NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, December 1, 2011

#PAUMNO : Ucapan Dasar Presiden UMNO DS @NajibRazak - Menyeru Semua Ahli Rapatkan Saf.

"Ayuh, rapatkan saf, nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita. Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba. Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti."
Begitulah kata-kata penutup Presiden UMNO dalam ucapan dasarnya yang setebal 101 muka surat, ucapara Perhimpunan Agung UMNO yang masuk hari ke-3 dimulakan dengan upacara pembarisan dan menaikkan bendera oleh Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Selain menyeru supaya semua ahli bersatu, Datuk Seri Najib selaku Presiden parti keramat orang Melayu itu juga menyeru supaya setiap ahlisupaya tidak mengkhianati perjuangan parti dengan menjadikan kejatuhan beberapa empayar kerajaan terdahulu yang mana banyak kerajaan jatuh akibat berlakunya pengkhianatan.
"500 tahun yang lalu, jatuhlah empayar Melaka. Ia jatuh bukan kerana Melayu kurang hulubalang atau kependekarannya, ia rebah bukan kerana kemiskinan atau kefakiran, ia tersungkur menyembah bumi kerana terlerainya perpaduan dan berlakunya pengkhianatan. Begitu juga nasib tamadun-tamadun besar di dunia yang hancur, mereput dan runtuh. China, terhina akibat siri perang candu, Empayar Rom, dirobek perpecahan dari dalam dan Khilafah Othmanniyah"
Pembangkang juga ditempelak Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran keinginan mereka untuk mengurangkan penjawat awam jika mereka berkuasa kelak.
"Lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawatawam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200 ribu orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta. Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?"
Foto sekitar hari ke-3 Perhimpunan Agung UMNO 2011 :







Foto penuh menyusul kelak.

YY : Security lebih besar dari Setiausaha Kerja UMNO? Hehehe.... nantilah kita cerita ok?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...