NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, December 18, 2011

KDN Syok Sendiri - Aduan Pembaca Blog Terhadap Menteri Bertanggungjawab @HishamuddinH2O


Meneliti komen dari seorang pembaca blog, saya merasakan komen-komen sebegini wajar diketengahkan agar ianya dapat membuka mata pihak bertanggungjawab agar lebih peka serta sensitif dengan sebarang aduan yang dikemukakan.

Siapa yang harus dipertanggungjawabkan bila meneliti rungutan yang dibuat oleh saudara Shahrul Azman Bin Alang Saidi ini? Suka atau tidak rungutan sebegini perlu di'highlight' kerana kita tahu laporan yang diterima oleh MDN dari KSU yang terlibat dalam perlaksanaan program ini semuanya positif belaka!

Bahagian yang dimerahkan dalam aduan tersebut memerlukan tindakan sewajarnya!

Komen beliau :

Shahrul Azman Bin Alang Saidi said... 
Kenyataan sebelum ini, KDN buntu kerana PATI tidak respons program pemutihan ini. Sebenarnya, Bukan Salah PATI, dan bukan Salah Majikan, ini salah KDN sebab, dari mula KDN tidak konsisten dalam membuat keputusan.  
Apabila tidak tegas, ramailah yang besar kepala memberi idea ini dan itu... akhirnya timbullah segala macam peraturan yang perlu di patuhi. Katanya one stop centre, tetapi Majikan kena juga menghadap Jabatan Tenaga Kerja. 
Sebagai seorang yang terlibat dari mula program ini sehingga kini, saya menilai SISTEM yang digunapakai tidak pernah diujiguna terlebih dahulu. Sepatutnya dengan penggunaan segala kemudahan ICT semuanya semakin mudah dan user friendly, tetapi hakikatnya perbagai redtape yang dilalui. 
Sebagai pemain kecil dalam program ini saya merasa pihak MAMPU perlu memberi pandangan. 
Pusat pemprosesan Program ini hanya di buka di Putrajaya (kelmarin baru mula di Johor Bahru) tidak mungkin menampung kesemua majikan. Tidak semua yang benar-benar mempunyai kemampuan untuk turun dan naik berkali-kali sepanjang program pemutihan ini. Maka akibatnya hanya kurang 5% sahaja PATI yang berjaya diputihkan sehingga kini.  
Penempatan pegawai pegawai pemproses yang muda dan tidak berpengalaman. Ini juga menyulitkan proses permohonan yang menyebabkan proses menjadi rigid dan tidak mesra pelanggan. 
Apabila susah, ada redtape untuk mendapat kelulusan mesti ada kosnya. Maka segala redtape inilah yang meningkatkan kos pengurusan buruh asing. Dikatakan bahawa sekarang ini , bagi kos mengurus kelulusan ini meningkat hampir 100%. Tidakkah ini akan membebankan lagi para Majikan? 
Faktor masa juga tidak bersesuaian. Nampak sangat KDN tidak sensitif terhadap bulan ramadan (proses pendaftaran PATI dahulu) dan juga hujung tahun. Pada masa inilah Majikan memerlukan belanja yang lebih bagi tujuan-tujuan perayaan, belanja buka sekolah , pembayaran bonus pekerja dan lain-lain lagi. Masa untuk Program Pemutihan ini juga agak singkat (adalah diharapkan dilanjutkan lagi untuk beberapa bulan). 
Lagi satu siapa dibelakang NERS ini- peralatan tumbprint yang dikatakan tercanggih itu? Harap-harap adalah pihak yang menyiasat siapa mereka dan apa faedah yang mereka dapat. Tetapi sebelum itu apa dia kretaria untuk memilih sistem NERS ini? Tiadakah sistem yang lebih baik dan terbaharu lagikah sekarang ini? 
Akhirnya, diharapkan pihak KDN lebih bertanggungjawap dan jangan syok sendiri. Bila terdesak barulah pandai cari semua Stakeholders tanya pendapat, masa itulah panggil orang kedutaan, panggil syarikat pengurusan, panggil majikan dsbnya. 
Sebelum itu mereka angkuh dan syok sendiri dengan angka-angka pencapaian semasa proses pendaftaran terdahulu, tanpa sedar bahawa pencapaian terdahulu tidak mungkin tercapai tanpa kerjasama dan usaha bertungkus lumus pihak swasta baik pihak majikan , agen, syarikat pengurusan malah PATI itu sendiri! 


P/s : saya tweet DS Hisham menteri KDN pasal program 6p dia tak jawap, tapi orang lain tweet pasal makan biskut munchy, pasal motor besar, pasal bini dia lawa dia jawap. 
Hapa punya menteri! Tak pelik kenapa KDN tak sensitif dan tidak bertanggungjawap, sebab MENTERInya macam itu!,  
Maaflah saya pun orang UMNO tapi Menteri UMNO macam ini merosakkan negara!Atau mungkin bukan orang UMNO yang buat keputusan ini, sebaliknya puak-puak PTD sahaja nak buat eksperimen, jika 'ok" nama diorang naik, jika "tak ok" Menteri yang kena (boleh jadi jugak!!!). Sebab kes terdahulu sudah banyak budak-budak PTD ni Sabotage program kerajaan.  
Whatever yang pasti Menteri dan Penasihat-penasihatnya termasuk budak-budak mentah PTD ini been ill-advised dan slow learner! 
Saya berharap pihak yang bertanggungjawap mengotak katik kan program ini di kenakan tindakan tatatertib kerana mencaca merbakan program kerajaan , merugikan masa rakyat, menyusahkan rakyat, merugikan duit tax payer, menjadikan program besar ini bahan ketawa peringkat antarabangsa dan merosakkan nama baik kerajaan Barisan Nasional!
YY : Komen ini tiada sebarang proses editing - diambil dari artikel yang disiarkan di SINI 

2 comments:

Shahrul Azman Bin Alang Saidi said...

Salam. Saya terkejut juga semalam apabila tulisan saya dipostkan di halaman utama. Inilah rintihan rakyat marhain yang dipersendakan dan dipermainkan oleh segelintir manusia yang bertopengkan UMNO, BN, PTD, dsbnya.Mereka terus merekacipta cerita dan pandai berdolak dalik.
Jelas Program 6P ini jika dilaksanakan dengan ikhlas dan telus akan menjadi mudah dan berjaya. Pihak-pihak yang terlibat semestinya jelas dengan peranan masing-masing dan hendaklah berusaha memberi pemahaman kepada rakyat. TETAPI, praktisnya lain. Buntu. Begitulah rungutan para majikan apabila ditanya apakah tindakan mereka selanjutnya. Dimanakan hendak mendapat maklumat, di akhbar, di website KDN, di jabatan-jabatan kerajaan? Semuanya seolah-olah tidak tahu dan semuanya merujuk ke pusat pemprosesan di Putrajaya. Disanalah baru tahu, keperluan itu dan ini, disanalah baru tahu betapa susahnya pemutihan itu, disanalah baru tahu kerajaan memang menyusahkan mereka, disanalah baru tahu bahawa SISTEM yang di buat menyusahkan mereka, disanalah baru tahu bahawa MEREKA-MEREKA di Putrajaya itu tidak PEKA kesusahpayahan usahawan kecil,petani, peladang, pekilang kecil datang jauh untuk mendaftarkan pekerja mereka di Putrajaya. ( Ada Kerajaan Kesah? ....Tiada!)
Apabila SISTEM menyusahkan, ianya kurang popular, apabila kurang popular maksudnya ianya gagal. Apabila SISTEM itu gagal maka program seperti PROGRAM 6P ini juga gagal.
Isu-isu sebegini jika berlanjutan akan DIMAINKAN OLEH PIHAK PEMBANGKANG antaranya,
(1)Pembangkang akan memancing undi pihak yang tertekan dan bersimpati terhadap masalah mereka sambil memberi solusi mengatasi masalah mereka jika menang pilihanraya. Ahli Parlimen Segamat, Semberong, pasti hilang undi Peneroka Felda,petani, pengusaha restoran , pekedai runcit, sebab inilah masanya mereka mengatakan tidak pada Menteri yang tidak perform dan membantu rakyat. Slogan "Pemimpin peka denyut nadi rakyat " yang dilaungkan oleh mereka itu adalah satu pembohongan yang nyata.
(2)Pemutihan akan diteruskan tetapi Para majikan tidak perlu bersusah payah untuk ke PUTRAJAYA untuk mendaftarkan PATI tetapi hanya cukup berdaftar di Pejabat Tenaga Kerja dan Pejabat Imigresen yang berhampiran tempat mereka.Pengesahan tidak perlu oleh Pesuruhjaya sumpah dan dimatikan stem hasil. Sudah cukup pengesahan oleh Penghulu atau ketua Kampung sahaja atau di rekod di Balai Polis Berdekatan.
(3)Pemutihan jika pihak Pembangkang Menang Pilihanraya....akan mengurangkan/menghapuskan levi yang membebankan para Majikan. Cukai pendapatan akan dikenakan ke atas PATI berdasarkan pendapatan mereka.
(4)Pemutihan jika Pihak Pembangkang Menang Pilihanraya , akan memastikan SISTEM Pengajian buruh asing yang lebih liberal dan adil.
(5) Jika Pembangkang menang pilihanraya, Majikan boleh menghubungi dan bercakap sendiri dengan Menteri berkenaan, bukan seperti masa ini, Menteri tak berminat untuk menjawap telefon atau mengambil serius masalah rakyat ... Menteri hanya minat cerita pasal Biskut Munchy, Motor Besar dan cerita isteri Lawa.
(6)Pembangkan akan melaksanakan slogan memakmurkan majikan ,memakmurkan pekerja, memakmurkan pekerja memakmurkan rakyat. Memakmurkan negara memakmurkan dunia. Dan bukan seperti kerajaan sekarang yang Menyusahkan Majikan, Menyusahkan Pekerja, Menyusah kan semua!!!
(7)Pihak Pembangkan juga pasti akan memanifestasikan pendekatan Telus dan Ikhlas. Telus dalam garispanduan , ikhlas dalam perkhidmatan. Bukan macam kerajaan sekarang yang Tidak Telus dalam garispanduan dan tidak ikhlas dalam perkhidmatan.Tiada lagi kedengaran lantikan terus kepada syarikat-syarikat kroni.
Kita memerlukan perubahan. Perubahan sikap , perubahan minda, perubahan sistem malah kita perlu singkirkan Menteri Biskut Munchy jika perlu bagi kesinambungan pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional. Hidup UMNO hidup BN.

Anonymous said...

Tapi yang sedih, PM x akan kisah semua ini kerana laporan yang beliau terima semuanya ok, semua excellent (barangkali)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...