBapa (MAPIM) Kebangsaan.
NGO ini bertanggungjawab menguruskan pergerakan jelajah kami di Teluk Intan. Selesai solat Jumaat,para peserta bergerak ke sekitar Menara Condong dan Giant, Teluk Intan.
Di sini soal selidik bertemakan Suara Rakyat dilakukan untuk mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan program Transformasi Negara yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri.
Alhamdulillah,penduduk disini memberikan kerjasama yang baik.
Pada sebelah petang,para peserta menjalankan aktiviti #KAM1PRIHATIN dengan menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan serta mengecat balai raya & surau Taufiqiah, Kg Padang Tembak.
Ikuti kisah perjalanan konvoi JAM [sini]Untuk melihat foto aktiviti dan gelagat anak-anak muda yang menyertai jelajah tersebut lihat di blog photoblogger l3rasc0 [sini]
Peringatan : foto-foto yang disiarkan mengandungi watermark photographer tersebut, mungkin tidak sesuai untuk tontonan blogger tertentu.
Kahkahkahkah!
No comments:
Post a Comment