NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, December 14, 2011

HOT : Salehuddin Ayub Kena Balun Oleh Rakyat Kubang Kerian

Satu komen di laman The Malaysian Insider yang mempersoalkan apa kebajikan yang dilakukan oleh Salehuddin Ayub selaku Ahli Parlimen Kubang Kerian cukup menarik perhatian saya.

Ketika pulang ke kampung halaman saya iaitu Kubang Kerian baru-baru ini, saya juga banyak mendengar rungutan mengenai kegagalan Salehuddin Ayub menjalankan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat di sana.

Malah ada juga yang mendakwa mereka hanya melihat wajah ahli parlimen PAS hanya di dalam banner ucapan setiap kali tibanya musim perayaan.

Ikuti komen dari orang Kubang Kerian yang mempersoalkan kebajikan jenis apa yang dibawa Salehuddin Ayub sepanjang menjadi MP Kubang Kerian :-

Apa pengisian Encik Salahuddin Ayub sebagai pemimpin di kubang kerian? Sejauh manakah beliau selaku orang Johor benar-benar memimpin puluhan ribu rakyat di kubang kerian?

Mengapa datang ke Kelantan untuk mengutip low lying fruits sedangkan agenda Islam di tempat sendiri belum beres dan terbiar? Kebajikan apa yang saudara gemburkan?

Jangan ambil kesempatan atas kejahilan rakyat yang tidak tahu untuk bertanya dan menuntut hak sebagai pengundi. Mana hasil kerja saudara selaku pemimpin di Kubang Kerian?

Mana program kebajikan/program rakyat saudara selaku pemimpin sejak bertahun-tahun? Bila berceramah hanya pandai kritik dan sebut salah silap orang, tetapi salah silap sendiri tidak pernah ditanya kepada rakyat.

Maksumkah kita?

Saudara tahukah statistik zina, dadah, maksiat, anak yatim, ibu tunggal, judi, rompak dan segala mungkar lagi di Kubang Kerian. Ya, tugas pemimpin ini amat berat dan bahan kesalan di Masyhar.

Tetapi nafsu masih mendakwa akulah boleh memimpin. Saudara asal Johor, berlabuh di Kuala Lumpur tapi cuba nak jadi pemimpin kepada puluhan ribu rakyat dan makhluk Allah di Kelantan. Cakap di luar memang sedap.

Ingatlah bahawa 40,000 rakyat Kubang Kerian akan soal apa yang saudara buat kepada mereka."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...