Dalam pertemuan santai UMB bersama Menteri Besar Perak semalam, ianya turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Perak Khairul Azwan Harun. Memandangkan masa agak suntuk semalam, saya tidak sempat untuk berbicara panjang bersama beliau.
Nampaknya tak sempat lagi kita nak bersembang bro....
Baca balik artikel lama saya mengenai pemuda ini di SINI
Dari PerakNews :
Ketua Pemuda UMNO Perak Khairul Azwan Harun mencabar wakil rakyat UMNO yang berhasrat mempertahankan kerusi pada Pilihan Raya ke-13 supaya membuktikan mereka telah berjaya melaksanakan pendekatan 3P (Padang, Perasaan, Penyelesaian).
Katanya pendekatan 3P yang dipelopori Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir itu merupakan satu kayu pengukur dalam konteks Perak untuk memastikan calon PRU-13 memiliki kriteria ‘winnable candidate’.
Katanya pra-syarat sama haruslah ada pada ahli UMNO yang menyimpan hasrat untuk dipilih sebagai calon.
“Kita lihat pendekatan 3P yang menjadi amalan Menteri Besar dalam mentadbir Perak terbukti efektif daam memastikan pemimpin dapat menyentuh hati rakyat.
“Maka kita mahu 3P ini dijadikan kayu pengukur dalam menentukan siapa calon yang layak bertanding bagi PRU-13 terutamanya dikalangan wakil rakyat yang berhasrat mengekalkan kerusi mereka.
Sebelum mereka bercita-cita untuk dikekalkan, kita nak mereka buktikan sekiranya mereka telah berjaya melaksanakan 3P di kawasan masing-masing,” katanya. Beliau ditemui ketika menghadiri Persidangan Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Azwan berkata beliau sendiri masih bekerja keras memastikan pendekatan 3P digunakan ketika melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pemuda Negeri.
“Saya sentiasa cuba lakukan yang terbaik bagi memastikan 3P dilaksanakan di peringkat jentera-jentera parti. Walau bagaimanapun saya sendiri masih belum berpuas hati dengan pencapaian saya setakat ini,” katanya.
Menjawab satu soalan, Azwan berkata beliau telah mengenalpasti beberapa ahli Pemuda Negeri yang mampu diketengahkan sebagai calon berikutan penglibatan aktif mereka dengan aktiviti kemasyarakatan dan penduduk setempat.
“Kita mahu memastikan calon kalangan Pemuda merupakan mereka yang mesra serta amanah dengan rakyat sepertimana yang dikehendaki Presiden, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Beliau turut mengingatkan ahli supaya melupakan hasrat untuk dipilih sekiranya masih lagi befikir amalan melobi atau menggunakan ‘cable’ akan membantu mereka tersenarai sebagai calon.
Mengulas ucapan Presiden yang mahukan ahli UMNO berpegang kepada prinsip transfomasi politik, Azwan berkata Pemuda Perak kini telah mengenalpasti penuntut universiti dan kolej sebagai ‘gelanggang baru’ yang perlu diberikan fokus dalam memastikan kehadiran Pemuda benar-benar memberi kesan kepada golongan muda.
Katanya ini berikutan langkah kerajaan mengubal Akta Universiti dan Kolej (AUKU) yang bakal menyaksikan lebih 250,000 penuntut layak menyertai parti-parti politik.
“Dengan adanya AUKU ini nanti, Pemuda mempunyai ‘new playing ground’ (gelanggang baru). Maka kita perlu menyiapkan diri terutama dalam memastikan pemimpin Pemuda merupakan kalangan mereka yang berpengatahuan di samping tahu aspirasi, kebimbangan dan kehendak golongan ini,” katanya.YY : Minta rakan-rakan dari UMB pautkan laman http://www.peraknews.com di blog masing-masing.
No comments:
Post a Comment