NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Pemuda Perak. Show all posts
Showing posts with label Pemuda Perak. Show all posts

Saturday, October 12, 2013

#PemilihanUMNO : Cubaan Fitnah ke Atas @azwanbro Gagal, Kekal Calon Naib Ketua Pemuda Pilihan Perwakilan!


Semalam saya memerhatikan sekelompok facebookers yang bertindak menyerang serta memfitnah calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun.


Tidak mahu menuduh sesiapa walaupun saya tahu siapa dalang yang berperanan di sebalik serangan yang dilakukan. 

Kerana bagi saya serangan yang dilakukan ke atas Khairul Azwan Harun sedikit pun tidak menjejaskan mood sokongan orang muda kepada Azwanbro.



Lagi serang, lagi popular...

Hahaha...


Selamat menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin kepada 75,000 perwakilan pemuda esok.

Wednesday, August 28, 2013

#OneBro4NKP - Let's Talk With Khairul Azwan Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia #PemilihanUMNO13


Mungkin dengan keluarnya wajah calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun akan menambahkan lagi sengsara sesetengah bloggers yang cuba memburuk-burukkan imej Azwanbro dalam beberapa artikel mereka.

Nasihat saya, siapalah penulis blog baru setahun jagung tersebut yang mahu mempertikaikan kredibiliti sama ada seseorang itu layak atau tidak menggalas tanggungjawab sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Jika hendak mempertikaikan Azwanbro sekalipun, carilah isu-isu yang berkaitan dengan bidang tugasnya sepanjang memegang jawatan dalam pemuda, bukannya dengan isu peribadi. Nampak sangat serangan yang dimulakan di blog kamu bermotif.

Hahaha...

Rakaman penuh temubual MobTV bersama Khairul Azwan Harun [KLIK]

YY : Menteri Besar anak bapak pun nak bertanding jugak dengarnya...

Thursday, August 22, 2013

#PemilihanUMNO13 : Tajuddin Pasir Salak Ugut Ketua Cawangan - "Kalau Tak Sokong, Tak Dapat Peruntukkan!"?


Kaki betina, kaki judi, kaki pukul, kaki rasuah, bapak segala kronisme di Perak!

Itulah label yang sesuai buat Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Tajuddin - ada komen yang marah berhubung artikel Pemuda Akar Umbi Ditampar Dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya yang disiarkan di laman ini.

Kata tukang komen tersebut, jika baru sehari dua kenal Tajuddin saya atau sesiapa saja tidak layak bercakap mengenainya. Untuk komen-komen yang memuji Tajuddin, saya tak perlu fikir panjang-panjang - hanya satu jari tengah dari kedua-dua tangan saya buat anda!

Sampai bila UMNO & Najib nak simpan Tajuddin?


Siapa tidak kenal Tajuddin...?

Tanya saja di Pasir Salak, hatta anjing jika boleh berbicara - anjing pun akan kata Tajuddin kaki judi, kaki mabuk, kaki betina, kaki rasuah. 

Saya berani berkata secara terang-terangan begini kerana maklumat yang saya perolehi bukan datang daripada orang lain sebaliknya daripada ahli akar umbi serta beberapa bekas-bekas kakitangan Tajuddin sendiri.

Malah Tajuddin pada tahun 1995 Tajuddin pernah dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta untuk merebut jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib sebelum diterima semula tanpa syarat pada tahun 1998 dan dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian pada tahun 2000.

Aneh sungguh UMNO, ahli yang terlibat salah laku politik wang sebanyak RM6 juta pada awalnya dipecat selepas itu diterima semula tanpa syarat?

Tajuddin Ugut Ketua Cawangan!

Selain mengatur perjalanan politik anak-anaknya di mana anak lelaki diletakkan sebagai Ketua Pemuda UMNO dan Pengarah War Room Bahagian, anak perempuan sebagai Setiausaha Bahagian, menantu diletakkan pula sebagai SUS Pejabat Timbalan Menteri dan anak saudaranya Ramli pula sebagai pegawai khas parlimen.

Terbaru saya dimaklumkan beberapa Ketua Cawangan telah diugut oleh Tajuddin, menurut sumber salah seorang Ketua Cawangan tersebut dia diugut menerusi panggilan telefon oleh Tajuddin agar terus menyokong Tajuddin dan anak-anaknya. Jika terdapat mana-mana Ketua Cawangan yang ingkar kehendaknya cawangan tersebut tidak akan diberikan apa-apa peruntukkan.

Wowww..!!!

Daripada bahagian hingga ke pejabat Timbalan Menteri Tajuddin meletakkan kroninya, apakah Tajuddin sedang giat menyusun atur bagi memastikan tampuk pemerintahan negeri Perak dikuasai oleh anak beranaknya?

Orang macam ini Najib dengan ahli UMNO nak simpan?

Dalam parlimen pun Tajuddin masih nak sembang pasal bur***



Banyak lagi kisah Tajuddin akan dikeluarkan satu persatu, termasuk rakaman ugutan yang Tajuddin lakukan kepada Ketua-Ketua Cawangan.

Tunggu...

Arios!

Sunday, April 15, 2012

Himpunan #BNPilihanOrangMuda Bersama @HishammuddinH2O @khairykj @azwanbro Di Kediaman DS @ZambryAbdKadir Dihadiri 10,000 Anak Muda!


Sempoi...

Himpunan BN Pilihan Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak DS Dr.Zambry Abd.Kadir dihadiri hampir 10,000 anak muda pelbagai bangsa yang telah mencatat sejarah tersendiri untuk negeri Perak.

Program yang turut dihadiri oleh Naib Presiden UMNO iaitu DS Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak Saudara Azwan Harun dan Ketua Puteri UMNO Dato Rosnah Shirlin ternyata meriah dan mendapat sambutan luar biasa dari anak muda Perak.



Anak muda sekitar Perak yang terdiri dari pelbagai bangsa ternyata telah memberi respon positif, malah menyatakan sokongan kepada BN dan berikrar bagi memastikan BN terus memerintah negeri tersebut.

Kesilapan dalam PRU12 yang lalu, di mana mandat diberikan kepada PR sebelum dirampas kembali oleh BN telah membuka mata ramai anak muda tentang ketidakmampuan PR dalam memerintah negeri tersebut.

Mungkin plan tranformasi parti yang diilhamkan oleh DS Najib Tun Razak telah mula direalisasikan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti yang mana mereka kini dilihat lebih terbuka dan sporting bila bersama dengan anak muda.




BN memang pilihan orang muda!

Saturday, February 25, 2012

[VIDEO] :@azwanbro Pemuda UMNO Perak - Dah Ready Ke Belum Nak 'Berperang'?

Negara bakal berdepan dengan pilihanraya ke-13  tidak lama lagi, BN dikhabarkan bakal berhadapan dengan tentangan sengit dari Pakatan Rakyat di negeri Perak ekoran krisis negeri Perak yang mana menyaksikan Pakatan Rakyat kehilangan kuasa pemerintahan selepas dua ADUN mereka bertindak keluar parti hanya selepas memerintah negeri tersebut.

Ikuti temubual bersama Ketua Pemuda UMNO Perak Khairul Azwan Harun dalam usahanya memimpin barisan Pemuda UMNO Perak dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang :

Friday, February 24, 2012

[VIDEO] : @KhairyKJ Balun Anwar Ibrahim - "Anwar Jangan Hipokrit"



Yang mana lagi teruk menyokong segala usaha yang dilakukan oleh Israel sebagaimana diungkapkan oleh Anwar Ibrahim atau berdagang dengan syarikat yang berpengkalan di Israel?

Kebenaran pemerdagangan adalah jauh berbeza dengan sokongan politik yang dinyatakan oleh Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal iaitu menyokong segala usaha untuk memastikan keselamatan negara Israel.

Jika diteliti kenyataan Anwar Ibrahim seolah-olah beliau setuju dengan segala tindak-tanduk yang dilakukan oleh Israel dalam mempertahankan keselamatan negara tersebut termasuk membunuh rakyat Palestin

Wahai ahli PAS kamu menyokong Anwar Ibrahim umpama kamu menyokong Israel.

YY : Patutlah gila membalun - sifu psywar mereka disahkan gila oleh pakar perubatan -  Cuba teka siapa? jeng...jeng...jeng!

Tuesday, February 21, 2012

Pemuda UMNO Gempur Parlimen Parit - Tanda Pilihanraya Sudah Dekat?

Suara Pemuda UMNO Malaysia bergema di Daerah Perak Tengah, kali ini lokasi dipilih adalah Pekan Parit untuk Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Pekan Parit adalah antara pekan tertua dan lokasi Parlimen Parit terletak dalam bandar Ilmu iaitu bandar Seri Iskandar.

Mesyuarat Pergerakan Exco Pergerakan UMNO Malaysia yang julung kali diadakan di lokasi pinggir bandar antara aspirasi kini Ketua Pemuda Umno Malaysia YB Khairy untuk mencipta kelainan dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Dipercayai mesyuarat ini adalah mandat terkini YB Khairy kepada exco pemudanya sebelum PRU 13.

Beberapa foto sempat dirakamkan penulis di Pekan Parit,Perak sebelum Mesyuarat Pergerakan Exco Pemuda Umno di Pejabat Bahagian Umno Parlimen Parit.





Kredit to : PENAKSJ

Friday, December 2, 2011

Ketua Pemuda Perak @azwanbro Cabar Wakil Rakyat Buktikan Mereka Layak.


Dalam pertemuan santai UMB bersama Menteri Besar Perak semalam, ianya turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Perak Khairul Azwan Harun. Memandangkan masa agak suntuk semalam, saya tidak sempat untuk berbicara panjang bersama beliau. 

Nampaknya tak sempat lagi kita nak bersembang bro....

Baca balik artikel lama saya mengenai pemuda ini di SINI

Dari PerakNews :
Ketua Pemuda UMNO Perak Khairul Azwan Harun mencabar wakil rakyat UMNO yang berhasrat mempertahankan kerusi pada Pilihan Raya ke-13 supaya membuktikan mereka telah berjaya melaksanakan pendekatan 3P (Padang, Perasaan, Penyelesaian). 
Katanya pendekatan 3P yang dipelopori Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir itu merupakan satu kayu pengukur dalam konteks Perak untuk memastikan calon PRU-13 memiliki kriteria ‘winnable candidate’. 
Katanya pra-syarat sama haruslah ada pada ahli UMNO yang menyimpan hasrat untuk dipilih sebagai calon. 
“Kita lihat pendekatan 3P yang menjadi amalan Menteri Besar dalam mentadbir Perak terbukti efektif daam memastikan pemimpin dapat menyentuh hati rakyat. 
“Maka kita mahu 3P ini dijadikan kayu pengukur dalam menentukan siapa calon yang layak bertanding bagi PRU-13 terutamanya dikalangan wakil rakyat yang berhasrat mengekalkan kerusi mereka. 
Sebelum mereka bercita-cita untuk dikekalkan, kita nak mereka buktikan sekiranya mereka telah berjaya melaksanakan 3P di kawasan masing-masing,” katanya. Beliau ditemui ketika menghadiri Persidangan Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. 
Azwan berkata beliau sendiri masih bekerja keras memastikan pendekatan 3P digunakan ketika melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pemuda Negeri. 
“Saya sentiasa cuba lakukan yang terbaik bagi memastikan 3P dilaksanakan di peringkat jentera-jentera parti. Walau bagaimanapun saya sendiri masih belum berpuas hati dengan pencapaian saya setakat ini,” katanya. 
Menjawab satu soalan, Azwan berkata beliau telah mengenalpasti beberapa ahli Pemuda Negeri yang mampu diketengahkan sebagai calon berikutan penglibatan aktif mereka dengan aktiviti kemasyarakatan dan penduduk setempat. 
“Kita mahu memastikan calon kalangan Pemuda merupakan mereka yang mesra serta amanah dengan rakyat sepertimana yang dikehendaki Presiden, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Beliau turut mengingatkan ahli supaya melupakan hasrat untuk dipilih sekiranya masih lagi befikir amalan melobi atau menggunakan ‘cable’ akan membantu mereka tersenarai sebagai calon. 
Mengulas ucapan Presiden yang mahukan ahli UMNO berpegang kepada prinsip transfomasi politik, Azwan berkata Pemuda Perak kini telah mengenalpasti penuntut universiti dan kolej sebagai ‘gelanggang baru’ yang perlu diberikan fokus dalam memastikan kehadiran Pemuda benar-benar memberi kesan kepada golongan muda. 
Katanya ini berikutan langkah kerajaan mengubal Akta Universiti dan Kolej (AUKU) yang bakal menyaksikan lebih 250,000 penuntut layak menyertai parti-parti politik. 
“Dengan adanya AUKU ini nanti, Pemuda mempunyai ‘new playing ground’ (gelanggang baru). Maka kita perlu menyiapkan diri terutama dalam memastikan pemimpin Pemuda merupakan kalangan mereka yang berpengatahuan di samping tahu aspirasi, kebimbangan dan kehendak golongan ini,” katanya.
YY : Minta rakan-rakan dari UMB pautkan laman http://www.peraknews.com di blog masing-masing. 

[VIDEO] : Eksklusif #UMB Bersama MB Perak DS @ZambryAbdKadir #PAUMNO


Untuk artikel saudara pembaca boleh KLIK SINI 

#PAUMNO : Bicara Santai Menteri Besar Perak DS @ZambryAbdKadir Bersama #UMB


Semalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sudi meluangkan masa untuk berborak santai bersama 10 orang bloggers dari Unit Media Baru Pemuda UMNO.

Dalam pertemuan tersebut Dr. Zambry Abd Kadir sempat membicarakan isu-isu di negeri Perak antara yang menarik adalah mengenai Bajet Negeri Perak 2012 yang mana merupakan bajet tertinggi dalam sejarah negeri Perak.

Bajet yang berjumlah RM915.26 juta secara tidak langsung membuktikan kebolehan beliau dalam menerajui Perak selepas BN merampas tampuk pemerintahan daripada kerajaan 'boneka' Nizar Jamaluddin. Dari jumlah tersebut sebanyak RM321 juta diperuntukkan untuk program pembangunan di negeri berkenaan.


Selain itu kami turut bertanyakan mengenai tindakan biadap Suara Keadilan sebelum ini yang mengeluarkan laporan palsu kononnya beliau ditahan di luar negara kerana disyaki pengganas.

Dalam komen beliau mengatakan bahawa tujuan PKR bertindak melemparkan fitnah ke atas beliau bertujuan untuk membunuh karakternya dengan menggambarkan beliau seorang pengganas dengan niat dapat mengurangkan keyakinan rakyat terhadap dirinya terutama rakyat Perak.

Namun jelas Suara Keadilan berniat jahat membuat fitnah berkenaan dan natijahnya akhbar berkenaan diarahkan oleh mahkamah membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta. Nampak sangat Suara Keadilan kaki fitnah!

Mengenai persediaan menghadapi PRU yang akan datang, BN Perak dikatakan sudah bersiap-sedia untuk 'berperang' serta mempertahankan pentadbiran negeri Perak dari dirampas oleh 'lanun' DAP. Setakat ini 'calon boleh menang' akan diberi keutamaan sebagaimana hasrat Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Persoalan adakah beliau akan mengekalkan kerusi DUN kawasan Pangkor atau bertanding di kerusi yang lain, beliau menyatakan semuanya bergantung kepada pucuk pimpinan parti. Beliau akur jika pucuk pimpinan mungkin tidak mencalonkan beliau untuk PRU yang akan datang.

Inilah pemimpin yang disenangi oleh golongan muda, seorang pemimpin yang baik hendaklah sentiasa bersedia untuk serahkan kuasa jika orang lain lebih layak untuk meneruskan agenda pembangunan dan membela rakyat negeri tersebut.


Di akhir pertemuan tersebut beliau turut menghargai peranan bloggers yang sentiasa dan sanggup mengadap skrin komputer demi memastikan segala tohmahan dapat dipatahkan, malah beliau secara peribadi memberi gelaran anak-anak muda yang berjuang di alam siber ini sebagai 'Screenaggers' (orang yang selalu mengadap skrin).

Mana dapat ayat Screenaggers ni tok?

Ke saya yang salah sebut atau salah eja...?

YY : Pertemuan yang tak dirancang...

Thursday, January 6, 2011

Khairul Azwan Dato` Harun, Ketua Pemuda UMNO Perak Yang Baru.

Saya membaca laman twitter Ketua Pemuda UMNO Malaysia  YB Sdr. Khairy Jamaluddin  tadi dimana beliau menyatakan bahawa perubahan dilakukan di dalam kepimpinan Pemuda UMNO Perak.


Beliau telah melantik Khairul Azwan Dato Harun sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru menggantikan Maslin Sham.

Saudara Maslin Sham pula dilantik ke Exco Pemuda Malaysia menggantikan Khairul Azwan. Bagi saya keputusan yang dibuat oleh YB Khairy Jamaluddin adalah sesuatu keputusan yang paling tip-top. Untuk pengetahuan pembaca saya pernah menulis mengenai Khairul Azwan Dato Harun dulu.

Artikel lama saya mengenai Khairul Azwan Dato Harun boleh saudara membacanya di SINI

Sememangnya pemilihan Khairul Azwan Dato Harun merupakan satu pilihan yang ditunggu-tunggu oleh ramai pemuda Perak. Kita dapat melihat ciri-ciri kepimpinan yang ditampilkan oleh Sdr. Khairul Azwan Dato Harun dalam menjalankan kerja-kerja parti di peringkat negeri Perak. 

Saya ucapkan tahniah untuk Khairul Azwan Harun kerana mendapat kepercayaan daripada Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk terajui Pemuda Perak.

Selamat menjalankan tugas buat Sdr. Khairul Azwan dan saya berharap agar saudara terus dapat memantapkan lagi barisan pemuda negeri Perak khususnya. 

Syabas dan tahniah bro Khairul.. Hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal