NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, March 11, 2011

Seangkuh Mana Saifuddin, Angkuh Lagi Bloggers Hantu Raya..


Semalam berlangsung pertemuan "bloggers" bersama Timbalan Menteri KPT Dato Saifuddin Abdullah atau nama glamour beliau dikalangan bloggers sekarang Pudin di NZ Jalan Ampang. Pertemuan tersebut pada asalnya bertujuan untuk menjernihkan krisis yang melanda bloggers dengan Timbalan KPT.

Namun pertemuan tersebut diboikot oleh semua bloggers top 50 BN. Tidak perlu disebut nama saya rasa semua tahu akan bloggers BN yang menguasai Top 50. Pertemuan ini dikatakan diaturkan oleh Pejabat Pudin ekoran bidasan Pudin kepada beberapa orang bloggers di Kerdau.

Di Kerdau Pudin ada mengatakan ingin 'membalun' semua bloggers hanya menunggu masa sahaja, Ayat ini ditujukan kepada bloggers PapaGomo dan saya difahamkan turut didengari oleh 5 orang bloggers lain yang turut berada di Kerdau.

Dalam pertemuan semalam, Pudin menafikan bahawa beliau melabelkan bloggers sebagai golongan 'bukan intelektual' dan tidak memahami 'new politics'. Walaupun PapaGomo mendakwa Pudin ada mengeluarkan kenyataan demikian. Malah Pudin dalam pertemuan semalam turut melabelkan PapaGomo bukan blogger sebaliknya 'Tukang Gossip'.

Maklumat ini saya dapat daripada rakan twitter @uzaidi Crew portal Teh Tarik Bersama YB. Persoalannya tercapai kah matlamat Pudin semalam untuk menjelaskan kenyataan beliau kepada bloggers?

Bagi saya ianya sedikit pun tidak mencapai matlamat serta hala tuju sebenar pertemuan tersebut. Kerana bloggers yang ada di Kerdau yang mana di'tepek' dengan kenyataan Pudin langsung tidak hadir dalam pertemuan tersebut.


Kenapa Bloggers Boikot Pudin?

Dalam laman twitter semalam ada yang melabelkan bloggers yang boikot program Pudin di NZ sebagai pengecut. Kerana tidak berani bersemuka. Malah ada yang mengatakan bloggers pro-kerajaan boikot pihak kerajaan.

Untuk pengetahuan semua pembaca, bloggers mesra kerajaan langsung tiada masalah dengan kerajaan, sebaliknya bermasalah dengan seorang Timbalan Menteri yang angkuh, sombong dan cakap lepas.

Di sebaliknya kenyataan yang angkuh itu yang didengari oleh 10 pasang telinga Pudin menafikan beliau mengeluarkan kenyataan tersebut. Jadi untuk apa bloggers terhegeh-hegeh 'sujud' Pudin semalam?

Bukan itu sahaja penyebab bloggers boikot Pudin, sebenarnya gelagat Pudin diperhatikan bloggers sudah sekian lama, sebelum PRK lagi bloggers pro-kerajaan sudah tidak senang dengan kenyataan beliau yang dilihat lebih PKR dari pemimpin PKR.

Cuma pada waktu itu, bloggers pro-kerajaan sepakat 'tarik handbrake' untuk tidak membalun pemimpin UMNO dan Menteri UMNO tatkala PRU sudah dikatakan hampir. Namun Pudin memusnahkan segalanya dengan kenyataan anguh tersebut.

Sebenarnya bloggers hanya boikot Pudin bukan kerajaan, kerana Pudin dilihat cuba membawa budaya 'anwarisme' dalam UMNO. Pudin tidak pernah teguh dibelakang polisi-polisi yang diperkenalkan kerajaan. Sebaliknya Pudin sering mempunyai pandangan berbeza dari versi pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain. Malah Pudin juga selalu melangkaui kenyataan boss beliau sendiri bila isu melibatkan para mahasiswa.

Kalau hendak kata bloggers 'besar kepala' boikot seorang Timbalan Menteri semua silap, lihat sahaja bagaimana bloggers mengadakan pertemuan dengan Dato Rais Yatim, untuk menangkis fitnah rogol, lihat sahaja bloggers bertemu dengan Dato Sabri berhubung isu kenaikkan harga barang, bloggers juga bertemu dengan Panglima Tentera berhubung isu kapal yang dibangkitkan oleh Tony Pua.

Melalui pertemuan inilah, fitnah pembangkang dapat bloggers pro kerajaan patahkan secara 'total' sehingga isu tersebut yang panas di alam maya terus tenggelam dek kerana kehebatan bloggers ini menutup serta menyampaikan penerangan yang berfakta berhubung setiap isu yang dibangkitkan.

Sebab itu bloggers boikot Pudin, kerana isu Pudin hanya melibatkan peribadi dia dengan bloggers, langsung tidak mewakili suara kerajaan. Dia hendak jernihkan hubungan dengan blogges dan dalam masa yang sama dia hendak 'jilat kembali' ludah beliau di Kerdau.

Bukan Menteri sahaja boleh bersikap angkuh, kami bloggers juga boleh bersikap sedemikian, malah kami boleh melakukan lebih dari itu. Kerana kami bloggers yang ada ini, merupakan pengundi berdaftar yang menentukan masa depan kerajaan.

Harga kami bloggers, bukanlah sebuah buku tulisan terbaru Tun M yang berharga rm100. Yang boleh didapati di mana-mana bookstore di KL. Perjuangan bloggers bukan untuk individu dalam UMNO, perjuangan kami adalah untuk parti UMNO. Jika ada individu yang cuba membawa budaya 'anwarisme' kemungkinan kami tidak teragak-agak untuk 'cantas'!

Pudin.. jenguk-jenguklah akar umbi di Temerloh, banyak cerita tidak enak pasal Dato Pudin di sana. 


Double Y fikir : Sudah boleh mulakan sessi pembersihan pemimpin yang 'lain macam' pasal PRU dah hampir... ada bloggers serunuk disogok sebuah buku berharga rm100? Malah ada yang merayu-rayu nak meeting dengan Pudin di Putrajaya pulak, siap merenggek suruh Pudin hadiahkan dia buku tu.. hahaha..

6 comments:

PAPA GOMO said...

Mantap gila artikel lu. Syabas. Terbaik

Yuseri Yusoff said...

Hahaha lu kena cop sebagai tukang gossip.. tukar nama PapaDiva la bro.. hahaha

mazri said...

PG lu suda jadi Papa Gosiplah.....
biarlah apa Tim Menteri tu nak kata janji lu papa gomo gua kenal dengan penulisan yang berani dan bernas dalam perjuangkan isu semasa....
HIDUP BLOGGER PRO BN....

ASPIRASI said...

terbaik bro...penulisan mantap..mohon utk share..biar je dia ni undur..depan ckp lain, blkg ckp lain..apela si pudin nie...Hidup Blogger pro BN..

Yuseri Yusoff said...

Salam Aspirasi,

Di alu-alukan untuk disebarkan, macam biasa.. nama blog mesti mau letak aaaa.. hahahaha...

terima kasih bro sudi menyinggah blog kawe..

Anonymous said...

Ni orang kata "Terlajak perahu boleh tarik balik, terlajak kata buruk padahnya". Saya sokong semua Bloggers ajar si Pudin yg kurang ajar ni. Jawatan Timbalam Menteri bukan satu paspot untuk berlagak sombong dan angkuh. Kami TIDAK MAHU seorang pegawai kerajaan macam ini, lebih2 lagi untuk menjawat jawatan di Kementerian Pengajian Tinggi. Dia sudah tentu BUKANnya seorang yang intelek, berfikiran sempit dan tidak tahu menilai perjuangan bangsa sendiri. Kami minta Dato Sri PM buang saja sipecacai ni agar tidak lagi menjadi duri dalam daging. "Good riddance to bad rubbish!!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...