NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, December 21, 2011

Laungan Undur @saifuddinabd ! Bergema di Hadapan KPT - Di Mana @saifuddinabd Menyorok?


Sebentar tadi bertempat di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi berlangsungnya satu perhimpunan aman membabitkan mahasiswa Pro-Aspirasi yang membantah tindakan 'mahasewel' bernama Adam Adli dan SMM yang mengadakan demontrasi serta bertindak menurunkan bendera PM di bangunan PWTC tempoh hari.

Perhimpunan yang diadakan sebentar tadi bertujuan meyerahkan dua memorandum satu untuk menyatakan sokongan penuh mahasiswa seluruh IPTA terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan satu memorandum mendesak supaya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi meletak jawatan ekoran beliau dikatakan bertanggungjawab menggalakkan perlakuan biadap 'mahasewel' bernama Adam Adli.


Memorandum pertama diserahkan kepada Tuan Haji Khairi Malek selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin.





Lebih kurang 500 mahasiswa berhimpun sambil melaungkan "Undur, undur, undur Saifuddin!" bergema di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi - kumpulan pelajar ini turut berteriak supaya Datuk Saifuddin Abdullah turun berhadapan dengan mereka sebagaimana beliau berhadapan dengan mahasiswa dari kumpulan SMM tempoh hari.


"Saifuddin perlu berhadapan dengan kami" 
Melihat tiada kelibat Datuk Saifuddin Abdullah membuatkan saya tertanya-tanya di manakah beliau berada ketika perhimpunan tersebut berlangsung? Saya difahamkan bahawa beliau tiada dalam pejabat dan berada di Johor Bahru ketika penyerahan memorandum cuba dibuat.


Namun sesuatu yang menarik dapat diperhatikan melalui perhimpunan mahasiswa Pro-Aspirasi ini kerana turut kelihatan mahasiswa berbangsa Cina dan India turut serta menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri selain membantah tindakan biadap Adam Adli.

Pemimpin Pelajar Berbangsa India Turut Berucap di hadapan 500 Mahasiswa

Mahasiswa dari UPSI menyatakan sokongan kepada PM
"Step Down Saifuddin" antara sepanduk yang dinaikkan oleh kumpulan mahasiswa Pro-Aspirasi


Di mana Datuk Saifuddin Abdullah?

Kenapa bersikap diskriminasi terhadap kumpulan mahasiswa Pro-kerajaan?

Adakah suara mahasiswa ini tidak diiktiraf oleh Datuk Saifuddin Abdullah sebagaimana beliau 'mengiktiraf' suara minoriti 'mahasewel' yang menurunkan bendera PM?

Tunggu ulasan lanjut malam nanti...

YY : Politik baru 'makan diri'?

9 comments:

Unknown said...

Salam semua. Telok Saifuddin dh kecut. Haramjadah punya Tim. Menteri. Teruskan desak, desak dan desak sampai dia letak jawatan. manusia yg tak mengenang budi. Hipokrit punya manusia. Menangguk d air keruh.

Manusia seperti ini jgn di beri muka, dia dah mahasiswa yg kurang ajar tu sama saja.

X-PAS said...

Saifuddin berat sebelah! tahniah mahasiswa yang masih berfikiran waras. anda semua jenis tidak buta perut mcm pengikut bodoh SMM!

Anonymous said...

Sangat Gembira,

mahasiswa kita masih lagi tangkas dalam menangani pengaruh politik di kampus, ini buktinya para mahasiswa masih boleh dan bebas bersuara cuma memilih untuk tidak bersuara kerana selama ini lebih mementingkan pencapaian semasa dalam pengajian demi kesejahteraan masa depan...

cukup sekadar meluahkan rasa hati dan bukan participate secara terus dan langsung...

Anonymous said...

bukan takat adam adli beruk sekor tu saja kena buang, ramai jugak pensyarah2 yang specic perangai macam aziz bari dalam universiti tu pun patut kena buang.

Anonymous said...

bukan takat adam adli beruk sekor tu saja kena buang, ramai jugak pensyarah2 yang specis perangai macam aziz bari dalam universiti pun patut kena buang.

Anonymous said...

Salam YY - Artikel yang padat dan kemas. Mohon copy SEPENUHNYA 100% untuk di tepek kat blog saya ! :)

Yuseri Yusoff said...

Anytime bro Din Ninja Turtle... :)

Anonymous said...

bgus mahasiswa berdemo.! walaupn bwh tajaan UMNO, dpt pelepsn kels. dpt tjaan trnsport..tgok baner pn print byk. kaya giler... kah3.. (x-UMNO)

Yuseri Yusoff said...

Aik... demo bawah tajaan PKR halal? oh gitu... pelik kan? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...