NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, April 24, 2013

[VIDEO] : Husam Musa Nak jaga Kebajikan Rakyat #Putrajaya Tapi Kebajikan Rakyat Kelantan Tidak Terjaga? #TukarKelantan #PRU13 #VoteBN


Imej di atas bukan pondok yang dibuat khas untuk anak kecil bermain pondok-pondok, tetapi ia adalah tempat berteduh buat satu keluarga, malah di kawasan daif ini turut didiami oleh beberapa keluarga yang lain.

Banyak kali didedahkan oleh media massa, malah saya sendiri pernah mengunjungi kawasan perkampungan ini.

Kg. Pulau Gajah, Sabak yang juga Dewan Undangan Negeri Chempaka terletak di bawah  Parlimen Pengkalan Chepa ini merupakan kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar sendiri. Bukan mahu memburuk-burukkan pentadbiran PAS yang memang sedia buruk.

Tapi ini adalah kebenaran!

Namun paparan kedaifan ini hanyalah secebis penderitaan rakyat Kelantan sepanjang 23 tahun berada di bawah pentadbiran sebuah kerajaan yang berkebajikan dalam menuju pembangunan bersama Islam yang dilaungkan.

Mereka rakyat Kelantan, bukan pendatang dari Kemboja atau Selatan Thai. Malah mereka merupakan pengundi berdaftar di mana setiap kali tiba musim Pilihan Raya, logo bulan menjadi lambang pilihan mereka.

Pengakuan ini saya rekodkan ketika kunjungan saya pertengahan tahun lalu.



Ingatkan dengan pendedahan media massa, diikuti dengan media sosial - saya beranggapan masalah kedaifan dan kemiskinan yang dihadapi oleh penduduk kampung ini telah selesai.

Tapi jangkaan saya meleset kerana kunjungan rakan blogger di Kelantan membuktikan tiada seorang wakil rakyat jauh sekali Menteri Besar turun bertanyakan keadaan mereka. Cakap banyak tak guna, tembak tak kena, rakyat yang memberikan mereka mandat selama 23 tahun pun tidak terjaga.

Bagaimana agaknya PAS mahu mentadbir Putrajaya mahu pun sebuah negara?



Mungkin orang Putrajaya patut bertanyakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Dato Husam Musa iaitu calon PAS Putrajaya.

Tak usah tanya Tok Guru kerana pasti jawapan yang diberikan "blogger celako ni..ni semua blog celako.."

Jadi kita tanya Dato Husam selaku exco yang dipertanggungjawabkan mengenai soal kebajikan rakyat negeri Kelantan.

Jika 23 tahun memerintah masih ada keluarga yang terabai kebajikan mereka, bagaimana agaknya dia mahu menguruskan kebajikan rakyat di Putrajaya?

Sudah-sudahlah Dato!

Nantikan kisah kemasyarakatan yang didokumentarikan dari Salor...

Jeng...jeng...jeng!

Hello Tok Guru dan Dato Husam, layan dikir barat dulu selagu boh!



Lihat gambar-gambar lain di [SINI] - [SINI] dan [SINI]

6 comments:

Anonymous said...

Suruh Husam balik Kelantan, urut labu betih Nik Aziz..

Anonymous said...

KITA BOLEH LIHAT DAN KASIHANKAN MEREKA. TAK MUNGKIN NIK AZIZ TAK DIMAKLUMKAN RAKYT KWSN DIA HIDUP SEBEGINI DAIF. MB TAK RETI BUAT KERJA TAU TANDATANGAN APA SAJA DOKUMEN ORANG BAGI.

Unknown said...

KAWASAN MENTERI BESAR.
KESIAN RAKYAT KELANTAN.
NAMA SAJA PARTI ISLAM.
RAKYAT SUSAH.
MENTERI BESAR BUAT TAK KISAH.

TUKAR LA
BERI PELUANG KEPADA UMNO ISLAM MEMERINTAH KELANTAN.

INSYA ALLAH
RAKYAT KELANTAN AKAN DIJAGA DAN SYIAR ISLAM PASTI BERKEMBANG DENGAN JAYANYA.

AKU SEDIH MELIHAT BANGSAKU DIPERBODOHKAN OLEH SEORANG MENTERI BESAR YANG DIANGGAP ULAMAK POLITIK.

Unknown said...

SEBAB BN MASUKKAN KE AKAUN RAHSIA DI KEPULAUAN CAYMAN SEBANYAK 7 BILLION.

1MDB (1 Malaysia Development Berhad) KE AKAUN KEPULAUAN CAYMAN.

MARI KITA SOKONG NAJIB, SAMPAI NEGARA KITA BANGKRAP.

Sorry, negara kita tidak akan bangkrap sebab kita akan dapat pinjam lagi dengan IMF.

JANGAN BUANG KOMEN SAYA.

Anonymous said...

memang patut dan perlu tukar kerajaan kelantan ni, eih berat sungguh mata memandang.. apa lagi anak2 muda kelantan ,, kalu macamnilah pentakbiran kelantan dibawah pas,, sungguh2 teruk dlm menjaga kebajikan rakyat.. macam ni punya tok guru pun nak di sanjung lagi.. anak2 muda kelantan mesti bangun untuk menikmati kemanisan yg bn akan laksanakan utk menjamin kesejahteraan masa hadapan.. pas mesti di tukar.. tukar pas pada bn..

Yuseri Yusoff said...

Anon April 24, 2013 at 7:59 AM,

Baik kamu pergi sembang dengan dinding. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...