Hari ini masuk hari ke-3 berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 - namun perhimpunan tahun ini dilihat agak berlainan dari tahun-tahun sebelumnya kerana pihak atasan parti dikatakan mengenakan undang-undang terlalu ketat kepada pihak media sehingga ada berlaku pertelingkahan kecil di ruang pintu masuk.
Media bukan sahaja perlu mempunyai
PAS MEDIA yang dikeluarkan oleh pejabat UMNO malah untuk memasuki ruangan dewan para wartawan/jurugambar perlu mempunyai 'vest'
BIRU atau
MERAH, tidak cukup dengan itu media juga perlu memiliki kad media. (scan kad)
Ironinya saya yang memiliki
PAS MEDIA, vest
BIRU, dan juga
kad media yang boleh di scan juga dihalang masuk oleh security pagi tadi. Salah seorang darinya cuba menolak dan mengherdik saya umpama saya ini ahli PKR datang untuk mengintip perjalanan perhimpunan terbesar parti orang Melayu ini.
Tindakan kurang ajar security ini menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara saya dan security tapi saya ditenangkan oleh anggota polis serta seorang wartawan berbangsa cina.
Jika saya yang mematuhi setiap peraturan juga dihalang dari masuk dewan, bagaimana dengan rakan bloggers yang lain? Usahkan nak masuk dewan pintu dewan pun sudah tentu mereka tak dapat dekati, tidak hairanlah jika beberapa rakan bloggers berpengaruh pun kecil hati dengan layanan yang diterima mereka!
Namun paling menggelikan hati adalah, security di pintu utama tak benarkan masuk, namun security di pintu lain di bahagian belakang benarkan masuk tanpa scan kad media?
Hahaha... hoii nak buat undang-undang kasi betul-betullah depan tarak kasi masuk belakang kasi masuk? Ini sudah ikut jejak langkah bro Nuar Berahim. Hahaha!
Mana pergi kata-kata DS Najib Tun Razak ketika Konvesyen Media Sosial 1Malaysia tempoh hari bahawa semua bloggers/troopers pengamal media sosial diiktiraf sebagai
PEJUANG UMNO?
PEJUANG UMNO yang 'diiktiraf DS Najib Tun Razak dihalang dari masuk membuat liputan parti yang mereka perjuangkan? UMNO sepatutnya berhati-hati dengan media seperti Malaysiakini/The Malaysia Insider dan beberapa akhbar cina lain.
Bukan dengan kami bloggers yang membela UMNO!!!
Nampaknya Perhimpunan Agung UMNO 2011 kita dihidangkan dengan undang-undang gila. Tertanya juga siapakah individu bertanggungjawab yang usulkan undang-undang ini dikenakan kepada media.
Jika beginilah layanan terhadap media/bloggers tidak hairan jika ada yang bertindak sebotaj parti/pemimpin yang mereka perjuangkan...
Barangkali UMNO sudah kuat...
Mereka tidak lagi perlukan pejuang siber dan pengamal media baru...
YY : Hehehe... bro security nk gua tunggu tak ni... :)
8 comments:
Dah tanya betul2 ke apa sebab takleh masuk tu? Kadang2 security tu yg poyo lebih, tp org atas plak yg kena kutuk.
Dia cuma jerit keluar dari kawasan ini.... tunjuk pas semua dia kata media mesti masuk sebelum pkl 8. Anehnya saya nampak 2 org lalu selamba je di hadapan sy pakai benda yg sama dgn sy... why dia boleh sy tk boleh? Setuju security mau tunjuk biso... hehehe
mungkin security td mabuk ketum kot...
GAMBAR-GAMBAR LIPUTAN PENUH PAU 2011 DI
http://copypaste-tembakjerr.blogspot.com/
Lain kali lu amik gambo si Sekuriti sengal tu dan post dlm blog lu. Wa pun nak tengok sama yg mana satu. Senang gua nak lempang kepala dia kt luar PWTC.Jangan plak calon UMNO sok hilang undi pasal si Sekuriti sengal tu sudahlah. Pas nih UMNO kena wat pos mortem. Lu semua pakat komplen sama itu yg berkenaan. Jangan2 sekuriti tu bukan ahli UMNO ataupun CIA PKR. Sok lu post gambo sekuriti tu dlm blog lu. Wa nak cam...
Kita try snap mlm ni...
JANGAN LAH KERANA KARENAH SEORG SECURITY GUARD PARTI UMNO DAN BN HENDAK DIKORBANKAN...LAWATAN SAYA KE LAMAN BLOG PEMBANGKANG NAMPAKNYA SEMAKIN RAMAI YANG INGIN MENENTANG KITA..WALAUPUN MEREKA NAMPAK BARU DAN MENGUNAKAN MAKLUMAT YANG SAMA TETAPI KITA TIDAK HARUS PANDANG RENDAH KEPADA MEREKA.BLOGGER PRO BN PASTINYA AKAN MENJADI ASET PENTING DAN TUMPUAN UTAMA PADA PRU13 NANTI...
Anonymous December 1, 2011 6:29 PM
Terima kasih atas nasihat saudara dan peringatan saudara.
Post a Comment