NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Sunday, December 18, 2011

Mahasiswa Pro-Kerajaan Pengecut?


Di atas adalah foto demontrasi 'aman' oleh sekumpulan mahasiswa pro-pembangkang. Usah banyak bicara mengatakan mereka ini bukan berpihak kepada mana-mana parti kerana kita semua tahu bahawa wujudnya tangan ghaib di sebalik tindakan mereka ini.

Saya difahamkan sejumlah 200 orang mahasiswa berarak dan berdemo siang tadi, melalui pesanan twitter pula mahasiswa ini menghantar tweet mendakwa mereka berjaya 'menakluki' bangunan PWTC. Melihat foto-foto di beberapa blog antaranya blog Suara Mahasiswa Selatan (SMS) - saya cuba mencari-cari di manakah mahasiswa berbangsa Cina atau India dalam foto tersebut.

Pencarian saya hampa, kerana tiada mahasiswa berbangsa lain selain Melayu yang berarak, berdemo menuju ke PWTC kononnya mahu menuntut kebebasan kepada mahasiswa tetapi bertindak menurunkan bendera Presiden UMNO DS Najib Tun Razak. - SATU TINDAKAN YANG BIADAP!




Bila melihat tiada kelibat mahasiswa berbangsa lain selain Melayu - timbul persoalan di benak fikiran saya, adakah mahasiswa berbangsa lain tidak mengambil peduli akan 'sekatan' bersuara yang dikenakan oleh kerajaan kepada mahasiswa - atau pun sememangnya mahasiswa di negara ini sebenarnya bebas bersuara tetapi perlulah melalui landasan yang betul?

Saya mencari-cari jawapan tersebut, lalu saya menghubungi beberapa mahasiswa yang saya kenali kerana hampir setiap minggu masa saya dihabiskan bersama mereka. Jawapan mereka hampir senada iaitu kerajaan tidak pernah menyekat mana-mana mahasiswa untuk bersuara, tetapi perlulah melalui landasan yang betul bukan di jalanraya.

Saya juga bertanyakan kenapa tiada mahasiswa berbangsa lain selain Melayu, adakah mahasiswa berbangsa lain sibuk menelaah pelajaran manakala pelajar berbangsa Melayu sibuk berpolitik walhal dari segi CGPA mereka hanya cukup-cukup makan?

Jawapannya memang benar, bangsa lain sibuk bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan keputusan yang baik kerana mereka sedar keputusan yang cemerlang mampu menempatkan diri mereka di kedudukan yang terbaik bila mereka menghabiskan pelajaran kelak.

Sayangnya pemikiran sebegini tiada dalam kepala otak mahasiswa berbangsa Melayu yang berjaya memasuki kampus dek kerana rayuan yang dibuat oleh ibu bapa mereka. Maklumlah keputusan bukan cemerlang mana pun!

Selain itu saya juga cuba mendapatkan kepastian adakah majoriti mahasiswa hari ini bersikap anti kerajaan BN?

Jawapan yang diberikan pula adalah sebaliknya. Daripada 10 mahasiswa yang terdiri dari pelbagai IPTA yang saya hubungi dengan yakin mengatakan majoriti mahasiswa itu tidak semua bersikap anti kerajaan kerana masih ramai yang menyokong kerajaan serta yang bersikap berdiam diri atau tidak mengambil pusing soal politik serta isu-isu semasa.

7 daripada mahasiswa ini mengatakan bahawa masih ramai mahasiswa yang bersikap menyokong kerajaan, tetapi kebanyakkan dari mereka bersikap diam diri kerana 'takut' untuk menonjolkan diri sebagaimana mahasiswa pro pembangkang.

Mereka juga mengatakan mahasiswa pro pembangkang mendapat 'sentuhan' khas tangan-tangan ghaib dari pemimpin pembangkang sebaliknya mahasiswa pro kerajaan berpecah kepada kumpulan kecil yang selama ini tidak pernah mendapat 'sentuhan' daripada mana-mana pemimpin parti atau kerajaan.

Mahasiswa pro kerajaan yang berpecah kepada kumpulan kecil ini gagal bertindak menggerakkan mobilisasi sebagaimana digerakkan oleh kumpulan mahasiswa pro pembangkang yang mendapat 'sentuhan khas' dari kumpulan tertentu dari parti politik tertentu.

Melihat kehebatan gerakan mobilisasi ini, masyarakat hari ini beranggapan bahawa majoriti mahasiswa itu bersikap menentang kerajaan walhal pada hakikat sebenar jumlah yang berhimpun, berdemo sebenarnya hanya 3/10 daripada jumlah mahasiswa di seluruh negara.

Selain berpecah kepada kumpulan kecil, mahasiwa pro kerajaan juga masih 'frust' tertonggeng dengan keputusan DS Najib Tun Razak yang mahu meminda Seksyen 15 AUKU. Rata-rata dari mereka merasakan mereka sudah tewas dalam perjuangan. Kerana akta yang dipertahankan selama ini diubah oleh pemimpin yang selama ini mereka sokong.

Nasihat saya buat adik-adik yang bakal memimpin negara ini. Jika kamu gagal melawan mereka, kamu perlu sertai mereka. Jika mereka mampu berhimpun menuntut hak itu dan ini, jika mereka mampu berhimpun meruntuhkan pagar kampus kamu juga mampu melakukan perkara yang sama.

Atau pun mahasiswa pro kerajaan yang ada hari ini - yang disebut sebagai mahasiswa PRO-ASPIRASI hanya terdiri daripada mahasiswa PENGECUT yang hanya berani berkokok di alam maya tetapi tidak berani merealisasikan suara mereka sebagaimana dilakukan oleh mahasiswa PRO-M?

Hahaha...

8 comments:

Anonymous said...

Benar bro student pro kerajaan kecut, x berani keluar bersuara.

Hussein BBU said...

Those students who demonstrated should be sacked. Minister must be firm. Biar mereka melalak Dan meraung menyesal. San gulp di perbodohkan pembangkang.i

Anonymous said...

Saya mahasiswa yang mendukung Kerajaan BN dan saya juga adalah sebahagian daripada mahasiswa pro-kerajaan (ASPIRASI). Saya menghormati pandangan saudara penulis blog, cuma saya punya pendapat saya sendiri. KAmi bukanlah takut atau cuak dengan mereka jauh sekali menikus dicelah2 universiti, cuma kami sebagai mahasiswa yg pro kerajaan merasakan bahawa segala bentuk demonstrasi jalanan dan kekecohan sperti ini bukanlah pilihan pertama.Kami percaya mahasiswa punya akal serta cara tersendiri. Mungkin bagi pihak mahasiswa pro-M mereka memilih cara demonstrasi, tetapi kami lebih kepada cara diplomasi, rundingan meja bulat serta diskusi yg aman. Tak perlulah demo serta menyusahkan org awam. KAmi percaya, kepimpinan melalui teladan adalah konsep yg wajib ada dikalangan mahasiswa. Kami tidak mahu melahirkan generasi yg 'kuat protes' dan berdemonstrasi hanya kerana mahukan suara mereka didengar. Kita bukan lagi duduk dizaman pak kaduk yg perlu berhimpun dan bersorak tapi kerja tak buat!!!! kami percaya bahawa untuk menegakkan hak, tanggungjawab harus dilaksanakan. TANGGUNGJAWAB KAMI ADALAH MENUNTUT ILMU serta membalas budi ibu bapa, kerajaan serta negara apabila kami tamat melanjutkan pelajaran kelak. Percayalah, kebenaran tidak akan wujud melalui cara yg agresif. Kebenaran akan hanya wujud melalui dasar kasih sayang serta tolak ansur. Kami juga percaya, bahawa tidak kemana pun mahasiswa yg berdemonstrasi ni..lihat sahaja berapa kerat je ahli pemimpin politik sekarang yg dahulunya aktif berdemonstrasi akhirnya mengakui bahawa segala bentuk protes yg mereka lakukan dizaman mahasiswa dahulu hanya sia2 kerana, hakikatnya, bukan mudah mengendalikan sebuah negara! Anwar Ibrahim dahulu, aktivis suara mahasiswa di UM. Tamat sahaja pengajian terus masuk UMNO! kemana perjuanagan mahasiswa beliau???? kosong! Lihat sahaja kaum cina dan india, mereka fokus dalam pelajaran dan akhirnya menguasai bidang profesional dan ekonomi. Pelajar melayu????? Berdemo tak habis2...sekiranya kami melawan puak2 pro-M ni dengan cara berdemo juga, apakah beza antara kami dengan mereka???? kami tak bodoh, kami juga tidak pengecut, cuma kami punya strategi kami sendiri. KAmi tidak sanggup melacurkan amanah ibu bapa dan harapan negara kami hanya kerana kami tidak puas hati dengan sesetengah pihak. KAmi percaya, sekiranya puak2 yg berdemo ni diberi peluang jd PM selama sebulan, belum pasti mereka mampu memuaskan hati mahasiswa. Kerana, mahasiswa yg bijak adalah mahasiswa yg menganalisa sebelum melakukan sesuatu perkara. Kami menolak retorik murahan yg menolak meja perundingan dengan memilih demonstrasi sebagai jalan penyelesaian.

Hafiz khan
Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws
UIAM

Yuseri Yusoff said...

Akhirnya....

Next komen pls!!!

Anonymous said...

Adam Adli Abd Hamid
Adamophobia blogspot
017-434 7317
Kelisa Gold WKE 3264
Antara Moderator LMP UPSI dalam FB selain Park Jung Din.Bilik gerakan dipercayai di Taman Bernam
Di Halang dari bertanding PRK (Pilihanraya Kampus ) UPSI tahun ini kerana terlibat dalam demo air di KL.
Search Youtube Adam Adli

Anonymous said...

Buat Siswa Pro-Kerajaan,

Bila jumpa je Mamat/minah2 sebelah sana tu lempang je !

CHELAKO-CHELAKO-CHELAKO-NIK AJIS -CHELAKO-CHELAKO-CHELAKO !

.Gory. said...

Mahasiswa Pro-kerajaan juga mungkin lebih fokus untuk tumpu kepada perkara yang membuahkan hasil. Dan juga fokus untuk study.

Anonymous said...

Bodohlah kau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...