NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, March 12, 2011

Injil Berbahasa Melayu - Orang Islam Jangan Cepat Melatah..

Kitab Injil atau Bible berbahasa Melayu yang ditahan oleh KDN di Pelabuhan Klang sejak Mac 2009 berjumlah 5,000 nashkah dikhabarkan diserahkan kepada Persekutuan Biskop Malaysia Biskop dengan kebenaran DS Najib Tun Razak.

Dalam kes ini ada yang tidak senang dengan keputusan PM membenarkan supaya Injil atau Bible berbahasa Melayu bebas diamalkan di Sabah dan Sarawak. Antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ada juga yang membuat andaian bahawa gerakan kristianisasi secara halus cuba dilakukan di Malaysia. 

Saya harap pihak umat Islam tidak cepat melatah dengan tindakan DS Najib Tun Razak ini dan perlu melihat ia dari pelbagai sudut, dan perkara yang mustahak yang harus di fahami sekarang adalah. DS Najib Tun Razak hanya membenarkan penggunakan bible berbahasa Melayu di Sabah dan Sarawak sahaja.

Untuk pengetahuan rakyat Sarawak dan Sabah yang pelbagai kaum rata-rata beragama Kristian, dan kebanyakkan mereka menggunakan bahasa Melayu selain bahasa ibuanda kaum masing-masing. Malah penggunaan bible berbahasa Melayu sudah lama digunakan oleh penganut Kristian di sana.

Walaupun bible dihasilkan versi bahasa Melayu, adakah ianya mampu memurtadkan umat Islam jika kita terbaca, terlihat isi kandung buku berkenaan? Saya berani katakan TIDAK jika kita selalu membaca dan mengamalkan ajaran Islam yang diperturunkan kepada kita melalui Kitab Suci Al-Quran.

Kenapa perlu takut dengan kebenaran yang diberikan oleh DS Najib untuk membenarkan penganut Kristian mengamalkan ajaran mereka melalui bible berbahasa Melayu? Adakah umat Islam hari ini terlalu cetek fikiran sehinggakan sebuah kitab bible berbahasa Melayu mampu mengeluarkan mereka dari Islam?

Adakah bible berbahasa Inggeris tidak mampu dibaca dan difahami oleh masyarakat Islam Melayu di Malaysia sekarang ini? - Saya berani katakan ramai orang Melayu Islam fasih berbahasa Inggeris sekarang. Jadi adakah perlu kitab bible bahasa Inggeris dihalang penggunaannya?

Bukan sahaja bahasa Melayu, kalau hendak tahu Injil dalam bahasa Arab pun ada. Tapi saya percaya umat Islam masih mampu membezakan Injil versi Arab dengan Al-Quran. Begitu juga Injil versi Melayu.

Saya bukan arif agama, tetapi saya percaya. Jika Al-Quran menjadi amalan, bacalah atau datanglah kitab apa sekalipun pegangan kita terhadap Al-Quran dan Islam InsyaAllah tidak mudah dipesongkan.

Lagipun DS Najib hanya membenarkan penggunaan kitab tersebut kepada masyarakat Kristian, bukan DS Najib mengatakan ianya boleh disebarkan sesuka hati oleh father-father Gereja secara terbuka. 

Jadi pada hemah saya, keputusan DS Najib melepaskan pengedaran kitab bible berbahasa Melayu tidak sepatutnya kita melatah, atau melenting. Kerana  masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai agama dan kaum. Jadi tindakan ini wajar dilakukan oleh PM DS Najib demi keutuhan kaum yang ada. Juga untuk memastikan hak penganut Kristian terjaga. - Berat tugas PM tahu tak?

Harus diingat juga, agama Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia, dan agama-agama lain bebas diamalkan di Malaysia. 

Namun harus dipastikan bahawa, pihak serta penganut Kristian ini tidak sesekali menyebarkan, mendakwah, menerangkan kepada masyarakat Islam dalam negara ini. Serta tidak menyamakan Kristian dengan kesucian agama Islam. - Perkara ini saja perlu dipastikan.






5 comments:

Mordecai Kucai said...

Pada hemat saya pihak kerajaan terutama agensi yang berkaitan tentang pemahaman dan perkembangan Islam perlu membuat perubahan pada sukatan Ugama Islam di sekolah.

Mungkin pada tiap tiap tahun dari Tahun 1 sehingga Tahun 5 perkara asas yang membezakan antara Islam dan Keristian perlu di ulang ulang kerana itu jalan termudah mematahkan keristian.

Perkara itu ialah Tuhan yang esa dan bezanya dengan triniti.

Triniti adalah satu konsep yang keliru kepada semua orang keristian dimana nabi Isa juga salah satu tuhan yang menjelma sebagai manusia.

Perjelaskan ini dan terangkan mengenai kefaman ketuhanan Kerisitan (yang pasti keliru) supaya bagaimana jahil pun hidup anak anak kita selepas itu terpahat di pemikirannya bahawa Triniti adalah satu pendirian yang lucu.

Anonymous said...

kalau puak PR yang buat kerja ini dah tentu menyalak besar anjing2 pro BN menyalak.

sgray said...

@Anon.6:33 AM

Sudah terang lagi mahu bersuluh ke bro...Apa yang di lakukan DS Najib/BN tu adalah menegakkan syariat Islam {kebebasan dalam agama].

.. BUKAN saperti apa yang dilakukan oleh juak2 PR dari PAS yang melacurkan syariat2 Islam i.e fatwa2 yang jahil.

Akal ada bro,mahu guna ..bukan menurut membabi buta..

Anonymous said...

Anon March 12, 2011 6:33 AM

Bukankah PR melalui DAP yang dok melalak suruh lepas ini bible?

nurmadamen said...

kitab injil inggeris menyatakan nama tuhan agama kristian adalah Yewweh. Kenapa menggunakan nama Allah dalam kitab injil melayu. Tiada nama Allah dalam kitab injil cina. ini dapat dibuktikan masyarakat kristian di Malaysia adalah kristian ikut-ikutan. Adakah masyarakat kristian di Malaysia malu dengan nama asal tuhan kristian (Yewweh) atau sengaja menghina umat islam melayu dengan menggunakan nama Allah di kitab injil melayu? Masyarakat kristian di indonesia sekarang keliru dan merasa sangsi akan kebenaran agama kristian kerana menggunakan nama Allah sebagai tuhan kristian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...