Tiga hari lepas sempat bercuti di Pulau Pangkor yang berada di bawah DUN Pangkor bawah Parlimen Lumut, di mana Adun untuk kawasan tersebut ialah Menteri Besar Perak iaitu DS Dr. Zambry Abd Kadir sendiri.
Sebenarnya kami bercuti di sana, namun rasanya tidak lengkap jika bercuti tetapi tidak mengunjungi kawasan sekitar serta melihat sedikit pembangunan dan taraf hidup rakyat di sana.
Justeru itu kami mengambil kesempatan melawat serta ronda-ronda satu pulau untuk melihat sendiri pembangunan yang di bawa BN di kawasan tersebut. Maklumlah kawasan milik Menteri Besar Perak sudah tentu kita kena lihat sejauh mana kebolehan beliau dalam mengurus tadbir Dun tersebut.
Lokasi pertama kami kunjungi adalah projek rumah untuk rakyat berpendapatan rendah yang dibina hasil inisiatif Menteri Besar Perak sendiri hanya selepas beberapa bulan beliau menjawat jawatan tersebut.
Inisiatif ini dilakukan memandangkan rakyat berpendapatan rendah di Pulau Pangkor yang terdiri dari nelayan. Ada di kalangan mereka yang mana satu rumah didiami hampir 3 keluarga.
Lalu rumah dengan kos RM35,000 untuk satu unit ini dibina dengan sumbangan dari Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan serta FELCRA. Rumah ini diserahkan kepada rakyat berpendapatan rendah tanpa perlu membayar apa-apa. Syarat yang ditetapkan kepada mereka mudah, rumah ini tidak boleh disewakan kepada orang lain atau pun dijual.
Pandangan dari darat |
Pandangan dari laut |
Pandangan dari atas |
Keadaan perkampungan lama yang akan dirobohkan sepenuhnya kelak |
Jika diperhatikan pembangunan di Dun Pangkor sepanjang berada di bawah BN, ianya jauh sekali berbeza dengan Dun Chempaka yang dikuasai oleh Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat selama lebih 20 tahun. Yang mana sehingga kini rakyat di sekitar Pulau Gajah Sabak masih menunggu bantuan daripada kerajaan PAS.
Bukan sahaja memastikan rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri, Menteri Besar Perak yang juga Adun Pangkor turut membawa pembangunan lain di sekitar Pulau Pangkor antaranya pembinaan hospital baru serta perumahan 11 tingkat.
Kawasan ini diratakan untuk memberi laluan kepada pembinaan rumah pangsa 11 tingkat |
Pembinaan hospital baru sedang rancak berjalan - bangunan putih di belakang adalah kuaters kakitangan |
Bagi memastikan keselesan para anggota PDRM yang bertanggungjawab menjaga keselamatan penduduk Pangkor balai polis baru juga sedang rancak menjalani proses pembinaannya yang mana dijangka siap menjelang MEI 2013.
Pembinaan balai polis juga rancak berjalan |
Inilah kebajikan yang dibawa oleh BN tanpa perlu dicanang merata Malaysia, tujuan kami 'highlight' kan isu-isu sebegini adalah untuk membuka mata rakyat di luar sana yang terpegun dengan slogan 'Kerajaan Kebajikan' yang diwar-warkan oleh PR. Sedangkan kerajaan BN telah membuat kebajikan berkurun lamanya.
Rasanya cukuplah untuk kali ini, jika ditulis lebih saya bimbang menitik air mata penyokong Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.
Maklumlah Menteri Besar Perak DS Dr. Zambry Abd Kadir yang baru menjawat jawatan Menteri Besar mampu membuat perubahan sebegini sedangkan Nik Aziz Nik Mat yang lebih 20 tahun menjawatan jawatan yang sama hanya mampu....
Mampu....
Mampu...
Mampu cakap saja...
Lihat video di bawah bukti golongan PAS,DAP dan PKR yang mampu bercakap kosong. Kawasan Pulau Gajah persekitaran Pantai Sabak yang mana merupakan kawasan di bawah Dun Chempaka Adunnya pula adalah Menteri Besar Kelantan sendiri :
Nanti kita sambung lagi...
YY : Siapa lebih berkebajikan BN atau PR?
5 comments:
manjung/pangkor ni kg aku.. Dato Zambry ni mmg peramah orgnye.. aku masih ingat beliau dtg melawat & sembahyangkan jenazah ayah aku sewaktu ayah aku meninggal dulu.. time ni beliau adun aje.. kebetulan waktu tu beliau ade majlis berdekatan dekat masjid kat mane arwah dimandikan.. bile beliau ternampak je kereta jenazah.. trus je beliau singgah kat masjid tu.. n bertanya khabar & tunggu utk sembahyang jenazah sebelum meneruskan tugas beliau.. hati aku berkata time tu "alangkah bagusnya Perak ade pemimpin sebegini yg prihatin, tgk2 die jadi MB.. alhamdulillah.. sampai skrg aku respek sikap beliau yang peramah itu.. Syabas MB Zambry
Zambry mmg peramah. tak mustahil orang cina,india kat pulau tu sanggup sembahyang untuk pastikan dia menang. info rakan-rakan dari Pangkor pasal MB semua positif aku dengar. bro hari tu ckp singgah umah kelahiran MB story la sikit!
Nak bezakan dua DUN ni bro jauh panggang dari api. haha
Hanya ManjungMari yg terlalu sakit hati pada Dr zambry.
Pertama sekali nak tanya Blogger Yuseriyusoff - kenapakah royalti minyak yang menjadi hak negeri Kelantan ditahan oleh BN semata-mata kerana kerajaan negeri dipimpin parti pembangkang ?
Kedua, jadi jika Kelantan tidak membangun sedangkan ianya ada kekayaan minyak dan gas asli, salah siapa ?
Ketiga, kenapa membuat perbezaan dengan DUN Cempaka saja ?
Tentunya ada DUN Kelantan yang wakil rakyatnya adalah dari UMNO.
Kaya ke ? Maju ke ? Takkan ?
Jadi ?
Sungguh keji UMNO menahan royalti minyak dari negeri Kelantan yang mempunyai kadar masyarakat Melayu yang tertinggi di Malaysia.
Sungguh keji UMNO membiarkan orang Melayu Kelantan miskin dan mundur dekad demi dekad semata-mata kerana mereka terus-menerus menolak UMNO.
Jadi nak salah siapa ?
Yahudi pun tidak sebusuk hati UMNO. Yahudi pun tidak akan membiarkan Yahudi lain menderita.
Tapi UMNO sanggup membiarkan Melayu Kelantan mundur dan miskin semata-mata kerana mereka tidak mengundi UMNO.
UMNO sungguh keji.
Post a Comment