Ketika program 6P yang dijalankan oleh KDN dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan syarikat pendaftar tempoh hari banyak isu berbangkit telah timbul yang mana ada di antara isu tersebut menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak.
Saya sendiri menerima banyak aduan yang di emelkan kepada saya, kebanyakkan datang daripada pengusaha syarikat pendaftar yang dikatakan mengalami kerugian teruk ekoran tindakan tidak konsisten KDN dalam melaksanakan isu tersebut.
Selain harga mesin yang perlu disewa terlalu mahal, syarikat pendaftar juga terpaksa menangung kos kerugian teruk ekoran tindakan tidak konsisten KDN yang dikatakan tidak menyelaraskan caj yang dikenakan kepada pendatang yang didaftarkan oleh syarikat mereka.
Bermula dengan RM350, selepas itu RM250 akhir sekali RM35 jika didaftarkan di syarikat pendaftar manakala ianya percuma jika pendatang tersebut berdaftar di Jabatan Imigresen.
Mengambil kira dari isu yang timbul pihak KDN melalui KSU di kementerian itu - Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan media yang di emelkan kepada saya memaklumkan bahawa keputusan berhubung isu-isu yang berbangkit ini akan diberitahu keputusannya minggu hadapan.
Keputusan isu berbangkit yang akan diumumkan minggu hadapan hanya membabitkan 12 kementerian dan agensi berkaitan kerana 6 agensi lain termasuk kementerian pertanian dilaporkan belum memberi ulasan mereka.
Isu utama ialah rayuan untuk melonggarkan syarat serta prosedur mekanisme pelaksanaan proses pemutihan termasuklah membenarkan semua pekerja asing tanpa izin (PATI) yang telah mendaftar menerusi program ini untuk diputihkan tanpa tertakluk kepada sektor pekerjaan dan nisbah kelayakan yang ditetapkan Dasar Penggajian Pekerja Asing Semasa.
Fakta Program 6P sehingga semalam 16 Disember :
- 53,682 PATI yang terlibat dalam Proses Pengampunan di bawah pelaksanaan Program 6P telah keluar dari negara ini.
- Jumlah paling tinggi direkodkan Indonesia dengan 35,142 orang; diikuti India (4,039); Myanmar (2,467); Kemboja (1,901); Nepal (2,766); Bangladesh (2,108); Vietnam (1,289); Filipina (1,167); Pakistan (1,123); Sri Lanka (786); dan China (493).
Kenyataan berkaitan Program 6P boleh dibaca di SINI
3 comments:
-Kenyataan sebelum ini, KDN buntu kerana PATI tidak respons program pemutihan ini. Sebenarnya, Bukan Salah PATI, dan bukan Salah Majikan, ini salah KDN sebab, dari mula KDN tidak konsisten dalam membuat keputusan. Apabila tidak tegas, ramailah yang besar kepala memberi idea ini dan itu... akhirnya timbullah segala macam peraturan yang perlu di patuhi. Katanya one stop centre, tetapi Majikan kena juga menghadap Jabatan Tenaga Kerja.
Sebagai seorang yang terlibat dari mula program ini sehingga kini, saya menilai SISTEM yang digunapakai tidak pernah diujiguna terlebih dahulu. Sepatutnya dengan penggunaan segala kemudahan ICT semuanya semakin mudah dan user friendly, tetapi hakikatnya perbagai redtape yang dilalui.
Sebagai pemain kecil dalam program ini saya merasa pihak MAMPU perlu memberi pandangan.
-Pusat pemprosesan Program ini hanya di buka di Putrajaya (kelmarin baru mula di Johor Bahru) tidak mungkin menampung kesemua majikan. Tidak semua yang benar-benar mempunyai kemampuan untuk turun dan naik berkali-kali sepanjang program pemutihan ini. Maka akibatnya hanya kurang 5% sahaja PATI yang berjaya diputihkan sehingga kini.
-Penempatan pegawai pegawai pemproses yang muda dan tidak berpengalaman. Ini juga menyulitkan proses permohonan yang menyebabkan proses menjadi rigid dan tidak mesra pelanggan.
-Apabila susah, ada redtape untuk mendapat kelulusan mesti ada kosnya. Maka segala redtape inilah yang meningkatkan kos pengurusan buruh asing. Dikatakan bahawa sekarang ini , bagi kos mengurus kelulusan ini meningkat hampir 100%. Tidakkah ini akan membebankan lagi para Majikan?
-Faktor masa juga tidak bersesuaian. Nampak sangat KDN tidak sensitif terhadap bulan ramadan (proses pendaftaran PATI dahulu) dan juga hujung tahun. Pada masa inilah Majikan memerlukan belanja yang lebih bagi tujuan-tujuan perayaan, belanja buka sekolah , pembayaran bonus pekerja dan lain-lain lagi. Masa untuk Program Pemutihan ini juga agak singkat (adalah diharapkan dilanjutkan lagi untuk beberapa bulan).
-Lagi satu siapa dibelakang NERS ini- peralatan tumbprint yang dikatakan tercanggih itu? Harap-harap adalah pihak yang menyiasat siapa mereka dan apa faedah yang mereka dapat. Tetapi sebelum itu apa dia kretaria untuk memilih sistem NERS ini? Tiadakah sistem yang lebih baik dan terbaharu lagikah sekarang ini?
Akhirnya, diharapkan pihak KDN lebih bertanggungjawap dan jangan syok sendiri.Bila terdesak barulah pandai cari semua Stakeholders tanya pendapat, masa itulah panggil orang kedutaan, panggil syarikat pengurusan, panggil majikan dsbnya.
Sebelum itu mereka angkuh dan syok sendiri dengan angka-angka pencapaian semasa proses pendaftaran terdahulu, tanpa sedar bahawa pencapaian terdahulu tidak mungkin tercapai tanpa kerjasama dan usaha bertungkus lumus pihak swasta baik pihak majikan , agen, syarikat pengurusan malah PATI itu sendiri!
P/s saya tweet DS Hisham menteri KDN pasal program 6p dia tak jawap, tapi orang lain tweet pasal makan biskut munchy, pasal motor besar, pasal bini dia lawa dia jawap. Hapa punya menteri! Tak pelik kenapa KDN tak sensitif dan tidak bertanggungjawap, sebab MENTERInya macam itu!, Maaflah saya pun orang UMNO tapi Menteri UMNO macam ini merosakkan negara!Atau mungkin bukan orang UMNO yang buat keputusan ini, sebaliknya puak-puak PTD sahaja nak buat eksperimen, jika 'ok" nama diorang naik, jika "tak ok" Menteri yang kena (boleh jadi jugak!!!). Sebab kes terdahulu sudah banyak budak-budak PTD ni Sabotage program kerajaan. Whatever yang pasti Menteri dan Penasihat-penasihatnya termasuk budak-budak mentah PTD ini been ill-advised dan slow learner! Saya berharap pihak yang bertanggungjawap mengotak katik kan program ini di kenakan tindakan tatatertib kerana mencaca merbakan program kerajaan , merugikan masa rakyat, menyusahkan rakyat, merugikan duit tax payer, menjadikan program besar ini bahan ketawa peringkat antarabangsa dan merosakkan nama baik kerajaan Barisan Nasional!
Saya juga amat bersetuju dengan kelohan yang ditulis oleh saudara Sharul Azman kerana program pemutihan PATI adalah sesuatu yang baik bagi mengatasi kemelut PATI yang memberikan masaalah kepada semua pihak , majikan rakyat juga penguatkuasa.
Persoalan nya kenapa program ini cuba disabotajkan atau pihak kementerian yang terbabit tidak memahami maksud tersurat dan tersirat perkataan PEMUTIHAN PATI.
MAsing-masing kementerian ingin menjadi juara dan menunjukkan mereka boleh mengawal kemasukan pekerja asing sedang mereka tahu pekerja tempatan tidak berminat untuk bekerja disektor yang tertentu.
Saya tidak mahu berkata mengenai isu kerugian atau apa sahaja yang membabitkan pihak pendfatar yang dilantik atau sebagai nya.
Persoalan pokok disini - pemutihan adalah untuk mengizinkan PATI menjadi sah dan mempunyai permit tanpa sebarang halangan birokrasi.
Saya sebagai majikan sediri mempunyai maasalah birokrasi dengan jabatan tenaga kerja yang cuma tahu menggunakan buku panduan Dasar Penggajian Pekerja Asing sebagai alasan menolak bilangan jumlah PATI yang dipohon atau bukan sektor atau telebih quota.
Adakah mereka sedar dengan kekurangan yang ada kepada pegawai mereka. Saya pernah bertengkar dengan pegawai JTK bila menolak permohonan saya dan saya tunjukkan bukti-bukti bahawa saya telah melalui proses yang dikehendakki oleh JTK sebelum JCS dipohon. Malah saya turut mencabar mereka supaya membekalkan pekerja tempatan kepada saya jika tidak mahu meluluskan permohonan JCS saya.
Sepatut nya proses pemutihan ini dipermudahkan dan setiap majikan dalam apa juga bidang perniagaan , bila memohon hendaklah diluluskan tanpa syarat sebab mereka sebenarnya lebih tahu keperluan tenaga kerja yang dikehendakki asalkan mampu untuk membayar gaji dan tidak melanggar undan-undang bagi menggajikan pekerja asing.
Jika dilihat banyak sektor yang terlibat tetapi bukan disketor yang dibenarkan mempunayi PATI dan menggajikan pekerja asing seperti perlombongan, pertanian berasaskan pengeluaran kayu bakau, kayu arang, perladangan malah terlalu banyak jika mahu dituliskan satu persatu. Dalam soal ini sebnarnay pegawai tidak membuat kerja mereka terutamanya Jabatan Tenaga Kerja dibawah pimpinan seorang Ketua Pengarah yang bergelar dato yang juga telah disambungkan perkhidmatan nya. Kegagalan beliau memperakukan keperluan sektor yang memerlukan pekerja merupakan satu kegagalan tanggungjawab dan beliau seharusnya diganti dan perkhidmatan beliau tidak disambung lagi.
Malah dalam soal pemutihan ini saya mencadangkan supaya Kerajaan berikan sedikit kelonggaran untuk semua majikan mendaftar dan mendapatkan pekerja PATI dengan mudah asalkan majikan dapat memenuhi syarat penting tertentu.
1. Berkemapuan membayar gaji dan segala wang levy kepada kerajaan
2. Sanggup mengikat akurjanji jika gagal mengawal pekerja asing yg digajikan atau gagal mempebaharui permit maka sedia menerima hukuman penjara tidak kurang 2 tahun tanpa rayuan
3. Jika permit pekerja yang diminta bukan disektor yang dibenarkan , majikan hendaklah bersedai mencari alternatif untuk mengganti pekerja asing berkenaan selepas 3 tahun tanpa alasan atau terpaksa menerima hukuman setimpal dengan kesalahan.
salam saudara
saya juga merupakan salah seorang majikan yang terlibat dalam program ini.Pekerja-pekerja ini saya perolehi semasa program 6P dibuka dimana sektor syarikat saya adalah dalam bidang pembinaan.Saya memohon seramai 30 orang namun JTK cuma meluluskan hanya 10 orang sahaja.Cuba anda bayangkan dengan projek kerja yang banyak,kami hanya layak mendapat 10 orang sahaja.Apa kerja yang kami ingin lakukan dengan pekerja seramai 10 orang itu sahaja.
Malah sudah 3 kali saya berulang alik dari Melaka ke Putrajaya kerana step by step yang ditetapkan amat menyulitkan kami yang berada jauh dari Putrajaya.
Kali pertama saya perlu hadir untuk mengambil slip JTK saya.
Kali kedua datang beratur selama 2 jam semata-semata utk pendaftaran mendapatkan no pin pendaftaran PATI.Kemudian disuruh pulang ke Melaka dan menunggu email dari KDN. Masa dihabiskan begitu sahaja di Putrajaya.
Selepas menerima no pin untuk pendaftaran,saya kembali semula ke Putrajaya untuk kali ketiga untuk urusan temuduga.Terpaksa beratur panjang dan lama kerana staf dikaunter terhad 2 orang utk mengambil angka giliran.Manakala majikan yang hadir amat ramai.Ada sesetengah majikan datang dan beratur panjang tapi permohonan tidak diluluskan atas sebab-sebab yang munasabah.Sehingga ada yang bertengkar dengan staf KDN dimana mereka mengesyorkan agar bumiputera diutamakan,masalahnya kerana tidak ramai orang kita yang berminat untuk bekerja diladang dan tapak pembinaanlah,kami mengambil tenaga kerja asing..
Moga pihak atasan mempertimbangkan sewajar-wajarnya..
Post a Comment