NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, December 11, 2011

Saifuddin Nasution Jenguk-Jenguklah Rakyat Machang #saveKelantan


Kemalangan maut ekoran jalan rosak dan berlubang di Kampung Pangkal Chuit, Temangan pada petang kelmarin seharusnya menjadi satu peringatan kepada semua dan perlu diberi perhatian yang serius dalam menanganinya.

Rujukan sumber di Sinar Harian mengesahkan, Mangsa Allahyarham Gushari Ismail, 60, yang cedera parah dikepala menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia pada jam 10.50 malam kelmarin setelah koma beberapa hari.

Sebelumnya pada 3 Disember lalu, seorang wanita Norma Mamat 47, patah tulang bahu dan rahang setelah motosikal yang ditungganginya gagal mengelak lubang lalu terjatuh kedalamnya. Mangsa turut menjalani pembedahan bagi membuang tempurung kepalanya yang retak.

Seorang penduduk yang ditemui, Zakaria Mat Isa, 33, mengakui jalan rosak dan berlubang itu akan terus menambah bilangan mangsa sekiranya ia tidak diatasi.

Tambahnya lagi, perkara ini telah dimaklumkan kepada Adun kawasan terbabit YB Dr Mohamed Fadzli Hassan. Namun sehingga hari ini masih belum ada lagi tindakan diambil oleh mana-mana pihak yang berwajib.

Dalam pada itu juga, beliau turut tersinggung dengan kenyataan Ahli Parlimen Machang, YB Saifuddin Nasuttion yang seolah-olah meremehkan masalah seperti ini ketika menjawab soalan yang diajukan oleh Prof. Madya Mohammad Agus Yusoff , juga anak kelahiran Machang, selaku moderator pada sesi Forum Wacana Perdana yang dianjurkan di Lundang baru-baru ini.



Menurut Zakaria lagi, YB Saifuddin dilihat lebih fokus kepada isu yang dikatakan besar seperti penyelewengan didalam kerajaan. Bagi kami orang kampung, ia hanyalah satu isu kecil sahaja, dimana ia tidak pernah meragut nyawa penduduk di kampung ini berbanding dengan masalah jalan berlubang yang dihadapi sekarang.

Kenapa beliau mendahului masalah luar yang tiada hubungkait dengan kami daripada mengutamakan masalah penduduk Machang yang memilih beliau sebagai pemimpin bagi menyuarakan setiap masalah yang berbangkit untuk dibawa ke parlimen.

Tegasnya lagi, isu korupsi seperti National Feedlot Corporation (NFC) yang membabitkan skandal lembu juga perlu ditangani, namun tidak bermakna ianya lebih penting dari nyawa seorang manusia. Nyawa tidak boleh dinilai dengan harga. Tidak terfikirkah bagaimana perasaan kami terutamanya waris Allahyarham bila kenyataan beliau yang merujuk sebagai berkata ,

“ Yang namanya politik matang, ialah politik yang memberi tempat terhadap persoalan-persoalan yang lebih besar menghadapi Negara dan masyarakat seluruhnya, Aspek pentadbiran seperti longkang tersumbat, jalan berlubang, lampu jalan itu proses yang berterusan, Saya fikir, dalam proses medan politik matang ini, sementara kita akui itu tanggungjawab kerajaan, khususnya kerajaan tempatan, tapi kita nak sebutkan bahawa, jangan isu itu sampai mendahului isu penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya”.


Jawapan sinis beliau cukup membuatkan penduduk Machang terkilan dan sangat tidak wajar kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang Yang Berhormat, ini satu penghinaan terhadap mangsa dan rakyat terutamanya dikawasan beliau sendiri, ia seakan-akan tiada tempat untuk rakyat mengadu sekiranya masalah ini dihadapi.

Jika dibawa kepada pengetahuan pemimpin ia hanya menjadi satu isu kolot yang tidak mendapat tempat didalam kepimpinan mereka.

Apapun, bagi penduduk di kawasan ini hanya mengharapkan agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Mereka meminta supaya pemimpin lebih bertanggungjawab agar tiada lagi nyawa rakyat yang melayang dengan sia-sia, sedangkan ianya boleh dielakkan. Biarpun politik tidak matang tetapi nyawa wajib diselamatkan. Itulah prinsip sebenar sebuah perjuangan. -Detik Perubahan

4 comments:

Anonymous said...

Silap ore Mace jugak.....bakpo undi Puddin Nasution?Pade ngan muka.Tak ambik.Puddin buke anok Mace.Ya puak2 Mace undi dia bakpo?Bak jale n kemuhan awam , Puddin tak caro lansung na.Jale ko kg sya d DUN PC habis belube.Supe muka Puddin jadi doh.Tulonglah Puddin.Mu ni bini ja pandanya.Patut musim uje ni mu masuk la kg.tengok la masalah kerusakan jale n kemudahan awam lain.Ni dok dok nyalok dtpat lain.Baso jenis tak reti baso.maaf la aku kato gitu 2,sbb aku bimbe...PRU12 ni tkut mu kaloh.Kesian la.

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam perkenalan.

Bab jalan berlubang ni kadang-kadang susah juga nak sabit siapa yang bertanggungjawab. JKR ke? Kontrakter ke ? Wakil rakyat ke ? Majlis Daerah ke ?...semuanya membisu .. sampai yang terjun lubang jadi al-marhum...atau patah 6..baru nak ambil tindakan.

Yang kaki korek jalan sambung paip pun satu hal...belum korek o.k lepas korek di biar berlubang tampa ditimbus dengan sempurna.

Bila ada kes atau akhbar buat laporan baru lubang nak ditimbus..apa punya kerja daaa...... LAbu....

Suara Rakyat said...

Tahniah kerana saudara membuat paparan bijak akan kepentingan rakyat banding kepentingan peribadi. Pada saya, hal berkaitan longkang, jalan dan sewaktu dengannya, bukanlah tanggungjawab YB. Itu adalah tanggungjawab hakiki yang bergelar Penghulu, JKKK, dan sewaktu dengannya. Sebab kuasa mereka berbentuk setempat yang kecil, dan seharusnya melalui merekalah yang akan mengadu kepada YB JIKA pihak berkuasa tempatan tidak mengambil tindakan. Kalau jalan dan longkang menjadi penilaian utama seorang yang bergelar YB, maknanya semua YB tidak melaksanakan tugas mereka. Kesemuanya. Cuma, para YB WAJIB mengambil tahu perkembangan setiap pelusok kawasan mereka. Itulah gunanya pejabat YB di setiap kawasan. Sekian, pandangan saya.

Anonymous said...

Si Pudin itulah yang orang Machang pilih. Lagipun Si Pudin tu kad pengenalannya ber-kod 71 (taraf pengundi hantu dan pemimpin hantu)sekarang ...AMEKKAU.

Si Pudin tu bukan duduk di Machang apa dia kisah...biarlah orang Machang sendiri tanggung

Si Pudin sibuk berceramah sana-sini mana ada masa nak buat kerja di Machang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...