NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label B1RM. Show all posts
Showing posts with label B1RM. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

HOT : PAS JILAT LUDAH SENDIRI? #BR1M


Banner di atas adalah banner yang dipamerkan di Pusat Khidmat MP Bukit Gantang YB Nizar Jamaluddin, sekali pandang nampak macam Bantuan Rakyat 1 Malaysia adalah hasil usaha yang dilakukan oleh PAS ibarat ''Kambing punya susu, sabun jenama Shurah dapat nama... hehehe".

PAS Bukit Gantang kini dikhabarkan sedang giat 'membantu' mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tapi ianya ditukar nama kepada 'Borang Duit Rakyat'. Tidak kiralah apa nama yang mereka hendak guna, yang pasti di sini PAS mengakui bahawa bantuan ini memang cukup menggembirakan semua rakyat berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Bukan sahaja borang tersebut boleh didapati di Pusat Khidmat PAS Bukit Gantang, malah PAS di kawasan tersebut turut memudahkan urusan rakyat dengan menghantar borang tersebut terus kepada LHDN.

Jika dilihat tiada yang anehnya apa yang dilakukan oleh PAS Bukit Gantang ini, maklumlah perkara yang baik dan memudahkan rakyat mana mungkin saya hendak mempersoalkan atau bertindak mengagalkan usaha PAS ini.

Saya  cuma ingin mengajak saudara pembaca melihat 'kebengongan' perjuangan PAS yang secara terang-terangan ditayangkan kepada kita rakyat Malaysia malah tidak keterlaluan kita katakan PAS ini 'spesis muka tebal mengalahkan kulit khinzir'.

Pada 12 Disember yang lalu 'kitab' suci pengikut PAS iaitu Haprakahkah Daily menyiarkan serta mempertikaikan bantuan RM500 yang dibuat oleh kerajaan. Kenyataan 'bengong' itu dikeluarkan sendiri oleh Ketua Muslimat PAS Siti Zailah - dalam kenyataan mahu popular itu Zailah berkata bantuan ini tidak lebih daripada umpan, sogokan atau rasuah pilihanraya dari BN.


Hahaha... rujuk kenyataan "Fenomena pemberian one off ini sedang rancak berlaku sekarang. Ini budaya sogokan yang sudah lama berlaku dalam pemerintahan UMNO/BN"...
Ironinya PAS mengesahkan bahawa kebanyakkan pemimpin mereka jenis cakap tak serupa bikin, sikap munafik PAS terserlah hari ini 15 Disember 2011 hanya selepas 3 hari mereka mempertikaikan BR1M ini.

Baru 3 hari lepas mengatakan ini adalah 'BUDAYA SOGOKAN/RASUAH' yang telah lama diamalkan oleh BN, tapi hari ini mereka juga terlibat serta mempromosikan 'BUDAYA SOGOKAN/RASUAH' yang diamalkan BN?

Apa yang jelas PAS kini jilat kembali ludah mereka 3 hari lepas, mereka kini terdesak kerana khuatir rakyat mula menyokong BN.  Mereka sedar bahawa BR1M yang dibuat oleh kerajaan ini telah menggembirakan majoriti rakyat Malaysia. Malah usaha ini membuktikan bahawa BN tidak mengabaikan rakyat sebagaimana digembar-gemburkan PAS dan sekutu mereka.



Sebab itulah saya katakan totok PAS adalah mereka yang 'buta perut' serta 'buta hati' - lepas tuduh, fitnah, wujudkan kebencian rakyat terhadap BR1M, alih-alih mereka pula yang lebih sudu dari kuah dalam mengedarkan borang BR1M di markas mereka?

Jom kita buat anggaran kasar ikut kepala otak sendiri - satu keluarga dapat berapa bantuan dari kerajaan BN dalam Bajet 2012?
 RM500 (BR1M) + Wang Persekolahan RM100 + Wang Buku IPTA RM200 = Zalim ke?



Patutlah Jim Rohn pernah kata "We generally change ourselves for one of two reasons - inspiration or desperation." - jadi selepas sahabat pembaca melihat tindakan PAS ini, agaknya situasi bagaimana yang membuatkan PAS berubah...?

Hahaha...

YY : If you change the way you look at things, the things you look at change...

[VIDEO] : #BR1M - Adakah Anda Berpendapatan Bawah RM3,000?

Wednesday, December 14, 2011

Fitnah Surat Layang #BR1M - PR Tak Mahu Tengok Rakyat Senang?



Bantuan Rakyat 1Malaysia (B1RM) yang dijanjikan oleh kerajaan dalam Bajet 2012 yang lalu telah pun melalui proses pembahagian sebagaimana yang dijanjikan. Namun disebalik kerancakkan dan kegembiraan rakyat menerima bantuan dari kerajaan ini, nampaknya wujud anasir-anasir jahat yang menyebarkan surat layang kononnya bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu hanyalah penipuan semata-mata.

Surat yang kononnya ditulis oleh kakitangan LHDN itu kini giat disebarkan oleh totok-totok pembangkang di laman media sosial mereka. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini adalah satu percubaan terdesak pembangkang untuk mengekang sokongan rakyat kepada kerajaan BN.

Benarlah pengamatan kita selama ini bahawa pembangkang di Malaysia merupakan pembangkang paling bodoh di dunia. Mana tidak bodohnya perkara yang baik untuk rakyat pun mereka halang dan sebotaj?


Dari blog Cucu Tok Selampit :
Surat layang di atas CTS terima daripada e-mail yang tersebar luas. Hasil tinjauan CTS di laman-laman sosial Facebook mendapati kebanyakan pengguna-pengguna Facebook pro Pakatan Haram telah pun menyebarkan surat layang berkenaan untuk memburukan bantuan RM500 yang diberikan Kerajaan Barisan Nasional melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Sebelum ini, sudah ada tangan-tangan jahat untuk mengedarkan Borang BR1M palsu seperti di bawah. Awas! Borang palsu BR1M memerlukan nama Bank dan nombor akaun Bank. Borang asal tidak memerlukan maklumat tersebut. Sila klik laman web www.treasury.gov.my, di sini untuk mendapatkan borang yang sebenar.

Berikut adalah penjelasan penuh CTS untuk menangkis dakyah dan fitnah surat layang tak bertuan seperti di atas:
1. Bantuan RM500 untuk BR1M adalah secara "one off" atau sekali sahaja. Oleh itu, dakwaan mengatakan Kerajaan akan mengenakan cukai pendapatan seumur hidup adalah fitnah. Ini adalah kerana cukai pendapatan dikira berdasarkan pendapatan tahunan.
2. Dakwaan mengatakan orang yang berpendapatan kurang dari RM1,500 tidak akan mendapat bayaran juga adalah fitnah. Kerajaan akan membayar bantuan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah serta cukup syarat-syaratnya.
3. Berdasarkan pengiraan yang CTS lakukan sekiranya bantuan RM500 ini dikenakan cukai sekalipun (setakat ini belum ada kenyataan dari Kerajaan bahawa bantuan RM500 ini akan dikenakan cukai), jumlah tambahan cukai berdasarkan "the next 3% yearly income" seperti di dalam jadual cukai pendapatan, seseorang itu hanya akan dikenakan tambahan cukai sebanyak RM15 sahaja. Adakah wajar kita mengatakan Kerajaan akan menipu Rakyat sekiranya bantuan yang diberi adalah RM500 dan kalau dikenakan cukai sekalipun hanya melibatkan jumlah RM15. Penipuan kepala hotak hangpa!
4. Betul ke dakwaan bantuan RM500 untuk membolehkan Kerajaan mengutip cukai tambahan? Apakah warga emas, Rakyat marhaen yang diberikan bantuan oleh Kerajaan dan beberapa golongan lagi yang layak di bawah skim ini dikenakan cukai oleh Kerajaan sebelum ini? Cakap guna otak dan jangan pakai kepala lutut boleh?
Bagi CTS, tulisan di atas ditulis oleh seseorang yang tidak berpelajaran tinggi (berdasarkan corak tulisan dan idea penulisannya), berniat jahat dan berunsur fitnah. Bagi CTS lagi, tiada paksaan dalam pemberian wang berkenaan. Sesiapa yang merasakan diri ditipu oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak perlu memohon BR1M. Semudah itu!
YY : Totok PAS/PKR yang dok beratur dok amik bantuan cuba belajar ucap... "Terima Kasih Kerajaan BN"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal