Siapa mamat ni...?
Setiausaha Kerja UMNO yang baru ke bro...?
Oh... mamat ini ke yang kata "kami tidak mengiktiraf bloggers"?
Ulang sekali lagi siapa mamat ini...?
Kerja fulltime dia apa...?
Ketua UMNO Bahagian ke ni...?
Hoi.. malaon dalam gambar tak kisahlah apa jawatan kamu...
Naib Presiden UMNO pun iktiraf peranan pejuang siber...
Hoi... kamu lebih besar dari Naib Presiden UMNO eik...?
Apa Zahid Hamidi kata...?
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan penghargaan kepada ‘tentera baru’ UMNO dan BN iaitu pengamal media sosial seperti pengguna Twitter, blogger dan Facebook.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Katanya,"Kita mesti hargai bala tentera siber kita yang berjuang untuk kita, bantu kita tanpa upah, tanpa tidur, tanpa ganjaran untuk mereka dan ada juga dikalangan mereka bukan ahli UMNO pun"
"Kita mesti akui peranan media baru sebagai alat komunikasi penting masa kini, dan ia boleh menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah parti memerintah negara,” katanya.Korang baca la apa si 'kuda tua' A.P.A merepek pasal Perhimpunan Agung UMNO 2011 kat SINI
UMNO wajar mengiktiraf mereka ini dan dikalangan pemimpin UMNO pun perlu selalu menggunakan media baru sebagai perantaraan dalam mengertahui hal ehwal semasa.
YY : Datuk Raof ni ada orang berhendakkan jawatan kamu agaknya. Hahaha!
No comments:
Post a Comment