Banner di atas adalah banner yang dipamerkan di Pusat Khidmat MP Bukit Gantang YB Nizar Jamaluddin, sekali pandang nampak macam Bantuan Rakyat 1 Malaysia adalah hasil usaha yang dilakukan oleh PAS ibarat ''Kambing punya susu, sabun jenama Shurah dapat nama... hehehe".
PAS Bukit Gantang kini dikhabarkan sedang giat 'membantu' mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tapi ianya ditukar nama kepada 'Borang Duit Rakyat'. Tidak kiralah apa nama yang mereka hendak guna, yang pasti di sini PAS mengakui bahawa bantuan ini memang cukup menggembirakan semua rakyat berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
Bukan sahaja borang tersebut boleh didapati di Pusat Khidmat PAS Bukit Gantang, malah PAS di kawasan tersebut turut memudahkan urusan rakyat dengan menghantar borang tersebut terus kepada LHDN.
Jika dilihat tiada yang anehnya apa yang dilakukan oleh PAS Bukit Gantang ini, maklumlah perkara yang baik dan memudahkan rakyat mana mungkin saya hendak mempersoalkan atau bertindak mengagalkan usaha PAS ini.
Saya cuma ingin mengajak saudara pembaca melihat 'kebengongan' perjuangan PAS yang secara terang-terangan ditayangkan kepada kita rakyat Malaysia malah tidak keterlaluan kita katakan PAS ini 'spesis muka tebal mengalahkan kulit
Pada 12 Disember yang lalu 'kitab' suci pengikut PAS iaitu Haprakahkah Daily menyiarkan serta mempertikaikan bantuan RM500 yang dibuat oleh kerajaan. Kenyataan 'bengong' itu dikeluarkan sendiri oleh Ketua Muslimat PAS Siti Zailah - dalam kenyataan mahu popular itu Zailah berkata bantuan ini tidak lebih daripada umpan, sogokan atau rasuah pilihanraya dari BN.
Hahaha... rujuk kenyataan "Fenomena pemberian one off ini sedang rancak berlaku sekarang. Ini budaya sogokan yang sudah lama berlaku dalam pemerintahan UMNO/BN"...Ironinya PAS mengesahkan bahawa kebanyakkan pemimpin mereka jenis cakap tak serupa bikin, sikap munafik PAS terserlah hari ini 15 Disember 2011 hanya selepas 3 hari mereka mempertikaikan BR1M ini.
Baru 3 hari lepas mengatakan ini adalah 'BUDAYA SOGOKAN/RASUAH' yang telah lama diamalkan oleh BN, tapi hari ini mereka juga terlibat serta mempromosikan 'BUDAYA SOGOKAN/RASUAH' yang diamalkan BN?
Apa yang jelas PAS kini jilat kembali ludah mereka 3 hari lepas, mereka kini terdesak kerana khuatir rakyat mula menyokong BN. Mereka sedar bahawa BR1M yang dibuat oleh kerajaan ini telah menggembirakan majoriti rakyat Malaysia. Malah usaha ini membuktikan bahawa BN tidak mengabaikan rakyat sebagaimana digembar-gemburkan PAS dan sekutu mereka.
Sebab itulah saya katakan totok PAS adalah mereka yang 'buta perut' serta 'buta hati' - lepas tuduh, fitnah, wujudkan kebencian rakyat terhadap BR1M, alih-alih mereka pula yang lebih sudu dari kuah dalam mengedarkan borang BR1M di markas mereka?
Jom kita buat anggaran kasar ikut kepala otak sendiri - satu keluarga dapat berapa bantuan dari kerajaan BN dalam Bajet 2012?
RM500 (BR1M) + Wang Persekolahan RM100 + Wang Buku IPTA RM200 = Zalim ke?
Patutlah Jim Rohn pernah kata "We generally change ourselves for one of two reasons - inspiration or desperation." - jadi selepas sahabat pembaca melihat tindakan PAS ini, agaknya situasi bagaimana yang membuatkan PAS berubah...?
Hahaha...
YY : If you change the way you look at things, the things you look at change...
4 comments:
Muslimat pas bodoh sungguh. cakap tak pikir ke
dear brainless dUMNO cybertrooper, please understand the word "context" before spamming your saliva everywhere. And please also learn to respect yourself. thank you.
Anonymous 'with a brain',
information without obstacles... :)
banyak sgt dok meludah ke langit. hari tu sebotaj ni tolong promosikan plak?
Post a Comment