Datuk Wira Ali Alhabsee merupakan individu kedua yang lantang mendesak DS Shahrizat Jalil meletak jawatan selepas Bung Mokhtar. Desakan ini dibuat kerana DS Shahrizat Jalil dikatakan gagal menjawab dengan baik isu ladang fidlot ketika ucapannya dalam Perhimpunan Agung tempoh hari.
Dari umno-reform2 :
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.
Mungkin gesaan ini adalah kerana Sharizat gagal menjawab dengan baik sewaktu perhimpunan Agung yang baru lalu. Syarizat dalam perhimpunan itu menjadikan Zuraidah Kamaruddin ( Ketua Wanita PKR) dan Rafizi Ramli (Pengarah Stategik PKR) sandaran hentaman dalam isu yang melibatkan suaminya – isu Fidlot.
Setakat hari ini kepimpinan UMNO seperti Datuk Wira Syed Ali dan Datuk Bung Moktar Raden bertindak agak pro aktif dalam UMNO untuk menggesa Datuk Sharizat untuk berundur.
Pada perhimpunan Agung itu juga kita menyaksikan Ketua Penerangan Pemuda Reezal Merican menggesa Pemuda untuk mempertahankan Datuk Sharizat dalam isu Fidlot. Sebelum ini juga Ketua Pemuda UMNO – Khairy Jamaluddin turut mempertahankan Sharizat dalam isu Fidlot yang melibatkan suami beliau.
Apa pun kita bakal melihat perubahan dalam UMNO apabila senarai mereka yang dipilih untuk menjadi calon PRU 13 nanti dan sekiranya PRU lewat dijalankan makan perubahan dalam kabinet mungkin akan menjadi penentu.YY : Ada orang kata kalau Najib nak tranform UMNO, orang macam DS Shahrizat Jalil perlu digugurkan, siapa setuju?
2 comments:
Salam bro,
Ada ke tanya ' Siapa setuju ? ' Tak tengok apa jadi kat Bung ? hahahahaha ...
Hahaha... kesian Bung.. :)
Post a Comment