NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, March 14, 2011

Bio Aura Dari Hai-O Marketing Menipu Pengguna?

Harga kos produk ini di Taiwan hanyalah RM250-RM300 seunit?

Bukan sekali dua kita dengar syarikat berasaskan MLM menipu pengguna. Sudah banyak kali dan rata-rata mereka yang terpengaruh dengan penipuan ini adalah orang berbangsa Melayu yang terlalu ghairah ingin cepat kaya.

Isu Hai-O Marketing menipu pengguna mungkin sudah lama diperkatakan, namun ianya menarik perhatian saya untuk sama-sama kongsi dengan pembaca-pembaca blog.

Dari maklumat dan cakap-cakap mulut mereka yang nak join rangkain perniagaan Hai-O Marketing ini memerlukan modal sehingga RM21,000. Malah ada yang sanggup membuat pinjaman bank semata-mata terpengaruh dengan cakap manis ejen atau upline.

Modus operasi MLM biasanya, mereka akan ambil 2-3 orang Melayu yang memang sudah berjaya, posing di hadapan kereta mewah, dan buat sedikit testimoni tentang keberkesanan produk mereka. Ini boleh dilihat dari risalah-risalah yang selalu diselitkan di cermin kereta setiap kali kita parking di mana-mana lokasi.

Mengenai Hai-O Marketing yang dikatakan menipu adalah disebabkan 'mark-up' harga yang dilihat lebih 8 kali ganda dari harga kos barang berkenaan.

Apa yang saya dapat dari laman 'facebook' kawan-kawan adalah :

  • Filter Bio Aura Made In Taiwan ini harga kos hanyalah sekitar RM250-RM300 untuk satu unit. Tetapi dijual pada harga RM2,100.
Jika diteliti harga pasaran untuk produk yang sama adalah lebih kurang dalam RM500. Contoh water filter berjenama Philiips yang berteknologi ultra-violet hanya dijual pada harga RM699 sahaja di  Carrefour.

Hai-O Marketing tahu, jika dijual secara biasa tanpa sistem MLM mereka perlu bersaing dengan banyak produk yang jauh lebih rendah dan lebih bermutu dari produk mereka. Jadi mereka jalankan sistem MLM.

Mereka sediakan plan yang menawarkan komisyen yang tinggi kepada ejen-ejen yang dilantik. Dengan sistem MLM dan kempen dari mulut ke mulut juga terbukti dan orang Melayu memang cepat terpengaruh dengan pulangan yang ditawarkan. Walaupun mereka terpaksa mengeluarkan modal yang sangat tinggi.

Sesiapa ada pengalaman join Hai-O Marketing yang sudah kaya-raya mungkin boleh berkongsi dengan saya pengalaman anda. Benar atau tidak dakwaan dan khabar angin ini? 

Bila diselidik rangkaian pengurusan tertinggi syarikat Hai-O Marketing ini, keseluruhan mereka semuanya berbangsa cina, di sini menimbulkan satu persoalan yang agak rasis.

Orang cina suka menipu atau orang Melayu mudah ditipu?

Komen anda..?


Double Y : Sudah serik join MLM....

7 comments:

Anonymous said...

Ade gak MLA (produk kesihatan) yg benarkan 'preferred customer' beli produk pada harga borong. Tak perlu bayar yuran ahli.

Minat ?

Yuseri Yusoff said...

Sudara/i March 14, 2011 12:57 PM.

Hehehe.. dah banyak kali cuba MLM semuanya gagal. Tiap2 bulan burn modal tp pulangan tk pernah dpt..

Hehehehe

Anonymous said...

melayu yang bodoh dok pi sokong depa buat apa ... sanggup buat loan bank lepas tu ... pikiaq sendirilaaaaaaaaa

Anonymous said...

dah banyak member-member aku kena tipu dgn agen hai-o nie aku kalo jumpa budak-budak hai-o datang aku halau jer tak pun belasah jer depa nie biasanya datang bawa 2/3 biji keta mewah bila depa dok kelentong kurang berkesan jap lagi dia calling-calling mai lagi 2/3 biji keta untuk tunjuk kononnya semua dah berjaya pesan aku kalo korang jumpa budak hai-o belasah sampai lembik ....

Anonymous said...

MLM ni mengayakan upline je sbb nk kejar target..aku dh terjebak skali, cukup la..klu org2 ni dtg nk buat presentation aku ckp tak minat..sori!

Anonymous said...

MUDAH • SELAMAT • BERSIH
BIOzone Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar. Biozone Food Purifier adalah efektif untuk:
Menyingkirkan toksin larut air, toksik larut lemak dan bakteria dalam makanan
Memulihara kesegaran makanan
Menyingkirkan bau
Ciri-ciri produk
• 100% tiub silikon bergred medikal  • Batu seramik bergred tinggi • Mudah alih • Selamat • Penyelenggaraan minima
Kelebihan Proses BIOzone
• Selamat • Penjanaan ozon yang konsisten • Efektif • Memulihara nutrien makanan
Cara penggunaan: Letakkan makanan yang perlu dipurifikasi ke dalam semangkuk air. Pastikan paras air menutupi makanan. Masukkan tiub silikon bergred medikal ke dalam air dan tekan butang pengawal masa untuk menentukan masa purifikasi.

Kebaikan Kesihatan Yang Mudah & Cepat

Hai-O Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Food membekalkan kebaikan garam buluh semulajadi dalam bentuk kapsul. 100% garam buluh organik diformulasi berasaskan remedi tradisional Korea yang diwarisi sejak 1300 tahun. Garam laut dimasukkan ke dalam buluh berusia 3 tahun dan ditutupi tanah liat yang diperoleh dari kedalaman 20 meter. 

Kemudian, buluh tersebut dibakar berulang kali dalam relau bagas pada suhu 1000-1500ºC dengan menggunakan pokok pine.Proses pembakaran berulangan pada suhu tinggi dapat menyingkirkan toksin dan logam berat garam laut. Pada masa yang sama, garam laut menyerap semua elemen mikro daripada buluh, tanah liat dan pokok pine. 

Setiap kapsul menggabungkan kebaikan pelbagai mineral dan elemen mikro seperti kalsium, kalium dan sebagainya. Ia terutamanya tinggi dalam magnesium.

Garam buluh yang bersifat alkali dapat membantu mengekalkan keseimbangan nutrien badan dan menjaga kesihatan tubuh yang menyeluruh. 

Hai-O Garam Buluh:
• kaya dengan bahan mineral dan elimen mikro - magnesium, kalsium dan kalium
• Tinggi dalam magnesium yang merupakan mineral untuk jantung. Magnesium membantu mengawal penyakit tekanan darah tinggi, membantu penyerapan kalsium,mengekalkan keseimbangan bendalir badan, mengawal pengecutan otot dan menguatkan daya ingatan.
• menyeimbangkan nilai pH badan supaya cenderung beralkali lemah (pH darah badan yang sihat adalah antara 7.35-7.45). Dengan ini, sistem imunisasi diperkuatkan dan dapat mencegah jangkitan penyakit.
• mempunyai anti pengoksidaan yang tinggi
• mengekalkan keseimbangan ion badan
• meneutralkan toksin dan menyahtoksin dengan cepat
• mengekalkan keseimbangan nutrien badan, memperkuatkan metabolisme
• 3 kali ganda lebih efektif dari garam biasa untuk membasmi kuman dan mencegah kerosakan gigi

Anonymous said...

Double Y..

Gagal ada sebab kan..

Berjaya ada cara...

Hang sendiri tau apa sebab n apa cara, jangan salah kan org lain dah lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...