NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Khairul Azwan Harun. Show all posts
Showing posts with label Khairul Azwan Harun. Show all posts

Saturday, January 4, 2014

Lawrence Andrew Bangkit Kemarahan Umat Islam, Pemuda UMNO Malaysia Teguh Pertahan Titah Sultan Selangor!

Umat Islam sekitar Kuala Langat menyatakan bantahan mereka dengan
membakar figura paderi Lawrence semalam.
Isu kalimah Allah yang dibangkitkan oleh paderi Lawrence Andrew terus mengundang kemarahan umat Islam yang tampil menyatakan bantahan mereka di beberapa lokasi. 

Semalam dilaporkan seramai 300 umat Islam orang berkumpul di Kuala Langat dan mendesak paderi Lawrence Andrew memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Bantahan di Kuala Langat

Barisan Pemuda UMNO melalui Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saudara Khairul Azwan yang hadir menyampaikan bantuan Yayasan Bina Upaya (YBU) kepada 40 orang warga emas di Kg. Gajah, Perak tengah hari tadi turut mengecam tindakan paderi Lawrence Andrew.

Naib Ketua Pemuda UMNO serahkan sumbangan
kepada warga emas di Kg. Gajah, Perak

Pemuda beranggapan perbuatan paderi Lawrence Andrew telah mencabar titah baginda Sultan Selangor yang dikeluarkan pada November 2013, barisan pemuda UMNO Malaysia teguh akan pertahankan titah Sultan Selangor dan meminta kegiatan mengganggu gugat sensitiviti umat Islam dihentikan segera sebagaimana yang dinyatakan melalui laman Facebook miliknya malam tadi.


Selain barisan UMNO di Selangor, turut tampil menyatakan bantahan adalah Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, saudara Razlan Rafi yang menganggap perbuatan paderi Lawrence Andrew sebagai biadap serta meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil langkah tertentu bagi menyekat pihak-pihak yang bersikap keras kepala serta gagal memahami undang-undang negara.


Sebentar tadi dilaporkan Majlis Belia Kawasan Putrajaya, turut tampil membuat laporan polis di IPD Putrajaya dan meminta agar paderi Lawrence serta pihak gereja Katolik di Selangor jangan mencabar kesabaran umat Islam di Malaysia.


JANGAN CABAR ISLAM! - kata warga NGO Majlis Belia Kawasan Putrajaya.

Lawrence Andrew, lu memang bangsat!



Arioss...!

Sunday, November 3, 2013

TPM Kata BN Ada Harapan di #PRKSgLimau - Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan & Jentera Diminta Siap Siaga!


Siap Siaga! - kata TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin tengah hari tadi meminta jentera pemuda bersiap siaga sebarang kemungkinan yang dilakukan oleh PAS menjelang malam pembuangan undi ketika membuat lawatan ke Bilik Gerakan Pemuda BN yang turut diiringi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Ini kerana PAS mungkin membuat provokasi jahat bagi meraih undi simpati dari penduduk Sungai Limau, selain itu menurut TPM kajian sikap ke atas pengundi menunjukkan BN mempunyai harapan cerah untuk memenangi DUN Sungai Limau.


Selain membuat lawatan TPM turut melepaskan konvoi bermotorsikal pemuda BN - Naib Ketua Pemuda Azwanbro yang memberikan taklimat akhir kepada Ketua-Ketua Pemuda BN sebaik sahaja selesai lawatan TPM turut mengarahkan jentera bersiap siaga kerana PAS dijangka menggunakan taktik kotor sebagaimana dilakukan sebelum ini.




Foto lain - KLIK

Saturday, November 2, 2013

#PRKSgLimau : Khairul Azwan Harap Pengundi Muda Fokus Agenda Pembangunan


Sg. Limau merupakan medan ujian pertama bukan sahaja buat Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun malah ia juga merupakan ujian bagi barisan exco baru dalam Pemuda UMNO Malaysia.


Walaupun Naib Ketua Pemuda UMNO tidak turun berkempen sejak hari pertama, berdasarkan komen rakan-rakan yang turun lebih awal berbanding saya. Setakat ini Azwanbro dilihat berupaya melaksanakan tanggungjawabnya selaku Naib Ketua Pemuda.


Sebagai Naib Ketua Pemuda, Azwanbro mendekati pengundi muda di Sg. Limau dengan menekankan serta memfokuskan aspek pembangunan di kawasan tersebut. 

Apa yang menarik adalah sessi soal jawab turut diselitkan setiap kali mendekati pengundi muda di beberapa PDM yang dilawati. Melalui sessi soal jawab, ia membolehkan para golongan muda tempatan berinteraksi dan meluahkan bentuk pembangunan yang diinginkan.


Baki 2 hari sahaja lagi, adakah pengundi Sg. Limau mahu KEKAL dengan apa yang ada sekarang atau mereka BERANI HIJRAH bagi melihat pembangunan dilaksanakan di kawasan tersebut?

Thursday, October 17, 2013

#PemilihanUMNO Kes NKP : "UMNO Yang Menang!" - kata Khairul Azwan & Jamawi Jaafar


"UMNO yang menang...!"

Itulah kata kedua-dua calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun dan Jamawi Jaafar sebaik sahaja keluar dari Bilik Mesyuarat bersama JK Pemilihan UMNO 2013 yang dipengerusikan oleh TS Tajol Rosli.

Penyokong kedua-dua calon yang setia memberikan sokongan sejak jam 10.00 pagi turut tertanya-tanya siapakah yang memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia kerana keputusan tersebut hanya diketahui jam 11.00 pagi esok (18 Oktober 2013) dan akan diumumkan oleh JK Pemilihan UMNO.

Harap-harap keputusan bagi Naib Ketua Pemuda Malaysia yang bakal diumumkan esok 18 Oktober dapat menyelesaikan kemelut yang timbul dan menguatkan lagi semangat juang buat kedua-dua calon dan penyokong mereka.


Inilah kematangan dalam Pemuda UMNO Malaysia sejak dipimpin oleh YB Khairy Jamaluddin. Masalah yang wujud dapat diselesaikan dalam suasana yang harmoni tanpa berlaku sebarang insiden kerusi terbang sebagaimana pemilihan cabang PKR.

Hahaha...

Tahniah buat kedua-dua calon dan penyokong mereka, kita tunggu esok sajalah!

Arios...!

Monday, October 14, 2013

#PemilihanUMNO : Misteri 73-73, Calon Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Disebotaj?


Proses demokrasi yang dilaksanakan dalam Pemilihan UMNO 2013 bagi tiga pergerakan sayap berakhir dengan peristiwa memalukan gara-gara sikap tidak profesional JK Pemilihan sendiri.

Selain tidak profesional kerana terlalu awal mengeluarkan kenyataan kononnya keputusan dapat diketahui seawal jam 8.00 malam dan keputusan rasmi sekitar jam 3.00 pagi.

Keputusan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula telah menimbulkan keraguan dan tanda tanya para 70,000 perwakilan pemuda.


Sehingga jam 5.00 petang tadi media yang mula berkampung juga tertanya-tanya apakah yang berlaku terhadap keputusan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang melibatkan empat calon yang bertanding.

Keraguan mula muncul apabila keputusan yang dipaparkan di umno-online tiba-tiba hilang sekitar jam 1.00 tengah hari di mana tertera proses pengiraan akhir undi sedang dijalankan :



Justeru kita perlu susuri semua kronologi keputusan pemilihan bagi sayap pergerakan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, TV3 dan beberapa media lain sejak semalam.

Memetik dua laporan media iaitu Berita Harian dah TV3 yang berakhir jam 2.30 pagi :


Berita Harian :



Khairul Azwan 44, Jamawi Jaafar 35.

Selepas tunggu semalaman, pagi (13 Oktober 2013) tiba-tiba media dimaklumkan proses pengiraan semula dijalankan kerana beberapa masalah teknikal. (mungkin kalkulator habis bateri)


Ok, kita terima.

Akhirnya satu keputusan (SERI) dikeluarkan di mana Khairul Azwan memperolehi undi dari 73 bahagian begitu juga Jamawi Jaafar.

Satu keputusan yang menimbulkan keraguan kepada ramai pihak lebih-lebih lagi satu salinan keputusan awal pengiraan telah pun dikirimkan kepada seseorang.

Dalam kiriman tersebut menunjukkan Khairul Azwan Harun memperolehi undi dari 74 bahagian manakala Jamawi Jaafar hanya mendapat undi dari 71 bahagian.



Disusuli dengan Iruan yang mendapat undi dari 26 bahagian dan Lokman Adam 18 bahagian.

Jumlah keseluruhan ialah (74 + 71 + 26 + 18 = 189) - keputusan pemilihan bagi pergerakan sayap dikira berdasarkan undi dari 189 bahagian kerana dua bahagian iaitu Pensiangan dan Gelang Patah mempunyai masalah di peringkat bahagian.

Dari awal keputusan yang berakhir 2.30 pagi kebanyakkan media melaporkan Khairul Azwan mendahului Jamawi Jaafar.

Tetapi anehnya hari ini ia berakhir dengan keputusan seri 73-73 dan bakal ditentukan melalui undian popular.

Undi popular tidak akan menyelesaikan kemelut ini, kerana berdasarkan undi popular ia jelas memberi kelebihan kepada Jamawi Jaafar yang memperolehi undi sebanyak 19,497 perwakilan dari 71 bahagian.

Manakala Khairul Azwan pula hanya memperolehi undi sebanyak 16,953 perwakilan dari 74 bahagian. (perkiraan awal sebagaimana tertera dalam kertas yang dikirimkan kepada seseorang)

Justeru bagi menyelesaikan misteri 73-73 sewajarnya undi setiap bahagian dikeluarkan satu persatu iaitu jumlah 73 undi bahagian yang diperolehi oleh kedua-dua calon datang dari bahagian mana?

Contoh undi bahagian A jatuh kepada Jamawi atau Khairul Azwan atau ikut saranan KJ :



Kalau undi popular, umum sahaja Jamawi Jaafar menang dalam sidang media tadi kenapa perlu 70,000 perwakilan pemuda menunggu selepas Hari Raya Haji?

Ia peristiwa yang cukup memalukan UMNO, siapa mahu jawab dan siapa harus dipertanggungjawabkan?

Arios...!

P/S : Bro Jamawi Jaafar, saya tiada masalah sama kamu bah, cuma bermasalah keputusan yang meragukan - jangan marah buss!!!

Saturday, October 12, 2013

#PemilihanUMNO : Cubaan Fitnah ke Atas @azwanbro Gagal, Kekal Calon Naib Ketua Pemuda Pilihan Perwakilan!


Semalam saya memerhatikan sekelompok facebookers yang bertindak menyerang serta memfitnah calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun.


Tidak mahu menuduh sesiapa walaupun saya tahu siapa dalang yang berperanan di sebalik serangan yang dilakukan. 

Kerana bagi saya serangan yang dilakukan ke atas Khairul Azwan Harun sedikit pun tidak menjejaskan mood sokongan orang muda kepada Azwanbro.



Lagi serang, lagi popular...

Hahaha...


Selamat menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin kepada 75,000 perwakilan pemuda esok.

Thursday, October 10, 2013

#OneBro4NKP : Lima Misi Calon No.04 @Azwanbro Sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia


Hanya dua hari sebelum tibanya 12 Oktober 2013, 75,000 perwakilan pemuda dilihat sudah tidak sabar untuk memilih pemimpin bagi sayap pergerakan Pemuda untuk meneruskan agenda memperkasakan orang muda.

Pertandingan merebut jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga dilihat semakin sengit, di antara empat calon yang menawarkan diri. Tiga pencabar calon dianggap sebagai calon pilihan.

Para perwakilan perlu membuat penilaian teliti terhadap setiap calon yang bertanding. Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO penilaian perlu dibuat berdasarkan latar belakang gerak kerja yang telah dilakukan sebelum ini.

Lima Misi Azwanbro :



Seperti yang saya katakan dalam artikel sebelum ini, merit Kpi Ketua Pemuda UMNO bagi penggal kedua ialah melahirkan lebih ramai pemimpin muda dalam parti melalui program pengkaderan.

Justeru para perwakilan pemuda perlu memilih calon Naib Ketua Pemuda UMNO yang mempunyai misi hampir serupa dengan misi dan visi KJ.



Individu yang paling layak dan telah pun melaksanakan modul pengkaderan orang muda ialah Azwanbro sepanjang memimpin Pemuda UMNO Negeri Perak sebagaimana saya perkatakan sebelum ini.

Ini bermakna Azwanbro memiliki formula untuk program pengkaderan bagi melahirkan pemimpin muda yang cintakan parti dan orang muda yang sayang dengan UMNO.

Wednesday, October 9, 2013

KPI Pemuda UMNO : Lahirkan Ramai Pemimpin Muda, Calon NKP No.04 @Azwanbro Sesuai Bantu Tugas @khairykj

No. 04 untuk Naib Ketua Pemuda!
Berbaki empat hari sahaja lagi sebelum tiba tarikh 12 Oktober iaitu hari untuk para perwakilan membuat pilihan bagi pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tiga calon utama telah tawarkan diri bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato Razali Ibrahim.

Menjelang minggu terakhir kempen, adalah penting untuk para perwakilan meneliti kebolehan serta pengalaman yang telah dilakukan oleh calon-calon yang menawarkan diri.

Perwakilan harus memilih calon berdasarkan pengalaman serta kebolehan yang dimiliki. Kebolehan mereka perlu diukur dari segi kerja-kerja yang telah dilaksanakan bukannya populariti singkat kerana kenaikkan harga minyak.

Selain itu amat penting untuk kita memilih calon Naib Ketua Pemuda yang mampu merealisasikan KPI Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin bagi penggal kedua di mana fokus utama adalah melahirkan pemimpin muda dalam parti sebagaimana dinyatakan semalam.

Jika dinilai dari merit KPI yang dirancang oleh KJ untuk penggal kedua, Azwanbro adalah calon yang dilihat mampu merealisasikan hasrat tersebut berdasarkan pengalaman Azwanbro melalui 'engagement' dengan anak muda seperti yang dilakukan melalui 'Program Political Internship'.

Mahu lahirkan pemimpin muda dalam parti, calon Naib Ketua Pemuda perlu tahu cara membuat 'engagement' dengan orang muda. Kebolehan mendampingi orang muda bukan dinilai melalui jumlah ceramah.

Tak kenal Azwanbro, kita tanya orang yang telah lama kenalinya :



Sunday, September 29, 2013

@azwanbro Upah Blogger Kerana Mahu Lahirkan Generasi Muda Setia UMNO? #OneBro4NKP


Tarikh 12 Oktober iaitu hari untuk para perwakilan memilih pucuk pimpinan bagi sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semakin menghampiri. Ramai pemerhati sudah berkira-kira siapakah yang bakal dipilih mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato Razali Ibrahim sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Penyokong Jamawi Jaafar tampil dengan hujah konon JJ akan menang kerana dia lebih popular di pusat, penyokong Lokman Adam pula tampil dengan hujah bahawa Lokman Adam bakal memenangi jawatan nombor dua dalam pergerakan pemuda berdasarkan populariti carian google. 

Manakala penyokong Azwanbro yakin perwakilan akan memilih Azwanbro berdasarkan kejayaannya mengetuai Pemuda UMNO di Perak begitu juga dengan saya. Keyakinan ini berdasarkan perjalanan politik, kelulusan serta hasil usaha yang dilakukan oleh Azwanbro di Perak.


Antara kejayaan Azwanbro di Perak ialah membawa seramai 14 ribu pengundi muda mendaftarkan diri,  selain itu dia turut berjaya menarik minat anak muda Perak melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan melalui BN Youth Volunteer Perak.


Hasilnya sukarelawan BN Youth Perak antara pasukan yang paling aktif sebagaimana diakui oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin. Bermula dengan program-program kesukarelawan inilah, matlamat Azwanbro untuk melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan parti dapat dilaksanakan di Perak. 



Kini Azwanbro masih meneruskan misi untuk melahirkan generasi yang cintakan UMNO sebagaimana diucapkan ketika perbahasan ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Inilah misi yang ingin dibawa jika perwakilan pemuda memberi peluang kepadanya.

Upah Blogger Balun Calon NKP?

Terdapat tuduhan yang mengatakan Azwanbro mengupah blogger untuk balun calon-calon NKP yang lain, apabila segelintir blogger menyerang seorang lagi calon NKP.

Jika begitu, bolehkah saya mengatakan seorang lagi calon turut mengupah blogger untuk menyerang Azwanbro secara peribadi memandangkan terdapat beberapa blog yang mengatakan Azwanbro orang korporat yang ego, sombong serta menyiarkan gambar-gambar yang diperolehi dari blog pembangkang bagi memburuk-burukkan Azwanbro?

Saya boleh namakan satu persatu blog-blog ini, malah saya tahu siapa pemilik blog. Tetapi atas prinsip perlawanan secara adik-beradik sebagaimana dikatakan KJ, saya abaikan segala tohmahan tersebut walaupun calon pilihan saya yang diserang.

Justeru, bagi saya kita berkempenlah berdasarkan segala kerja dan peranan yang dilakukan oleh calon pilihan kita bukannya menyerang peribadi mereka. Misi Azwanbro melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan, pada parti bukan melahirkan blogger upahan.

Layan sikit Wacana Bakal NKP :



Arios...!

YY : Bangga bila Tajuddin kini mula aktif baca blog. Hahaha...

Wednesday, September 18, 2013

@Azwanbro Mampu Membawa Perjuangan Pemuda Selari Peredaran Zaman #OneBro4NKP


Sejak negara mencapai kemerdakaan, pendekatan yang digunakan oleh pemuda sentiasa digeruni dan dihormati oleh lawan. Sayap UMNO yang dikenali dengan imej perjuangan yang lantang, berani dalam memperjuangkan isu serta mempertahankan hak dan kepentingan agama, bangsa dan negara kini telah melalui pelbagai proses kematangan.

Keberanian pemuda bukan saja ketika berjuang menuntut kemerdekaan negara, malah ketika keengganan komunis mengiktiraf kemerdekaan negara sehingga membawa kepada darurat, pemuda memainkan peranan memberi kesedaran kepada rakyat mengenai konsep sebuah negara Merdeka.

Kini setelah melalui pelbagai proses serta memastikan UMNO terus relevan, pemuda UMNO perlu bijak menyesuaikan perjuangan mereka selari dengan perubahan landskap politik negara. Tanggungjawab besar bukan sahaja di bahu ketua pemuda sebaliknya ia turut dipikul pembantunya  iaitu  naib ketua.

Tanggungjawab Naib Ketua Pemuda UMNO harus selari dengan Ketua Pemuda bagi memastikan visi dan misi pergerakan pemuda berjaya dicapai. Di antara tiga calon,  Azwanbro dilihat lebih mampu membawa perjuangan pemuda selari dengan peredaran zaman.



Nanti-nantilah saya sambung kenapa saya pilih Azwanbro, sekeping gambar Azwanbro sebagai penutup artikel buat sahabat pembaca dan para perwakilan...


Arios...!

Monday, September 9, 2013

Calon NKP @azwanbro Anjur Program, Lain Orang Pula Dihargai Oleh Calon-Calon Exco Pemuda? #PemilihanUMNO


Lain orang punya program, lain orang dapat nama, lain orang yang diberikan penghargaan...

Terlebih dahulu saya mohon maaf jika tulisan ini mengguris hati sesetengah daripada sahabat-sahabat saya. Semalam saya difahamkan satu program sessi perkenalan calon-calon yang bakal bertanding dalam Pemilihan UMNO 2013 Oktober ini bersama para pemuda dan perwakilan Johor.

Antara yang hadir ialah calon Majlis Tertinggi yang mendapat pengesahan sebulat suara daripada Pemuda sebagaimana diumumkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin iaitu Tun Faisal dan Dato Sohaimi Shadahan, dua calon Naib Ketua Pemuda iaitu Khairul Azwan Harun serta Jamawi Jaafar dan beberapa calon exco.

Walaupun tuan punya badan tidak merungut atau berkecil hati, tetapi sebagai ahli pemuda yang mempercayai kebolehan Azwanbro saya terkilan melihat program sessi pengenalan calon yang dianjurkan oleh beliau, tetapi calon-calon yang turut serta tidak memberi penghargaan atau pun ucapan terima kasih kepadanya sebaliknya penghargaan diberikan kepada UMNO Perhubungan Negeri Johor.

Saya komen berdasarkan ucapan yang ditinggalkan di laman instagram oleh beberapa calon yang hadir, di mana mereka seolah-olah tidak mengetahui program semalam merupakan anjuran Azwanbro :




Bukan semua tidak menghargai serta tidak mengucapkan terima kasih kepada Azwanbro, ada juga yang menyampaikan penghargaan tersebut antaranya Tun Faisal, Onn Hafiz dan Armizam. Tetapi calon-calon lain mungkin belum sempat mengucapkan penghargaan kepada calon Naib Ketua Pemuda UMNO Azwanbro.

Tetapi anehnya terima kasih mereka kepada seorang lagi calon Naib Ketua Pemuda iaitu Jamawi Jaafar  dan Pemuda Negeri Johor boleh pula mereka sampaikan.

Hahaha...

Jika difikirkan dengan segala kos perbelanjaan yang digunakan untuk bertemu sahabat dan perwakilan negeri Johor, sepatutnya Azwanbro menggunakan platform semalam secara peribadi bagi membolehkan beliau menyampaikan inti pati yang beliau ingin bawa jika diberikan peluang menduduki kerusi nombor dua dalam pemuda.

Dek kerana atas semangat kekeluargaan maka Azwanbro tidak memaklumkan bahawa program tersebut anjurannya, tetapi malangnya adik-beradik yang lain terlalu malu untuk menaikkan namanya di laman facebook serta instagram masing-masing. 

Pendek kata dalam bahasa mudah faham Azwanbro tidak berkira jika ada pihak lain yang diberikan ruang untuk memperkenalkan diri walaupun ia sebenarnya peluang untuk dia berkempen 100% bersama perwakilan pemuda negeri Johor.

Mungkin Azwanbro berpegang atas semangat perlawanan kekeluargaan lalu beliau turut menjemput calon-calon yang lain termasuk calon yang bakal bersaing dengannya turut bersama dalam program yang dianjurkan untuk beliau bersama perwakilan pemuda negeri Johor.

Bagi saya Azwanbro merupakan pemuda yang patut diberikan peluang, semangat kekeluargaan yang dipegang Azwanbro membuatkan saya kagum, sikap beliau yang tak kisah walaupun pihak lain yang diberikan penghargaan oleh calon-calon yang hadir semalam perlu ada pada setiap pemimpin pemuda.

Azwanbro merupakan individu yang tidak sombong, ego dan bangga dengan program yang dianjurkan secara peribadi olehnya tetapi turut digunakan oleh calon-calon lain yang bakal bertanding, orang macam Azwanbro patut kita di akar umbi pemuda beri peluang menggantikan Datuk Razali Ibrahim.


Ada yang nak marah serta tuduh Azwanbro bayar aku...?

Aku peduli apa sebab muka aku bukan ada dalam program semalam...

Hahaha...

Arios!

Friday, August 30, 2013

#OneBro4NKP : Calon Naib Ketua Pemuda UMNO @Azwanbro Sifatkan Guang Eng Tidak Matang & Bodoh Haramkan #TandaPutera


Isu pengharaman tayangan filem Tanda Putera di Pulau Pinang yang hangat diperkatakan telah mengundang pelbagai respon masyarakat. 

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng yang melarang penayangan filem tersebut di pawagam-pawagam bagi Pulau Pinang membuktikan kerajaan pimpinan DAP tidak mengamalkan konsep keterbukaan yang sebenar.

Ekoran 'nasihat' Guang Eng mendapat bantahan dan kecaman yang diterima akhirnya kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengubah pendirian dengan membenarkan filem tersebut di tayangkan di Pulau Pinang mulai esok.

Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun atau Azwanbro dalam kenyataan yang disiarkan di laman AZWANBRO.COM menyarankan Ketua Menteri Pulau Pinang itu menonton terlebih dahulu filem berkenaan sebelum membuat tuduhan yang melulu dengan mengatakan ia sebuah filem yang bersifat perkauman.

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung agar tidak menayangkan filem Tanda Putera adalah satu tindakan yang “amat bodoh” dibuat oleh seorang pemimpin negeri. 
Lim Guan Eng telah membuktikan bahawa DAP tidak pernah mengamalkan demokrasi dan kuku besi. Pengharaman Tanda Putera di Pulau Pinang memang telah dijangkakan, dengan pengharaman ini mungkin beliau beranggapan bahawa rakyat Pulau Pinang akan terus alpa dan lupa kepada sejarah negara. 
Persoalan yang harus kita tanyakan kembali kepada Pakatan Rakyat adalah, mengapa hanya di Pulau Pinang tayangan filem ini diharamkan? Sedangkan Pakatan Rakyat menguasai tiga negeri di Malaysia. Mengapa perlu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyekat filem berbentuk sejarah daripada ditayangkan di negeri tersebut? 
DAP Pulau Pinang menuduh Tanda Putera sebagai filem yang bersifat perkauman adalah sangat tidak matang dalam menilai filem tersebut. Saya menyarankan agar kita menonton terlebih dulu filem Tanda Putera sebelum membuat kesimpulan melulu. 
Saya dimaklumkan segala babak yang diwujudkan dalam filem ini berlandaskan fakta yang tercatat dalam sejarah negara. Saya percaya produser dan pengarah Pesona Pictures Sdn Bhd, Datin Paduka Shuhaimi telah melakukan banyak kajian serta rujukan dengan pihak yang sepatutnya sebelum menghasilkan filem tersebut dan tiada agenda tersirat dan bukan untuk kepentingan politik melainkan ia berdasarkan sejarah agar kita mengenali dan berfikir sebagai rakyat yang lebih matang. 
Tanda Putera bukan filem politik sebaliknya mengisahkan sejarah bagaimana Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak serta Timbalannya Allahyarham Tun Dr Ismail, memulihkan keadaan negara daripada pelbagai insiden.

Wednesday, August 28, 2013

#OneBro4NKP - Let's Talk With Khairul Azwan Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia #PemilihanUMNO13


Mungkin dengan keluarnya wajah calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun akan menambahkan lagi sengsara sesetengah bloggers yang cuba memburuk-burukkan imej Azwanbro dalam beberapa artikel mereka.

Nasihat saya, siapalah penulis blog baru setahun jagung tersebut yang mahu mempertikaikan kredibiliti sama ada seseorang itu layak atau tidak menggalas tanggungjawab sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Jika hendak mempertikaikan Azwanbro sekalipun, carilah isu-isu yang berkaitan dengan bidang tugasnya sepanjang memegang jawatan dalam pemuda, bukannya dengan isu peribadi. Nampak sangat serangan yang dimulakan di blog kamu bermotif.

Hahaha...

Rakaman penuh temubual MobTV bersama Khairul Azwan Harun [KLIK]

YY : Menteri Besar anak bapak pun nak bertanding jugak dengarnya...

Monday, July 16, 2012

[FOTO] : Dua Hari Kejohanan World #JetRace Challenge Tarik 6,000 Pelancong ke Pangkor - Tahniah @ZambryAbdKadir @azwanbro

Siri World Jetrace Challenge yang berlangsung di Pantai Bogak, Pulau Pangkor berakhir semalam secara tidak langsung telah berjaya mempromosikan Tahun Melawat Perak 2012 kerana sepanjang dua hari kejohanan tersebut berlangsung, Pantai Bogak menerima hampir 6,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Menurut pengerusi kejohanan Khairul Azwan Harun, kejohanan dua hari yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berjaya mencapai sasaran walaupun Perak menganjurkannya buat pertama kali.

Selain itu lebih membanggakan apabila anak kelahiran Pangkor yang dikenali sebagai 'Eddie Pangkor' turut meraih juara dalam salah satu acara yang dipertandingkan.

Antara foto-foto yang dirakam sepanjang dua hari kejohanan :

DS Dr. Zambry Abd Kadir berkenalan dengan para pelumba
Pelumba melakukan persiapan sebelum memulakan perlumbaan
Tanya Khabar - DS Dr. Zambry Abd Kadir beramah bersama penduduk cina di Pangkor
Anak Tempatan - Eddie Pangkor Juara 300 cc
Khemah para pelumba
DS Dr. Zambry Abd Kadir & Khairul Azwan Harun teruja menyaksikan perlumbaan

Minat - anak muda Pangkor yang hadir menyaksikan perlumbaan
Khairul Azwan Harun (kiri) & DS Dr. Zambry Abd Kadir menerima replika cek dari pihak penaja
Aksi para pelumba handalan dunia








YY : Kena jadikan acara tahunan untuk Perak ni bro! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal