NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, December 8, 2011

DAP Cuba Nafikan Hak Rakyat Sarawak Yang Menetap Di Semenanjung Dari Mengundi?

Saya dimaklumkan melalui pesanan BBM bahawa DAP Sarawak hari ini mencadangkan agar rakyat Malaysia kelahiran Sarawak HARUS mengundi di Sarawak.

Anggota tentera, polis kelahiran Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung dikategorikan sebagai tidak layak mengundi.

Cadangan yang dikemukakan oleh DAP Sarawak ini sebenarnya telah mencabuli HAK ASASI rakyat kelahiran Sarawak yang bertugas di Semenanjung.

Kerana sebagai warganegara Malaysia, setiap individu yang layak untuk mengundi mempunyai HAK untuk memilih dan menentukan kerajaan/pemimpin untuk membela nasib mereka.

Melihat cadangan DAP Sarawak ini jelas tidak selari dengan apa yang dilaungkan oleh mereka sendiri iaitu memperjuangkan HAK RAKYAT.

Siang malam berbicara mengenai HAK RAKYAT Malaysia, kononnya HAK RAKYAT di Malaysia ini dicabuli sepanjang berada di bawah pemerintahan BN.

Namun apa yang jelas kini adalah, walaupun DAP belum menjadi kerajaan di Malaysia, mereka sudah berani nafikan HAK Tentera dan juga Polis untuk memilih pihak/pemimpin/parti mana yang diyakini mereka.

YY : Teringat kata kawan non-partisan. Dia mungkin akan mengundi mana-mana parti tapi mati hidup balik dia tak sanggup nak undi DAP...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...