NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Tok Pa. Show all posts
Showing posts with label Tok Pa. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

[VIDEO] : #PrayForSabah - Ketibaan Perwira Anak Kelantan Yang Terkorban di #LahadDatu



Ketibaan dua anak Kelantan, perwira negara yang terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu di selubungi suasana sedih. 

Jenazah perwira negara yang tiba sekitar jam 10.50 pagi semalam disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato Sri Mustapa Mohamed selain turut disertai oleh Menteri Besar 'dinosour' Nik Aziz Nik Mat.

Malangnya ketika semua berkumpul berdiri menunggu ketibaan jenazah, Menteri Besar Kelantan nampaknya lebih selesa duduk di dalam kenderaan rasmi Menteri Besar. Sebaik saja jenazah turun dari kapal terbang milik TUDM barulah berpusu-pusu datang diiringi pengikutnya.

Nak marah pun tak boleh juga, mungkin sebab tua dan uzur jadi beliau tak boleh berdiri terlalu lama. Kalau dah sedar diri dah tua kenapa tidak saja berundur dan berehat.

Penulis melihat dan mendengar bagaimana bangang seorang exco yang menyebut "kalu doh jahat, jahat situlah" gara-gara pihak tentera tidak memberikan kebenaran kepada Nik Aziz melakukan solat jenazah di lapangan terbang. 
Sebaliknya pihak tentera memaklumkan bahawa solat jenazah hanya akan dilakukan sekali sahaja iaitu di rumah Allahyarham, tapi dek kerana bodoh dan ingin mengambil 'political milage' ADUN PAS ini menyindir kononnya kerajaan sengaja menghalang mereka.

Sunday, March 10, 2013

[VIDEO] : Orang Kelate 'Naik Angin' Dengan Tun M! #TukarKelantan



20 ribu!

Jalan Kota Bharu ke Pasir Mas habis sesak sejak jam 12.00 tengah hari, kehadiran Tun Mahathir memang buat orang Kelantan 'naik angin' di mana berpusu-pusu rakyat dari segenap daerah di Kelantan turun memenuhi padang Sek. Menengah Panglima Raja Lemal, Pasir Mas untuk bersama dalam Perhimpunan Orang Kelantan 'Naik Angin' yang dianjurkan oleh Perkasa Kelantan.

Luar biasa boh!

Baca selebihnya [sini]

Malas nak menaip, hehehe!

Monday, February 25, 2013

[VIDEO] : Guru Menangis Kerana Melihat Tindakan Tidak Bertamadun Geng 'R' - #TukarKelantan



Tindakan tidak bertamadun yang menyebat patung 'Tok Pa' tempoh hari membangkit perasaan benci warga pendidik terhadap mereka. Rakaman mengejut ini dirakam ketika program bersama guru-guru kaunselor di sekitar Kelantan.

Tanpa disangka-sangka seorang guru wanita bangun meluahkan rasa sedih beliau di atas tindakan tersebut, sebagai seorang guru mereka tidak mendidik rakyat Kelantan untuk menjadi biadap. Aksi guru wanita itu membuatkan dewan sebak seketika sehingga menarik perhatian para wartawan.

Dalam pertemuan itu juga, seorang guru yang berkhidmat lebih 25 tahun ditukarkan ke sebuah sekolah yang dipenuhi pengikut PAS hanya kerana mengkritik PAS kerana tidak menunaikan janji yang dibuat untuk menaik taraf sekolah.

Inilah realiti yang berlaku di bawah pentadbiran PAS Kelantan sepanjang 23 tahun pentadbiran mereka, tindakan tidak bertamadun puak NGOk 'R' tempoh hari persis tindakan puak Syiah. Mungkin ini Islam yang disuntik oleh Nik Aziz sejak memegang tampuk pemerintahan Kelantan sejak tahun 1990.

Terima kasih NGOk 'R' -  lagi banyak kamu buat benda bodoh macam ini, lagi ramailah golongan atas pagar menolak kamu.

TUKAR Kelantan kepada BN PRU13!

Saturday, February 23, 2013

[KLIP LAGU] : Royalti Minyak - Kalu Takdok Orang Ajar Sesat, Berat!


Cakap berdegar-degar kononnya Tok Pa belum wujud semasa perjanjian royalti minyak dibuat, tapi dia lupa yang dirinya juga belum lagi wujud ketika itu.

Gara-gara penerangan video penerangan isu royalti minyak berdasarkan akta-akta yang telah termaktub oleh Tok Pa tempoh hari, puak R nampaknya kepanasan sehingga mengeluarkan video provokasi kepada Tok Pa.

Inilah baka tak cerdik, bila orang bagi hujah dan dia tak mampu jawab. Dia akan ajak bertumbuk, pendek kata macam budak sekolah. Kena ejek sikit terus ajak bertumbuk.

Hahaha

Nah! ambik lagu khas untuk puak 'R' :



Hahaha...

Ptuih!

Debat dulu dengan kickdefella lah baru cerita pasal Tok Pa!

Friday, February 15, 2013

[VIDEO] : Kota Bharu 'Lumpuh' Gara-Gara #GelombangMerah #TukarKelantan



Pergh!

Tukar! Tukar! Tukar kerajaan PAS Kelantan kepada BN!

Itulah laungan yang bergema di tengah-tengah bandar Kota Bharu petang tadi apabila 10,000 rakyat Kelantan berkumpul di Perkarangan Bangunan Perhubungan UMNO Negeri  menyatakan sokongan mereka kepada Gerakan TUKAR yang kini berjuang menuntut hak anak-anak Kelantan.

Gelombang Merah bakal menghantui PAS dalam PRU13!

Tukar! Tukar! Tukar adalah Hijrah...

Tukar adalah demi negeri Kelantan!

Tukar Tok Guru yang sudah uzur kepada Tok Pa yang sentiasa berjuang untuk memastikan kesenangan anak-anak Kelantan!



LIVE #HTK2013 - Laungan #TukarKelantan Gegarkan Bandar Kota Bharu!


Foto terkini dari Himpunan Tukar Kelantan 2013 (HTK2013) yang diadakan di perkarangan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan di mana HTK2013 sedang berjalan, di mana konvoi daripada beberapa tempat sedang dalam perjalanan dan dijangka ia bakal menghimpunkan 8,000 rakyat Kelantan yang bangkit untuk menuntut hak mereka.





Kemaskini akan menyusul!

Gelombang Merah!

TUKAR KELANTAN PRU13!

Tuesday, February 12, 2013

Bekas ADUN PAS Turut Terima #BR1M - Cuba Belajar Ucap #TerimaKasihBN


Kita selalu dengar BN pilih bulu...

BN pilih kroni mereka sahaja untuk dibantu...

Malah pelbagai tuduhan yang sering dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan BN. Tetapi secara diam-diam mereka juga yang turut beratur menagih bantuan kerajaan.

Hari ini pengagihan BR1M turut 'dimeriahkan' dengan kehadiran Ustaz Jak atau Mohd Zaki Ibrahim iaitu bekas ADUN PAS kerusi N38 DUN Kuala Balah, Kelantan. (gambar atas).

Bukan niat mahu mempertikaikan bantuan yang diterima, sebagai rakyat Malaysia yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Memang wajar bantuan tersebut dihulurkan kepadanya yang hidup dengan pencen tidak sampai RM3,000 sebulan walaupun dia totok pembangkang.

Cuma kita nak cakap BN ini tak pernah pilih bulu dalam membantu meringankan beban rakyat hatta mereka itu bekas wakil rakyat PAS yang siang malam kerjanya mengutuk UMNO/BN.

Agak-agak Ustaz Jak ucap "terima kasih" tak tadi?



Sunday, February 10, 2013

[FOTO] : PAS Kelantan Kini Gusar, Rakyat Beri Sambutan Luar Biasa Terhadap UMNO #TukarKelantan


Sukar dipercayai apabila program UMNO berjaya menarik kehadiran sehingga 5,000 orang lebih-lebih lagi ia dibuat di dalam bahagian yang turut menempatkan DUN Chempaka iaitu kerusi DUN yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan sendiri iaitu Pengkalan Chepa.

Jumlah kehadiran luar biasa masyarakat Kelantan terhadap program anjuran UMNO dilihat petanda bahawa PAS Kelantan kini benar-benar berada dalam situasi genting menjelang PRU13.

Ini menguatkan lagi apa yang saya nyatakan sebelum ini tentang kegusaran kerajaan negeri ekoran populariti PAS di negeri Cik Siti Wan Kembang itu mula merosot sejak pucuk pimpinan UMNO negeri diterajui oleh Tok Pa.

Menariknya tentang sambutan terhadap program Semarak Gelombang Merah semalam, penganjur tidak memerlukan ikon atau artis-artis tertentu untuk menarik kehadiran masyarakat sekitar sebagaimana dilakukan oleh PAS dengan menggunakan artis seperti Abby Abadi untuk menarik jumlah hadirin ke tapak ceramah mereka.

Sikap keterbukaan masyarakat Kelantan terhadap program UMNO sekarang ini adalah kerana didorong dengan keinginan untuk melihat satu perubahan besar berlaku ke atas negeri tersebut setelah muak dengan pelbagai janji-janji PAS sepanjang 22 tahun menerajui negeri tersebut.

Lepas ini PAS datang bawa beras cap tok guru, kita ambik!

PAS datang janjikan syurga, kita dengar...

Tapi...

Dalam PRU13 nanti kita TUKAR PAS kepada BN!



Tak percaya gambar tersebut, ada lagi gambar-gambar lain  [sini]

Cuba kira berapa ramai?


Hohoho!

Lepas itu cuba kira berapa ramai rakyat Kelantan turun dengar ceramah dari geng NGOk 'R' [sini]

Hahaha...

Tuesday, February 5, 2013

[VIDEO] : Penjelasan Berfakta @Mustapa_Mohamed - Royalti Minyak Di Mana Asasnya?


Isu Royalti Minyak merupakan talian hayat PAS untuk meraih sokongan anak muda di Kelantan kerena mereka tahu bahawa tidak ramai daripada anak muda ini akan meneliti satu persatu segala undang-undang yang termaktub dalam perjanjian hasil minyak di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Maka sentimen yang dimainkan PAS sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi anak muda untuk menolak BN atas alasan BN menafikan hak Kelantan.

Walhal tahun 1992 Husam Musa sendiri mengakui bahawa selepas perbincangan kerajaan negeri Kelantan terpaksa akur bahawasanya minyak yang ditemui ketika itu bukanlah berada di perairan Kelantan sebaliknya di Vietnam.


Ikuti penjelasan verfakta Tok Pa mengenai isu pembayaran royalti minyak di Kelantan, tidak perlu baca panjang-panjang hanya perlu luangkan masa anda 10 minit untuk meneliti fakta yang diberikan oleh Tok Pa :

Dari blog Tukar Kelate :
Oleh itu lapanglah dada dan ikuti penjelasan daripada Tok Pa, harap-harap penjelasan ini tidak mengusarkan Husam Musa dengan NGO 'R' selepas Presiden mereka kecut telur untuk menyahut cabaran debat oleh blogger kickdefella :



Saturday, February 2, 2013

#TukarKelantan : @Mustapa_Mohamed VS Nik Aziz Nik Mat - Siapa Lebih Zuhud?


Ikut teori pengikut totok PAS tiada manusia lebih zuhud daripada Nik Aziz di Kelantan. Tiada orang berjawatan lebih-lebih lagi menteri BN akan duduk di warung makan nasi bungkus setiap pagi.

Betul ke?

Apakah ciri-ciri yang membolehkan seseorang itu dianggap zuhud, adakah dengan bersolat sambil dikawal oleh beberapa pengawal keselamatan?

Hahaha!

Tukar Kelate :
Salam gelombang merah!

Tok Guru sering kali dianggap sebagai pemimpin yang zuhud, rendah diri, tawadduk dan taat perintah Allah oleh pengikut PAS, walaupun Tok Guru setuju 'melacurkan' kalimah Allah kepada bukan Islam.

Manakala pemimpin-pemimpin BN dianggap hidup mewah, naik kereta besar, makan di hotel besar-besar, tidak reti makan nasi guna tangan serta pelbagai lagi tuduhan untuk menunjukkan bahawa pemimpin BN tidak zuhud seperti Tok Guru.

Malah walaupun banyak surau dan masjid yang dibina di Kelantan (kerajaan negeri hanya bina 1 buah sepanjang pemerintahan) untuk kemudahan rakyat Kelantan menjalankan perintah Allah.

Tetapi Tok Guru lebih gemar solat di atas rumput dan tanah kerana menunjukkan 'kezuhudan' sebagai seorang ulamak.

Jadi penulis tengok-tengok apa beza Tok Pa dengan Tok Guru?
Baca selanjutnya untuk ketahui kenapa Tok Pa tidak dianggap 'zuhud' macam Nik Aziz [sini]

Saturday, January 5, 2013

[FOTO] : Tiada Pemimpin Lebih 'Zuhud' Dari Nik Aziz di Kelantan?


Siapa lebih zuhud dari Tok Guru di Kelantan...?

Foto di bawah sering digunakan oleh troopers PAS untuk menggambarkan 'kezuhudan' pemimpin mereka :


Selain foto di atas, ada lagi satu foto yang dianggap sebagai modal troopers PAS dalam usaha mereka membersihkan semula imej Tok Guru selepas dilanda beberapa kontroversi melibatkan menantunya sebelum ini :


Cara mereka membuat perbandingan seolah-olah pemimpin UMNO di Kelantan tidak sama seperti Nik Aziz, tetapi bagaimana dengan seorang pemimpin UMNO yang sering turun bersama rakyat Kelantan mengalahkan Menteri Besar sendiri?



Apa bezanya dua pemimpin ini...?

Nik Aziz Nik Mat sudah 'uzur', wajarlah rakyat Kelantan beri peluang kepada Tok Pa pula untuk menerajui Kelantan...

Saturday, December 15, 2012

#PRU13 : @Mustapa_Mohamed & 250 Pejuang Siber Buat PAS Kelate Kenaleng!


Kenaleng! (berdebar)

Nampaknya PAS Kelantan...

Esok pejuang-pejuang siber anak Kelantan yang terdiri daripada bloggers serta facebookers bakal berkumpul dan bersatu melalui program Ramah Mesra Bersama Tok Pa yang diadakan di Holiday Villa, Kota Bharu.

Menurut saudara Eizwan selaku penyelaras program hampir 250 pejuang siber kelahiran Kelantan bakal memenuhi jemputan Tok Pa termasuk saya dan sahabat blogger seperti Panglima Perang Siber dan blogger 1 Peluru.

Alang-alang nak balik Kelantan esok, ingin saya kongsikan satu maklumat yang diterima dari sumber dalaman PKR sendiri. Menurut sumber ketika mesyuarat AMK Malaysia pada 6 Oktober 2012 bertempat di Ibu Pejabat PKR  satu hasil kajian mengenai pola pengundi menjelang PRU13 telah dibentangkan.

Kajian tersebut dijalankan dalam tempoh 2 kali iaitu pada 31 Mac hingga 15 April 2012 dan 1 September hingga 16 September oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM/UMCEDEL diketuai Prof. Dato Dr. Mohd Redzuan Othman.

Hasil kajian tersebut mendapati peratusan sokongan kepada BN antara bulan Mac hingga September meningkat sebanyak daripada 27 peratus kepada 32 peratus.

Manakala sokongan kepada PR pula merundum dari 44 peratus jatuh kepada 41 peratus disebabkan faktor imej Tok Pa dan keinginan rakyat Kelantan untuk berubah setelah 22 tahun berada di bawah pimpinan PAS dan keadaan ini telah membimbangkan PR.

Ulang lagi sekali, situasi ini amat membimbangkan PR...

Amat membimbangkan PR...

Orang Kelate kato...

PAS Kelate loni tengoh gelepar dengan kenaling dup...dap...dup...dap!

Lamo dok dengar dikir barat...

Jom kito layan dikir selagu boh!

Warning : Jangan bangun joget sudoh, takut keno igak dengan keno saman MPKB!

Hahaha...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal