BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, March 11, 2011

Pelepasan Kouta Hartanah Automatik di Selangor di Tolak Rakyat?

Ini adalah komen seorang pembaca di blog saya, beliau mendakwa dirinya ahli PAS. Ianya berhubung cadangan Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir seumpama sebuah syarikat oleh Khalid Gagap ingin melaksanakan pelepasan kouta automatik terhadap hartanah Bumiputera di negeri berkenaan.

Nak komen lebih, tak berapa ada maklumat mengenai hal ini. Jadi sekadar sebarkan untuk tatapan rakyat dan pembaca semua.

Berikut komen yang dihantar kepada blog ini. :

"Hamba adalah ahli PAS yang tidak bersetuju langsung dengan mekanisme pelepasan automatik kuota hartanah Bumiputra yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Mekanisme yang diumumkan itu mempunyai banyak keburukan kepada Bumiputra, satunya, ianya jelas menjejaskan milikan hartanah kepada Bumiputra, khususnya orang Melayu. Ini kerana, mekanisme permulaan penghapusan 20% milikan Bumiputra setelah 50% tahap kemajuan projek adalah amat tidak elok untuk dilaksanakan. Masalah akan timbul kerana tahap kemajuan projek adalah satu proses yang subjektif dan boleh dimanupulasi nilai angkanya oleh pihak pemaju.

Kemungkinan kemajuan projek yang sebenar baru melepasi 20% tetapi pihak pemaju pula mengatakan sudah melepasi 50% membuat permohonan untuk pelepasan automatik kuota hartanah Bumiputra. Adakah pihak kerajaan Selangor mempunyai mekanisme menyiasat dan melaporkan bahawa memang benar kemajuan projek itu betul-betul 50% atau hanya satu penipuan dalam selama 7 hari bekerja?

Jika pihak kerajaan negeri tidak menjawab selama 7 hari dari tarikh permohonan, maka adakah pihak pemaju akan dapat merampas hak milikan Bumiputra dengan menipu?

Tahap kemajuan 50%, 75% dan 100%, semuanya perkara yang subjektif. Mengapa tidak dibuat selepas projek itu telah siap 100% dan telah memliki CF, kemudian barulah dibuat permohonan melepasi kuota Bumiputra mengikut tahun ke tahun atau bulan ke bulan.

Misal kata 6 bulan selepas CF, boleh buat permohonan untuk 20% milikan Bumiputra. Selepas 1 tahun, lagi 30% milikan bumiputra dan seterusnya? Jika betullah pihak Kerajaan Negeri beriya-iya sangat hendak membantu pihak pemaju dari kerugian.

Keduanya, mengapa pihak kerajaan negeri yang dipegang oleh Pakatan Rakyat langsung tidak mendapatkan pendapat dari pihak parti politik yang memegang pemerintahan di negeri Selangor?

Mengapa cawangan-cawangan PAS, Kawasan-Kawasan PAS, tidak diberitahu tentang perkara ini dari mula hingga akhir? Mengapa ianya seperti digelapkan oleh Kerajaan Negeri?
Keperluan untuk dibincangkan bersama PAS adalah penting kerana keputusan untuk mengubah dasar milikan hartanah untuk Bumiputra ini melibatkan keputusan yang penting kerana ianya melibatkan kepentingan orang Melayu. Mahu tidak mahu, PAS adalah didalam komponen PR yang dilihat lebih dekat dengan kepentingan Melayu. Segala keputusan berkenaan perkara ini akan melibatkan halatuju politik PAS pada pilihanraya nanti.

Hamba melihat keputusan ini hanya menguntungkan pihak pemaju yang sudah pun kaya raya, namun hendak menambahkan kekayaan dengan merampas hak kaum Melayu. Adakah pihak PR akan terus-terusan mentadbir Selangor seperti pihak umnoapco mentadbir iaitu seperti mengagung-agungkan semangat kapitalisme?

Dengan ini, hamba sebagai individu, dan juga ahli Parti Islam SeMalaysia, menentang sekeras-kerasnya keputusan Kerajaan Negeri ini."

-Ibnu Mustafa Ahli PAS-

Dalam beliau mengadu tak setuju cadangan kerajaan Pakatan yang penulis komen ini sendiri sokong, sempat lagi dia 'tepek' dan calitkan ke arah UMNOAPCO. Hehehe

Apa yang mampu saya katakan, baru sedar bahawa PAS hanyalah diperkudakan oleh PKR dan DAP? PAS di Selangor tidak mampu bersuaralah wahai saudara Ibnu Mustafa.


Double Y fikir : Semua totok PAS pandai angguk sahaja, mujur brader kita ini tahu bangkang. Moga dia dibukakan hati menyokong UMNO. Haha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...