Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.
Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.
Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu mengikut kumpulan.
Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.
Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.
Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.
Double Y : Sheikh Kickdefella juga turut menulis perkara ini. Ada yang cakap dalam video tu Anwar Ibrahim ada yang cakap pemimpin PAS.
Agak-agak siapa yang bakal menerima nasib macam Chua Soi Lek? Hehe
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
1 comment:
Panas..!! Jom Tengok Rakaman Aksi Seks Pemimpin Utama Pembangkang
http://panglima-harimau.blogspot.com/2011/03/panas-jom-tengok-rakaman-aksi-seks.html
Post a Comment