NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label #TukarKelantan. Show all posts
Showing posts with label #TukarKelantan. Show all posts

Tuesday, August 6, 2013

Nasihat Kepada Sahabat Bloggers Jentera Siber Kelantan

Tok Pa ketika membuat lawatan ke operasi Jentera Siber Kelantan

Perkara ini telah lama saya cuba selesaikan, malah ketika 'post mortem' kekalahan BN Kelantan sebaik selesai kempen PRU13, saya cuba mengadakan pertemuan/perbincangan bersama semua yang terlibat - tetapi memandangkan sahabat saya iaitu Ketua Jentera Media Baru Pemuda BN Kelantan mengambil sikap berdiam diri, siapalah saya untuk memberi penjelasan mengenai perkara berbangkit.


Tetapi untuk masa akan datang jika ada sebarang perbincangan yang dibuat dan memerlukan sebarang penjelasan, saya bersedia membantu serta bertemu dengan nama-nama yang terlibat.

Namun memandangkan Dato Hanafi sendiri dikatakan mahu menilai dan mencari jalan penyelesaian selepas isu ini dibangkitkan, wajarlah kiranya isu ini tidak terus diperdebatkan, namun jika sahabat bloggers di Kelantan tetap mahu meneruskan isu yang ditimbulkan, saya tiada daya untuk menghalangnya.

Saya sekadar memberi nasihat kepada sahabat-sahabat bloggers agar tidak tidak terus menulis perincian mengenai isu ini buat sementara waktu demi kepentingan semua pihak.

Akhir sekali saya ingin rakamkan ucapan penghargaan kepada Dato Sri Mustapa Mohamed dan Dato Hanafi Mamat serta Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan kerana memperakui dan mengiktiraf peranan tentera siber di Kelantan selama ini.



YY : Hibernate...

Tuesday, April 30, 2013

#GE13 : Miliki Lot Tanah Bernilai RM4 Juta - Tok Him Hancurkan Mahkota 'Zuhud' Mursyidul Am PAS #SaveKelantan #TukarKelantan #PRU13


Nik Aziz miliki aset berupa lot tanah yang bernilai RM 4 Juta!

Pendedahan Presiden Perkasa yang juga calon Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali siang tadi bukan sesuatu yang mengejutkan bagi pengamal media baru di Kelantan.

Pendedahan tiga lot tanah yang dianggarkan bernilai RM4 Juta itu sekaligus meranapkan status 'zuhud' yang dipertahankan oleh TG Nik Aziz sepanjang menduduki kerusi empuk MB Kelantan.


Sebelum ini seorang rakan Facebook - Mohd Rodzi juga pernah mengirimkan kepada saya cabutan carian yang dibuat oleh beliau, hasilnya terbukti TG Nik Aziz memang memiliki beberapa lot tanah. Tetapi kertas cabutan tersebut agak kabur :





Kalau kena atas orang BN, confirm mereka kata 'Ini Rasuah!'...

Tapi kita tidak perlu ikut cara PAS, justeru itu kita kena nantikan sambungan pendedahan daripada sahabat blogger dari Team Tukar Kelantan - SINI


YY : Bagi la satu lot untuk rakyat Kg.Pulau Gajah wahai Tok Guru... [baca sini]

Wednesday, April 24, 2013

[VIDEO] : Husam Musa Nak jaga Kebajikan Rakyat #Putrajaya Tapi Kebajikan Rakyat Kelantan Tidak Terjaga? #TukarKelantan #PRU13 #VoteBN


Imej di atas bukan pondok yang dibuat khas untuk anak kecil bermain pondok-pondok, tetapi ia adalah tempat berteduh buat satu keluarga, malah di kawasan daif ini turut didiami oleh beberapa keluarga yang lain.

Banyak kali didedahkan oleh media massa, malah saya sendiri pernah mengunjungi kawasan perkampungan ini.

Kg. Pulau Gajah, Sabak yang juga Dewan Undangan Negeri Chempaka terletak di bawah  Parlimen Pengkalan Chepa ini merupakan kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar sendiri. Bukan mahu memburuk-burukkan pentadbiran PAS yang memang sedia buruk.

Tapi ini adalah kebenaran!

Namun paparan kedaifan ini hanyalah secebis penderitaan rakyat Kelantan sepanjang 23 tahun berada di bawah pentadbiran sebuah kerajaan yang berkebajikan dalam menuju pembangunan bersama Islam yang dilaungkan.

Mereka rakyat Kelantan, bukan pendatang dari Kemboja atau Selatan Thai. Malah mereka merupakan pengundi berdaftar di mana setiap kali tiba musim Pilihan Raya, logo bulan menjadi lambang pilihan mereka.

Pengakuan ini saya rekodkan ketika kunjungan saya pertengahan tahun lalu.



Ingatkan dengan pendedahan media massa, diikuti dengan media sosial - saya beranggapan masalah kedaifan dan kemiskinan yang dihadapi oleh penduduk kampung ini telah selesai.

Tapi jangkaan saya meleset kerana kunjungan rakan blogger di Kelantan membuktikan tiada seorang wakil rakyat jauh sekali Menteri Besar turun bertanyakan keadaan mereka. Cakap banyak tak guna, tembak tak kena, rakyat yang memberikan mereka mandat selama 23 tahun pun tidak terjaga.

Bagaimana agaknya PAS mahu mentadbir Putrajaya mahu pun sebuah negara?



Mungkin orang Putrajaya patut bertanyakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Dato Husam Musa iaitu calon PAS Putrajaya.

Tak usah tanya Tok Guru kerana pasti jawapan yang diberikan "blogger celako ni..ni semua blog celako.."

Jadi kita tanya Dato Husam selaku exco yang dipertanggungjawabkan mengenai soal kebajikan rakyat negeri Kelantan.

Jika 23 tahun memerintah masih ada keluarga yang terabai kebajikan mereka, bagaimana agaknya dia mahu menguruskan kebajikan rakyat di Putrajaya?

Sudah-sudahlah Dato!

Nantikan kisah kemasyarakatan yang didokumentarikan dari Salor...

Jeng...jeng...jeng!

Hello Tok Guru dan Dato Husam, layan dikir barat dulu selagu boh!



Lihat gambar-gambar lain di [SINI] - [SINI] dan [SINI]

Wednesday, April 17, 2013

[VIDEO] : Sekitar Penamaan Calon BN #PRU13 Kelantan - #TukarKelantan



Sudah 23 tahun diperbodohkan...

Cukup-cukuplah peluang yang diberikan kepada PAS untuk mentadbir negeri Kelantan...

23 tahun telah berlalu, banyak lagi kemudahan prasarana yang ketinggalan...

PRU13 peluang untuk kita...

Untuk kita TUKAR KELANTAN dari PAS kepada BN!



Wednesday, April 10, 2013

[VIDEO] : "Bila Nok Buat Hok Baru, Tunggu Kak Na Jadi YB?" - Rintihan Peniaga Pasar Pasir Mas #TukarKelantan #GE13


"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan suka kepada keindahan" - itulah papan tanda yang akan menyambut ketibaan pengunjung Pasar Besar Pasir Mas, namun malang sekali persekitarannya tidak seperti yang tertera di papan tanda.

Pasar Besar Pasir Mas sebenarnya mempunyai pontensi ekonomi yang baik, namun dek kerana kebebalan kerajaan negeri yang tidak mampu menjalankan urus tadbir yang baik, mereka gagal melihat potensi ini. Disebabkan persekitaran yang kotor dan usang ini, pendapatan para peniaga di sana ibarat kais pagi makan pagi, kalau tak kais di pasar ini pendek kata tak makanlah anak-beranak.

Ikuti rintihan, rungutan peniaga di sana - kasihan para peniaga yang membayar yuran penyelenggaraan sebanyak RM60 sebulan kerana pihak terbabit tidak menyelenggara pasar ini dengan baik, bahasa mudah faham kutip yuran tapi kerja-kerja pengurusan langsung tak buat!



Baca artikel penuh di - TUKAR-KELATE!

Tuesday, March 26, 2013

Makin Terpesong, Ulamak Kelantan Jauhi PAS! #TukarKelantan


Jika 22 tahun dahulu, merekalah lebih Islamik dari semua umat Islam di Malaysia. Mereka juga mendakwa pihak yang menentang mereka sebagai kafir gara-gara bekerjasama kaum bukan Islam seperti parti kompenen seperti MCA dan MIC.

Tetapi kini semuanya berubah, bukan sahaja bekerjasama dengan kafir DAP lebih memalukan mereka menutup mata dan merelakan dengan segala penghinaan yang dibuat oleh rakan sekutu mereka chauvanist DAP.

Ia dapat dilihat menerusi Kalimah Allah, isu Pluralisme Agama serta kebebasan seks LGBT, PAS dilihat hilang taring untuk berhadapan dengan 'abang besar' mereka. Malah tidak keterlaluan jika kita mengatakan PAS lebih cina daripada cina DAP sendiri.

Gara-gara penyelewengan dan dilihat mula terpesong dari ajaran Islam sebenar, tidak hairanlah ulamak-ulamak di Kelantan dilihat bersepakat menolak mereka serta mengeluarkan fatwa bahawa jatuh HARAM undi PAS kerana mengundi PAS ibarat mengundi DAP yang memang dikenali sebagai sebuah parti yang bersikap anti Islam.

Jika ulamak sendiri menjauhi PAS, adakah PAS layak digelar sebuah parti Islam?
Dari Blog MPP : 
Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya. 

Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.

Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah. 

Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.

Sunday, March 10, 2013

Ratu Cantik 'Mak Nyah' Di Serambi Mekah, UMNO Juga Salah? #TukarKelantan


Hello...hello!

Apa khabar Tuan Pengarah MPKB-Bri?

Masuk melawat kampung tanyo khabar masalah...

Sedap juga lagu ni...

Baca pendedahan video di bawah [SINI]

[VIDEO] : Orang Kelate 'Naik Angin' Dengan Tun M! #TukarKelantan



20 ribu!

Jalan Kota Bharu ke Pasir Mas habis sesak sejak jam 12.00 tengah hari, kehadiran Tun Mahathir memang buat orang Kelantan 'naik angin' di mana berpusu-pusu rakyat dari segenap daerah di Kelantan turun memenuhi padang Sek. Menengah Panglima Raja Lemal, Pasir Mas untuk bersama dalam Perhimpunan Orang Kelantan 'Naik Angin' yang dianjurkan oleh Perkasa Kelantan.

Luar biasa boh!

Baca selebihnya [sini]

Malas nak menaip, hehehe!

Thursday, February 28, 2013

[VIDEO] : WOW! Port Karaoke Kedua di Kelantan Didedahkan! - #SaveKelantan #TukarKelantan



Hahaha...

"Ini baru jolor, supo kelab doh!"

Rakaman terbaru karaoke terbuka sebagaimana dipaparkan dalam video di atas adalah video kedua yang didedahkan oleh blog TUKAR-KELATE! selepas video goyang gerudi semalam. Menurut penulis port karaoke yang menjadi pilihan golongan agak berusia di Kelantan itu pernah didedahkan oleh kickdefella sebelum ini.

Jika pernah didedahkan, bagaimana pusat tersebut mampu beroperasi sehingga kini? Lebih menghairankan ia mampu beroperasi sehingga jam 4.00 pagi?

Blog TUKAR-KELATE!
Sebagaimana kami nyatakan kami mempunyai bukti bahawa terdapat 17 pusat hiburan haram, ini baru sebahagian yang kami dedahkan untuk membuka mata Tok Guru Nik Aziz yang hanya tahu mengkritik pemimpin BN seolah-olah pentadbirannya selama 23 tahun berjaya menerapkan nilai-nilai Islam kepada rakyat Kelantan.

Dua video ini jelas membuktikan bahawa Nik Aziz Nik Mat yang memegang rejim pemerintahan Kelantan, seorang ularmak gagal menerapkan nilai Islam sebenar kepada rakyat Kelantan!

Jangan nopak Tok Guru deh!

Kalu nok nopat pun tunggu 15 lagi rakaman yang lagi syiok dan panas yang akan kami keluarkan di masa akan datang...

Negeri Serambi Mekah, nyanyian dan hiburan secara terbuka sehingga Subuh?
         Baca kesudahan Kelantan Darulkaraoke 'SINI' 

Wednesday, February 27, 2013

#ManifestoBukanJanji : Nik Aziz Monyok Royalti Minyak Tiada Dalam Manifesto #PenipuRakyat


Lihat wajah sayu Tok Guru Nik Aziz dan juga Hadi Awang...

Kenapa mereka kelihatan tidak ceria ketika mengumumkan manifesto PRU13 kelmarin?

Kasihan!

Tapi walau apa pun yang berlaku, jangan sesekali mengaku setiap kali melakukan kesalahan atau kesilapan!

Mungkin itulah prinsip yang diamalkan oleh setiap pemimpin pembangkang, mereka sama sekali tidak akan mengaku apa saja kesilapan yang dilakukan malah segala kesilapan yang berlaku, mereka akan segera memindahkan kesalahan tersebut kepada seteru mereka iaitu UMNO.

Teknik 'transfer' ini dilihat amat berkesan untuk menutup segala kesilapan yang berlaku, jika UMNO tidak dapat dipersalahkan di atas kesilapan yang berlaku, paling tidak pun mereka akan menyalahkan sistem komputer sebagaimana yang berlaku dalam pemilihan CEC tempoh hari di mana DAP menyatakan kesilapan perkiraan undi adalah disebabkan sistem excel.

Jika pemilihan CEC tempoh hari, DAP menyalahkan excel, kali ini pencetak pula dipersalahkan ekoran ketiadaan tuntutan royalti dalam manifesto PRU13 yang dicetak oleh mereka. Maka puak pejuang NGOk R yang bengong-bengong ini percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka.


Hahaha...

Hoi bengong!

Mana mungkin manifesto yang dirangka berbulan lamanya melibatkan tiga parti dalam pakatan pembangkang terlupa untuk memasukkan royalti dalam manifesto mereka, selain itu tidak mungkin pihak tertentu tidak menyemak semula setiap janji dalam manifesto sebelum menghantar kepada pihak pencetak?

Sebenarnya tuntutan royalti bagi Kelantan tidak dimasukkan kerana ia memang tidak sah dari perundangan, dah banyak kali tulis. Malas nak tulis panjang-panjang kita layan filem Tiga Bedul di Kelantan :



Kakahkahkah!

Malu budok-budok jah!

Dari blog TUKAR-KELATE! :
"Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang baru sahaja diadakan di Selangor cuma menyatakan pembayaran royalti minyak sebanyak 5% hingga 20% kepada Sabah dan Sarawak. 

Mungkin cuma Sabah dan Sarawak disebut bagi mendapatkan sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kerana dua negeri tersebut adalah kubu kuat Barisan Nasional sejak dahulu. 

Pakatan Rakyat semalam mengakui 'terlepas pandang' isu royalti dalam cetakan. Kata Dr. Dzulkefly Ahmad, berlaku kesilapan di pihak pencetak yang menyebabkan tuntutan royalti minyak untuk negeri pengeluar minyak tidak dimasukkan dalam manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat' versi cetak.
Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang baru sahaja diadakan di Selangor cuma menyatakan pembayaran royalti minyak sebanyak 5% hingga 20% kepada Sabah dan Sarawak.  
Mungkin cuma Sabah dan Sarawak disebut bagi mendapatkan sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kerana dua negeri tersebut adalah kubu kuat Barisan Nasional sejak dahulu. 
Pakatan Rakyat semalam mengakui 'terlepas pandang' isu royalti dalam cetakan. Kata Dr. Dzulkefly Ahmad, berlaku kesilapan di pihak pencetak yang menyebabkan tuntutan royalti minyak untuk negeri pengeluar minyak tidak dimasukkan dalam manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat' versi cetak. 
Baca lagi....

[VIDEO] : Aksi Dangdut Tak Jauh Dari Rumah Nik Aziz Sendiri! - #BoLaWei #TukarKelantan



Panas!

Nik Aziz dan juga MKPB - Bandaraya Islam mungkin tidur sehingga tidak tahu bahawa di Kelantan terdapat 17 pusat 'karaoke' yang berselindung di sebalik kedai makan dan juga restoran. Selain ditemani dengan bunyi muzik yang kuat, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita juga berlaku di khayalak ramai dan yang lebih memalukan ia berlaku hanya 600 meter dari rumah Nik Aziz!

Blog TUKAR-KELATE! :
Malah kami juga mempunyai bukti bahawa di Kelantan terdapat sebanyak 17 buah karaoke yang beroperasi sehingga jam 4.00 pagi malah ada yang beroperasi 24 jam.

Tujuan kami bukanlah untuk mengaibkan atau menutup periuk nasik pihak-pihak terbabit, namun apa yang kami ingin paparkan adalah kegagalan PAS di negeri yang diberi gelaran Serambi Mekah yang mana rakyatnya dikatakan telah diberikan ilmu Islam sejak PAS memegang tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 1990.

Paparan video ini hanya sebahagian daripada maksiat yang berlaku di khayalak ramai, di mana sehingga kini ia masih berlaku tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh penguatkuasa MPKB-BRI.
Baca selanjutnya 
YY : Bo la weii.. bo la weii...  

Monday, February 25, 2013

[VIDEO] : Guru Menangis Kerana Melihat Tindakan Tidak Bertamadun Geng 'R' - #TukarKelantan



Tindakan tidak bertamadun yang menyebat patung 'Tok Pa' tempoh hari membangkit perasaan benci warga pendidik terhadap mereka. Rakaman mengejut ini dirakam ketika program bersama guru-guru kaunselor di sekitar Kelantan.

Tanpa disangka-sangka seorang guru wanita bangun meluahkan rasa sedih beliau di atas tindakan tersebut, sebagai seorang guru mereka tidak mendidik rakyat Kelantan untuk menjadi biadap. Aksi guru wanita itu membuatkan dewan sebak seketika sehingga menarik perhatian para wartawan.

Dalam pertemuan itu juga, seorang guru yang berkhidmat lebih 25 tahun ditukarkan ke sebuah sekolah yang dipenuhi pengikut PAS hanya kerana mengkritik PAS kerana tidak menunaikan janji yang dibuat untuk menaik taraf sekolah.

Inilah realiti yang berlaku di bawah pentadbiran PAS Kelantan sepanjang 23 tahun pentadbiran mereka, tindakan tidak bertamadun puak NGOk 'R' tempoh hari persis tindakan puak Syiah. Mungkin ini Islam yang disuntik oleh Nik Aziz sejak memegang tampuk pemerintahan Kelantan sejak tahun 1990.

Terima kasih NGOk 'R' -  lagi banyak kamu buat benda bodoh macam ini, lagi ramailah golongan atas pagar menolak kamu.

TUKAR Kelantan kepada BN PRU13!

Sunday, February 24, 2013

[VIDEO] : Ketika Zaman BN Percuma, Tapi Selepas PAS Menang Caj Sewa Dikenakan! - #TukarKelantan



Ikuti antara siri kezaliman yang dilakukan oleh regim PAS Kelantan, tapi semua itu berubah selepas PAS mula memerintah negeri Kelantan bermula pada tahun 1990. Tapak yang digunakan oleh Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh yang dulu percuma telah dikenakan caj sewa.

Jika bayaran sewa yang diminta tidak dikenakan, para pemandu teksi ini perlu memindahkan operasi mereka, ini antara siri-siri kezaliman regim PAS di Kelantan.

Kezaliman yang tidak pernah diketengahkan oleh media, kini akan dipertontonkan satu persatu untuk membuka mata rakyat Kelantan yang telah diperbodohkan selama 23 tahun!

Saturday, February 23, 2013

[FOTO] : Rakyat Sepanjang 2 Kilometer, Bukti PAS Semakin Ditolak - #TukarKelantan


Semalam sempat mengunjungi ceramah anjuran UMNO Bahagian Wakaf Bharu bersama rakan facebookers Pemuda UMNO Wakaf Bharu dan sahabat-sahabat dari Gerakan TUKAR. Apabila tiba saja di tapak ceramah saya agak terkejut melihat jumlah hadirin yang berada di situ.

Pada jangkaan saya jumlah yang hadir sekitar 3,000 orang, anggaran ini dibuat berdasarkan laluan yang terpaksa saya harungi untuk mendekati pentas utama iaitu hampir 2 kilometer panjang. Daripada yang khusyuk duduk di atas kerusi sehinggalah ada yang sanggup berdiri dan tidak berganjak sehingga selesai ceramah tersebut.

Selain itu perkara yang paling menarik perhatian saya adalah rakyat Kelantan mula berani mengutuk Nik Aziz setiap kali kenyataan Nik Aziz ditayangkan kepada mereka.


Antara laungan yang dibuat adalah "Nik Ajis hidung belok", "Nik Ajis pecatlah pioh (kopiah), serta pelbagai lagi ejekan yang keluar daripada mulut rakyat Kelantan termasuk makcik-makcik yang hadir. Saya berani katakan bahawa PAS benar-benar terkesan dengan gerakan yang dilakukan oleh BN di Kelantan.


Ini kerana sebelum ini amat sukar malah boleh dikatakan rakyat Kelantan lebih-lebih lagi atas pagar begitu menghormati Nik Aziz, jangan mimpilah mereka akan mengutuk atau mencela manusia bernama Nik Aziz.

Malah jika ada kanak-kanak yang tersasul bercakap mengenai Tok Guru rakyat Kelantan akan memarahi kanak-kanak tersebut seolah-olah kanak-kanak itu melakukan jenayah besar.

Tapi kini, rakyat Kelantan mula sedar - mereka sedar bahawa Nik Aziz bukanlah ularmak yang mahu perjuangkan Islam. Tetapi lebih kepada memperjuangkan dendam peribadinya kepada UMNO. Maka tidak hairanlah jika hari ini Nik Aziz kata penerima BR1M itu umpama haiwan, esok-esok dia akan kata haiwan menantunya sendiri.

Tolong rahsiakan foto ini dari Nik Aziz Nik Mat, kerana saya khuatir jantung bateri beliau berhenti berdenyut.

Hahaha...

Melihat situasi ini, maka tepat sekali kajian yang dibentangkan dalam mesyuarat sulit PKR bahawa sokongan  rakyat Kelantan kepada PAS sekarang turun kepada 47% - manakala sokongan kepada BN dan Tok Pa meningkat kepada 53% di mana situasi ini amat membimbangkan mereka!




Boh acu kelih ceramah PAS minggu lepas di Pasir Tumboh :


Nok kelih foto-foto ceramah PAS yang lain [KLIK]

[KLIP LAGU] : Royalti Minyak - Kalu Takdok Orang Ajar Sesat, Berat!


Cakap berdegar-degar kononnya Tok Pa belum wujud semasa perjanjian royalti minyak dibuat, tapi dia lupa yang dirinya juga belum lagi wujud ketika itu.

Gara-gara penerangan video penerangan isu royalti minyak berdasarkan akta-akta yang telah termaktub oleh Tok Pa tempoh hari, puak R nampaknya kepanasan sehingga mengeluarkan video provokasi kepada Tok Pa.

Inilah baka tak cerdik, bila orang bagi hujah dan dia tak mampu jawab. Dia akan ajak bertumbuk, pendek kata macam budak sekolah. Kena ejek sikit terus ajak bertumbuk.

Hahaha

Nah! ambik lagu khas untuk puak 'R' :



Hahaha...

Ptuih!

Debat dulu dengan kickdefella lah baru cerita pasal Tok Pa!

Friday, February 22, 2013

[VIDEO] : #SKT2013 Diterima Anak Muda Kelantan, Aura #TukarKelantan Makin Kuat, NGOk R Gigit Jari!



Gelombang perubahan semakin kuat di Kelantan lebih-lebih lagi apabila Skuad Kembara TUKAR (#SKT2013) seramai 300 buah motorsikal dan 7 buah kereta itu mula menjelajah ke beberapa bahagian di negeri Kelantan dalam usaha mereka untuk menyedarkan rakyat Kelantan di atas segala penipuan regim PAS sepanjang memerintah Kelantan selama 23 tahun.

Bermula di Kota Bharu, skuad SKT2013 dan melalui Pasar Siti Khadijah, Pintu Geng, Wakaf Che Yeh sebelum ke Kubang Kerian petang tadi. Gerakan TUKAR yang dipengerusikan oleh Kamarudin Kasim dilihat semakin diterima oleh rakyat Kelantan terutama anak muda berbeza dengan perhimpunan yang dibuat oleh NGOk 'R' di mana kurang mendapat sambutan oleh rakyat Kelantan.



Nampaknya Presiden NGOk R bersama 30,000 pengikutnya (dia kata bukan aku kata) hanya mampu melihat gerakan Gelombang Merah TUKAR melintasi jalan-jalan utama di Kelantan sambil mengigit jari.

Aura di Kelantan semakin kuat memihak kepada BN, selagi tiada kes 'cah keting' saya percaya Gelombang Merah TUKAR yang dibawa oleh Dato Sri Mustapa Mohamed mampu menghentikan jantung bateri TG Nik Aziz Nik Mat.

Hahaha..

Nota Tapak Kaki Tok Guru : Dokumen apa yang dimusnahkan oleh seorang Setiausaha Sulit kepada....jeng..jeng...jeng!


[VIDEO] : PANAS! Gara-Gara Tak Nak Jadi 'Haiwan' Duit #BR1M Diserahkan Kepada Tabung PAS #TukarKelantan



"Nak tengok sejauh mana keikhlasan tuan-puan, hok (sesiapa) buleh pitih (duit) BR1M kito pakat bui (bagi) kok (kepada) PAS pulok"

Itulah yang diminta oleh seorang penceramah PAS ketika siri ceramah mereka yang dibuat di sekitar Pantai Cahaya Bulan, yang turut dihadiri oleh Mat Sabu. Dalam ceramah tersebut, penceramah tersebut meminta ahli PAS yang dapat duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) menyumbang duit tersebut kepada tabung PAS yang dilancarkan oleh jentera PAS cawangan Semut Api.

Inilah kerja gila PAS, duit sumbangan yang kerajaan berikan untuk meringankan beban rakyat, tetapi orang PAS yang bodoh lagi bangang, setiap hari mereka melalak mengatakan barang naik, harga naik, cukai naik, air kepala takuk Mat Sabu naik serta pelbagai lagi fitnah untuk menggambarkan Barisan Nasional (BN) tidak memahami jerit-perih rakyat bawahan.

Tetapi apabila BN membantu rakyat dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bertujuan meringankan beban rakyat, mereka pula yang menyusahkan rakyat!

Dalam diam-diam wang rakyat diperas untuk memenuhi tabung milo mereka atas nama jihad, (jihad kepala takuk Mat Sabu barangkali). Mula-mula samakan penerima BR1M dengan binatang, selepas itu 'binatang' ini pula dikerah untuk memenuhi tembolok mereka.

Sampai bila rakyat Kelantan hendak diperbodohkan?

Sampai bila rakyat Kelantan hendak 'diperlembukan'?

Dasar PAS, dasar apa?

Emang dasar...emang dasar...

PAS memang BAJINGAN!

Nota tapak kaki Tok Guru : SUK Sultan Kelantan tengah buat apa sekarang? Bakar fail? clear fail? jeng...jeng..jeng!

Wednesday, February 20, 2013

#TukarKelantan : TG Nik Aziz Terkejut Melihat Meteor Melintasi ROCKET Ketika Pulang Dari Umrah!


Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan meteor yang jatuh di Russia sehingga meletuskan letupan kuat dan mencederakan 400 orang yang tinggal di kawasan berdekatan. Situasi panik umpama babak dalam filem  'Tranformers' itu mengakibatkan keadaan trafik di bandar Chelyabinsk tergendala.

Itu fenomena luar biasa di Russia...

Pada 15 Februari fenonema luar biasa juga berlaku di Kelantan di mana seramai 10,000 rakyat Kelantan keluar berhimpun menunjukkan sokongan dan kesediaan mereka untuk 'TUKAR' kerajaan PAS Kelantan kerana sudah jemu dibuai mimpi yang tak sudah-sudah.

Selang sehari selepas itu fenomena Gelombang Merah merebak pula ke Stadium Bukit Jalil di mana 15,000 anak Kelantan berkumpul menyatakan sokongan mereka kepada gerakan TUKAR yang ingin mengubah nasib anak-anak Kelantan.

Mungkin terkesan dan melihat gerakan rakyat terutama anak muda Kelantan itu bakal menjejaskan tampuk pemerintahan rejim PAS di Kelantan, maka satu perhimpunan dianjurkan oleh PAS dengan slogan 'We Love Tok Guru'.

Kepulangan Tok Guru dari umrah hari ini disambut dengan banner 'We Love Tok Guru' yang menghiasi perkarangan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Namun menurut sumber dalaman Mursyidul Am parti 'Isle' itu dikatakan berkecil hati kerana logo ROCKET mengatasi logo BULAN yang diperjuangkan olenya selama ini.




Hahaha...

Demo tiru 'We Love PM'...

Kito dok kato gapo...

Kito cuma nak royak, demo kato 'We Love Tok Guru'

Kito kato 'Bo La Weii Tok Guru'.




Tuesday, February 19, 2013

[VIDEO] : Piya Dengan Apek Pun Sokong PM @NajibRazak - Bo La Wei...










#HAK2013 : Bacaan Penganut PAS Sahaja - Apa Beza Daud Su Kibar 'ROYALTI' Dengan Piya Kibar 'TUKAR'


Bo la weii...(sudah-sudahlah)

Itulah pesanan PM kepada PAS Kelantan yang telah menipu rakyat Kelantan dengan pelbagai janji tetapi tidak satu pun ditunaikan ketika bersama 15,000 anak-anak Kelantan di Himpunan Perdana Anak Kelantan (HAK2013) semalam.

Iaitu selepas satu hari Himpunan Tukar Kelantan yang berjaya dihadiri oleh 10,000 rakyat pelbagai latar belakang pada 15 Februari yang lalu.

Menariknya dalam Himpunan Perdana Anak Kelantan semalam, Kapten The Red Warriors Badri atau Piya dikecam teruk gara-gara mengibar bendera TUKAR. Saya juga terdengar dari rakan bahawa Piya antara yang bersemangat sehingga beliau berdiri di atas kerusi sambil mengangkat playkad 'We Love PM'.

Mungkin disebabkan tindakan ini pelbagai cemuhan dan maki-hamun dilemparkan oleh pengikut PAS melalui laman-laman facebook yang mengumpulkan peminat TRW.

Ada juga pengikut PAS totok yang mengatakan bahawa Piya 'pembelot' kepada penyokong TRW hanya kerana mengibarkan bendera TUKAR. Pelbagai alasan diberikan, mempolitikkan sukanlah, mempolitikkan bola sepak serta banyak lagi alasan hanya mahu menghukum Piya.

Betullah orang kata PAS ini memang jumud, masih berfikiran ortodoks serta tidak memahami konsep demokrasi yang sebenar. Mereka marahkan Piya yang menghadiri Perhimpunan Perdana Anak Kelantan serta mengibarkan bendera 'TUKAR' tetapi mereka memuja dan mengagungkan tindakan Daud Su yang dahulu tersilap mengibarkan bendera 'ROYALTI'.



Tengok sikit bagaimana pengikut PAS totok yang diketuai oleh bekas 'kaki ubat batuk' Pojie (jangan marah boh! haha)

KLIK IMEJ UNTUK LEBIH JELAS



Hahaha..

Bodoh sungguh orang-orang PAS ini, dalam prinsip negara demokrasi kita sepatutnya menghormati hak setiap individu untuk menyertai, menganggotai atau menyokong mana-mana organisasi hatta orang Melayu mahu menyokong DAP sekalipun.

Jika tindakan Daud Su mengibarkan bendera R dahulu dijulang dan diagungkan-agungkan oleh pengikut NGOk ROYALTI kenapa mereka kepanasan marahkan Piya yang mengibarkan bendera 'T'.

Persoalannya apa beza 'R' dan 'T'?

'R' adalah sebuah gerakan yang didalangi oleh PAS Kelantan kononnya untuk menuntut hak royalti dari kerajaan untuk anak-anak Kelantan, manakala 'T' pula adalah sebuah gerakan yang umum mengetahui ia merupakan gerakan pro-UMNO yang bergerak menuntut kerajaan negeri PAS menunaikan janji-janji yang dibuat sepanjang pemerintahan dan juga menuntut hak TANAH yang dipajak kepada orang luar.

Itulah perbezaan antara 'R' dan 'T'...

Manakala kedua-dua gerakan ini pula dilihat mempunyai satu kesamaan iaitu kedua-duanya dilihat berjuang dan bergerak menuntut hak rakyat Kelantan.

Jadi, apa salahnya seorang pemain bola sepak yang juga anak jati Kelantan menyokong gerakan yang memperjuangkan hak rakyat Kelantan?

Jika benar Piya menyokong UMNO/BN sekali pun itu adalah hak beliau, mungkin kerana dirinya sedar bahawa individu yang bertanggungjawab membangunkan bola sepak Kelantan adalah hasil kebijaksanaan Tan Sri Annuar Musa, Ketua UMNO Bahagian Ketereh bukan orang PAS.

Jadi tidak perlu hairan jika benar Piya menyokong rakyat Kelantan 'TUKAR' kerajaan PAS kepada BN, ini semua berlaku kerana sikap munafik PAS sendiri yang menjanjikan stadium baru untuk TRW di Merbau tetapi sehingga kini, stadium entah ke mana, tanah pun entah ke mana.

Sebaliknya PM DS Najib Tun Razak pula yang berjanji akan membina stadium baru dan dimasukkan dalam manifesto Pilihan Raya akan datang, tetapi sama ada BN menang atau tidak rakyat Kelantan usah khuatir kerana BN sentiasa menepati janji yang dibuat.

Stadium tersebut sudah dalam perbincangan pun, cuba baca Facebook Tan Sri Annuar Musa :


Belum pun kepimpinan kerajaan negeri di TUKAR kepada BN,  kita bakal melihat sebuah stadium baru dan juga masjid paling besar di negeri Kelantan, apa akan berlaku jika kita TUKAR kepada BN?

Mana satu kita hendak lihat, tokong besar atau masjid besar?

Sebenarnya Piya pun nak main dalam stadium baru boh!

Sampai bilo nok nyepak bola dalam stadium hok samo, jadi baiklah kito TUKAR!

Hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal