NOTIS & PENAFIAN
Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Thursday, January 31, 2013
#RCISabah : Terkini Lima Trivia JPN Buktikan @MahfuzOmar Tengok Surat Dalam Keadaan Khayal!
Artikel sebelum - [sini]
Kahkahkah...
Bila saya kata Mahfuz Omar dalam keadaan khayal seperti orang hisap gam, ada yang marah.
Nah stepek!
Lima trivia JPN untuk Mahfuz Omar dan Malaysiakini :
Jangan lupa kita perlu tuntut Wan Azizah, Zuraida Kamaruddin, Saifuddin Nasution, dan Azmin Ali bagaimana mereka perolehi kerakyatan memandangkan Mahfuz Omar sendiri meragui kod 71.
Reformasi!
Hahaha...
Mahfuz Omar cer jawab 5 trivia buat YB tu...
Hahaha...
Surat kepala bapak ngko YB!
#RCISabah : JPN Lapor Polis, Kerana @MahfuzOmar - Wan Azizah, Zuraida, Saifuddin Nasution Kena Jawab!
Sambung dari artikel sebelum...[sini]
Sekejap lagi Ketua Pengarah JPN akan membuat satu laporan polis dengan lima trivia untuk membuktikan surat Mahfuz Omar palsu.
Ok... saya memuji langkah dan respon pantas oleh JPN memandangkan Pengerusi Suruhanjaya di Raja (RCI) tidak kisah media seperti malaysiakini dan malaysian insider putar keterangan-keterangan saksi.
Maka memang wajarlah pasukan JPN masuk gelanggang sekali.
Nampak meriah sikit 'perang media baru'...
Ok sambung mengenai surat yang didedahkan Mahfuz Omar semalam...
Ada beberapa peristiwa pelik yang berlaku semalam, yang dapat dikesan oleh pembaca laman malaysiakini sendiri.
Pertama : malaysiakini menyiarkan kenyataan Mahfuz Omar mengenai satu surat kononnya daripada JPN pada jam 2.24 petang semalam.
Selepas meneliti nombor rujukan serta kepala surat tersebut pihak JPN dengan pantas memberi respon pada jam 4.48 pm :
Jeng...jeng..jeng!
Apa yang berlaku selepas itu?
Satu-satunya artikel dikemaskini jam 5.30 petang semalam :
Selepas penafian JPN menerusi laman twitter rasmi milik agensi tersebut malaysiakini menerusi Zulaikha Zulkifli mengemaskini artikel asal yang ditulis oleh Nigel Aw pada jam 5.30 petang, di mana pada waktu itu gambar surat tersebut dikeluarkan.
Tetapi menariknya selepas dibidas (provokasi) ramai pihak menerusi laman twitter, laporan tersebut sekali lagi dikemaskini pada jam 6.40 petang di mana gambar surat palsu tersebut dimasukkan semula.
Hahaha...
Lap...talilap...tanplong!
Iklan biskut kata sekejap ada sekejap tak ada, apa motif malaysiakini itu tidak dapat dipastikan.
Tetapi yang pasti Mahfuz Omar sendiri mengatakan dia tidak pasti surat tersebut betul atau surat palsu. Ini langkah awal Mahfuz Omar untuk memastikan dirinya tidak didakwa jika JPN mengambil tindakan undang-undang di atas sidang media dia semalam.
"Saya tak tahu sejauh mana kebenaran surat ini tapi surat ini sampai kepada saya"Bahasa mudah fahamnya adalah, berdasarkan artikel semalam masyarakat hanya melihat Mahfuz Omar memohon penjelasan bukan membuat tuduhan kepada JPN, tetapi segi politik motif Mahfuz Omar dan malaysiakini ialah memberi persepsi buruk kepada JPN dan kerajaan memandangkan banyak keterangan saksi dalam RCI semakin hari semakin tidak memihak kepada mereka.
Siapa kata Mahfuz Omar bodoh hanya kerana berkelulusan SRP?
Kejap...belum habis lagi.
Kalau memang bodoh tetap takkan nampak cerdik, maka bodohnya Mahfuz Omar semalam adalah ayat akhir sidang media tersebut :
Hahaha...
Disebabkan angka pelik 71 ini, saya juga memohon penjelasan daripada pemimpin-pemimpin PKR bagaimana mereka memperolehi kerakyatan.
Pertama Datin Seri Wan Azizah, perlu beri penjelasan bagaimana datin masuk ke Malaysia, adakah ibubapa datin menaiki sampan semasa masuk ke Malaysia atau datin masuk dengan cara yang betul?
Pergh...macam lawyer dalam RCI gua tanya beb!
Ada lagi malaun-malaun yang perlu beri penjelasan antaranya :
Saya sebagai rakyat Malaysia pemegang kad pengenalan biru, mohon penjelasan berdasarkan kenyataan Mahfuz Omar sendiri, bukan kerana apa, ia adalah untuk keadilan seluruh rakyat Malaysia.
Reforbasi!
Hahaha...
Arios!
Wednesday, January 30, 2013
#RCISabah : Fakta Prosiding Yang Tidak Disiarkan, KP PAS Sabah Akui Mahfuz Omar Pengundi Hantu!
Sengaja lambat kemas-kini maklumat tentang RCI, kalau cepat-cepat update sudah tentu kita tidak dapat melihat aksi 'spinning' daripada media-media yang dibiayai oleh yahudi yang sehingga kini berusaha untuk mengjahanamkan negara.
Jika semalam Boo Su-Lyn secara terangan menokok-tambah laporan mengenai keterangan DSP Badaruddin, perhatian saya hari ini tertumpu kepada tiga berita berkaitan RCI yang dilaporkan malaysiakini.
Gambar di atas antara berita berkaitan RCI yang dipilih untuk dilaporkan oleh malaysiakini, yang mana kesemua laporan tersebut memberi persepsi negatif terhadap kerajaan.
Selain memberikan tanggapan negatif masyarakat terhadap kerajaan, ia turut menggambarkan betapa mudahnya untuk seseorang warga asing itu memperolehi IC biru di Malaysia.
Soalan : Benarkah pendatang asing mampu memperolehi IC dengan mudah sebaik saja datang ke Malaysia sebagaimana mudahnya anak Mahfuz Omar membeli bekalan dadah di Pokok Sena?
Berdasarkan berita yang dilaporkan malaysiakini, ia nampak mudah. Tetapi apa kata kita teliti pula keterangan saksi lain yang mana keterangan mereka sama sekali tidak akan disiarkan oleh malaysiakini begitu juga malaysia insider.
Jika malaysiakini hanya memilih keterangan daripada Nasir Yusof saksi ke-44 (SP44) dan Sioh Jabidi saksi ke-40 (SP40) dalam berita mereka. Saya 'up' sikit, di mana saya akan berikan fakta keterangan daripada empat orang saksi iaitu saksi ke - 38, 41,42 dan saksi ke-46.
Keterangan saksi (SP38) Lung Sim Yee :
1. Puan dilahirkan di China 27 Ogos 1959?
SP38 : Benar.
2. Adakah benar puan dilahirkan di China berdasarkan no ic kod kelahiran 74?
SP38 : Ya benar.
22. Adakah kamu setuju kamu menghadapi kesusahan untuk mendapat ic Malaysia walaupun kamu berkahwin dengan warga tempatan?
SP38 : Ya. Setuju.Kesimpulan keterangan daripada SP38 Lung Sim Yee yang memasuki dan tinggal di Sabah melalui proses teratur. Dia telah menjalani satu persatu prosedur permohonan taraf kewarganegaraan.
Ini membuktikan bahawa kerajaan telus menerima permohonan dan individu tersebut perlu melalui banyak prosedur walaupun ia berkahwin dengan warga tempatan.
Kita lihat pula keterangan SP41 Degon Bin Amy dan SP42 Nisa Binti Rahman :
Kedua-dua saksi adalah pendatang dari Filipina yang beragama Islam selain tidak memiliki apa-apa dokumen walaupun telah 10 tahun tinggal di Sabah.
Kedua-dua saksi ini juga masih ditahan dan sekarang berada di Pusat Tahanan Sementara menunggu proses pengusiran.
Kesimpulan daripada keterangan SP41 dan SP42 jelas bahawa kerajaan tetap tidak memilih bulu walaupun pendatang tersebut beragama Islam, sekaligus menafikan tuduhan bahawa projek IC di Sabah bertujuan meramaikan pengundi Islam.
Keterangan Saksi ke-46 iaitu Ketua Pemuda PAS Lahirul Bin Latigu :
Adakah sijil lahir daftar lewat?
SP46 : Saya tidak pasti.
Setuju adakah kamu generasi kedua dari satu perkahwinan tempatan dan aisng?
SP46 : Ya, sekolah rendah dan menengah di Beaufort dan seterusnya di UUM. Berjawatan sebagai Ketua Pemuda Pas sejak 2009.
Adakah benar mykad kamu bernombor 760719-12-5747 dan dapat dari JPN dan pernah pegang kad pengenalan biru H0922390?
SP46 : Ya.
Pernah ke mahkamah untuk memohon dapat pengesahan mahkamah sebelum IC dibuat?
SP46 : Tidak pernah.
Melalui blog banyak pihak meragui kesahihan IC kamu?
SP46 : Ya.
Ada report polis tehadap kamu, ada atau tidak polis panggil untuk siasat kamu?
SP46 : Tidak
Tahu atau tidak pendatang asing yang baru masuk sabah dan dapat IC?
SP46 : Tidak
Ada pernah keluarkan kenyataan akhbar mengenai pengundi hantu?
SP46 : Tidak, tidak tahu mengenai pengundi hantu.
Tahu atau tidak mana-mana pendatang tanpa izin yang dapat IC dan didaftarkan sebagai pengundi?
SP46 : TIDAK TAHU.Kesimpulan daripada keterangan Ketua Pemuda PAS yang mana IC miliknya diragui oleh pihak tertentu dan disiarkan di laman-laman blog bahawa, dia tidak tahu mengenai pengundi hantu malah langsung tidak tahu terdapat pengundi hantu.
Kenapa agaknya saksi-saksi ini tidak dipilih untuk dijadikan laporan dalam berita di laman malaysiakini dan malaysia insider?
Jadi siapa hantu?
Tunggu lima trivia JPN esok, yang akan membuktikan bahawa Mahfuz Omar bukan sahaja hantu, tapi dia adalah jelmaan jin aprit!
Hahaha...
Mana dapat kepala surat tu Mahfuz?
Husam Musa Akui Minyak Berada di Perairan Vietnam Pada Tahun 1992 - #TukarKelantan
Hahaha...
Keratan akhbar di atas bukan dari Utusan Melayu, bukan juga dari Berita Harian jauh sekali Harian Metro.
Tetapi ia adalah keratan akhbar Harakah bertarikh 28 Ogos 1992 yang ditulis oleh Husam Musa.
Apa yang ditulis dalam artikel di atas?
Katanya minyak ditemui di pantai Kelantan, tetapi blok PM3 berada 103 km di tengah laut. Kawasan itu adalah kawasan yang terlibat dengan tuntutan bertindih VIETNAM.
Hasil daripada perundingan KERAJAAN MALAYSIA dan VIETNAM maka wujudlah persefahaman pertukaran SURAT CARA antara dua negara dan kawasan itu dinamakan CAA (Commercial Arangement Area).
Bukankah itu bermaksud Husam Musa memperakui bahawa minyak tersebut berada di perairan negara lain dan bukannya perairan Kelantan?
Hahaha...
Jadi tak hairanlah jika Dato Husam Musa berkata akan berusaha gali sendiri mengeluarkan minyak yang ditemui di Kota Bharu tempoh hari.
Hahaha...
Nok suko weii luk!
Mat Jek kato di blog Tukar-Kelate :
Mat Jek kato di blog Tukar-Kelate :
Tajuk Harakah "Minyak Ditemui Di Pantai Kelantan" bertarikh 28 Ogos 1992 ini adalah tulisan Husam Musa sendiri. Katanya minyak ditemui di pantai Kelantan tetapi Blok PM 3 berada 103 km di tengah laut. Kawasan itu adalah kawasan yang terlibat dengan tuntutan bertindih VIETNAM.
Hasil daripada perundingan KERAJAAN MALAYSIA dan VIETNAM maka wujudlah persefahaman pertukaran SURATCARA antara dua negara dan kawasan itu dinamakan CAA (Commercial Arangement Area).
Jadi apa LOCUS STANDI KELANTAN untuk tuntut minyak yang didapati disini? Minyak bukan sahaja ditemui di luar perairan Kelantan malah ia juga di luar Wilayah Malaysia dan berada di ZON EKONOMI EKSLUSIF MALAYSIA... HOK MUDAH NI PON BULIH DIA GUNA UNTUK JAJA SENTIMEN ROYALTI...... Beratt laaa gini gakkk wehh!!
Label:
BN,
Husam Musa,
Kelantan,
PAS,
royalti
Mahasiswa & NGO Bantu Realisasikan Tranformasi Rakyat Menerusi #JelajahAnakMalaysia
Program Jelajah Anak Malaysia yang bertemakan Transformasi Rakyat akan diadakan dari 30 Jan hingga 12 Mac ini bertujuan untuk memastikan anak muda dapat berkongsi pengalaman dan merasa sendiri denyut nadi rakyat di seluruh Malaysia.
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, program tersebut turut mendapat sokongan daripada 46 NGO yang akan bersama menjayakan jelajah kali ini.
Menurutnya lagi, program itu akan dijalankan dalam tiga bentuk fasa iaitu 30 Januari hingga 16 Februari di Semenanjung Malaysia, 25 Februari hingga 3 Mac(Sarawak) manakala 5 hingga 12 Mac di Sabah.
Terdapat 11 kategori aktiviti ketika kami menjalani program tetapi program yang utama adalah Pusat Perkhidmatan Rakyat (Rakyat Service Centre).
Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama menyokong gerakan anak muda ini dan berilah mereka peluang untuk merasai sendiri pengalaman bersama rakyat akar umni disepanjang perjalanan mereka.
Kita doakan semoga mereka berjaya dan terus berjaya kerana mereka inilah yang akan memimpin negara ini pada masa akan datang. - PDTM
Insyaallah...
Ikuti laporan terkini dari blogger yang turut menyertai konvoi tersebut :
Facebook : http://www.facebook.com/JelajahAnakMalaysia
Twitter : @JTranformasi
Website : Jelajah Anak Malaysia
Label:
umum
Tuesday, January 29, 2013
#RCISabah : Boo Su Lyn The Malaysian Insider SPIN Keterangan Saksi
Inilah antara sebab kita jangan terlalu mudah percaya dengan setiap laporan yang dikeluarkan oleh media pembangkang. Terutama sekali laporan dari Malaysiakini dan The Malaysian Insider.
Selain banyak guna pengikat kata pada setiap perkataan laporan wartawan mereka kadangkala ditokok tambah supaya memberi kelebihan kepada pihak mereka.
Laporan pendengaran awam prosiding RCI untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah yang ditulis oleh Boo Su-Lyn sebagaimana dipaparkan dalam gambar (atas) adalah antara laporan 'media spinning' untuk memburukkan kerajaan dan SPR.
Laporan Boo Su-Lyn berbunyi :
A then-Sabah National Registration Department (NRD) director sold 16,000 NRD receipts for more than RM1million that enabled immigrants in Sabah to vote, the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants heard today.Hahaha...
Mungkin Boo Su-Lyn pekak atau sengaja buat-buat pekak. Kerana sepanjang prosiding siang tadi keterangan saksi ke-34 (SP34) iaitu DSP Badaruddin Peg. Turus 1 Intelligent Technical IPK Kelantan tiada menyebut bahawa Ramli Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA mengaku mengeluarkan 16,000 resit dokumen untuk tujuan UNDI!
Antara transkrip asal keterangan yang diberikan SP34 :
1. Tuan bertugas di mana sekarang dan sebagai apa?
SP34 : Peg. Turut 1 Intelligent Technical di IPK Kelantan selama 17 tahun.
2. Apakah tugas-tugas tuan?
SP34 : Selain pentadbiran saya juga melakukan risikan keselamatan.
3. Adakah tuan ingat ketika bertugas di Bukit Aman, tuan terlibat dengan ops khas?
SP34 : Yang saya tahu mengenai pengeluaran IC secara salah di Sabah.
4. Apa peranan tuan dalam ops tersebut?
SP34 : Saya menjalankan temubual dengan tahanan.
5. Tujuan untuk temubual?
SP34 : Membuat risikan dan intelligence repot.
6. Adakah tuan ingat berapa orang ditangkap?
SP34 : Saya tidak tahu.
7. Mereka ditangkap di bawah Akta apa?
SP34 : Akta ISA.
8. Siapa yang tuan temubual?
SP34 : Ramli Kamaruddin adalah Ketua Pengarah JPN Sabah ketika itu.
9. Berdasarkan keterangan adakah Ramli terlibat sama dengan pengeluaran IC secara tidak teratur?
SP34 : Yang saya maklum Ramli terlibat dengan pengeluaran resit KP19 dan KP11. KP19 untuk renew IC dan KP11 untuk IC hilang.
10. Berapa banyak resit dikeluarkan?
SP34 : 16,000 resit dikeluarkan kepada individu-individu pendatang asing iaitu India, Indonesia, Pakistan dan lain-lain.
11. Motif pengeluaran IC tidak teratur?
SP34 : Untuk duit, keuntungan.
12. Adakah bayaran dibuat kepada En.Ramli?
SP34 : Setiap resit dikenakan RM250.
13. Motif keluarkan resit ini?
SP34 : Untuk keuntungan saja.
14. Berapa jumlah keuntungan diperolehi?
SP34 : Lebih kurang RM1 juta.
13. Adakah Ramli mendedahkan sesiapa ada beri arahan untuk berbuat demikian?
SP34 : Ramli mendedahkan beliau buat atas keuntungan sahaja.
14. Adakah nama-nama orang lain atau ahli politik disebut terlibat bersama Ramli?
SP34 : Tiada.
15. Adakah Ramli bekerjasama dengan SB ketika ditemubual?
SP34 : Bekerjasama dengan baik dan ikhlas.
Boo Su-Lyn walaupun you seksi, cantik. Tapi sayang you
Moron punya reporter!
Artikel sebelum : Bekas Pengarah JPN raih RM1 juta - Tiada pemimpin politik terlibat
#RCISabah : Bekas Pengarah JPN Mengaku Raih Lebih RM1 Juta Hasil 'Projek IC'
Sessi kedua prosiding pendengaran awam Suruhanjaya di Raja (RCI) hari ini dikejutkan dengan pengakuan saksi ke-33 (SP33), Datuk Hj Ibrahim bin Hj Zakaria yang kini bertugas sebagai 'Head Of Special Branch Sarawak'.
Sekitar 1994-1996 satu Ops Khas dijalankan di mana seramai 94 orang telah ditahan kerana terlibat dengan pengeluaran IC kepada warga asing, di mana 24 daripada mereka adalah kakitangan JPN.
SP33 yang menjalankan sessi temuduga (soal siasat) ke atas Haji Raof Sani, bekas Pengarah JPN Sabah memberitahu bahawa hasil soal siasat ke atas Hj Raof, sebanyak 6,305 keping IC telah dikeluarkan tidak mengikut prosedur dan sebanyak RM1,673,00.00 (RM1.6 juta) telah diperolehi hasil perbuatan tersebut.
Selain itu perkara Haji Raof turut menyatakan bahawa tiada arahan yang diterimanya untuk menjalankan kerja-kerja tersebut. Sebaliknya perbuatan ini dilakukan semata-mata kerana hasil keuntungan yang lumayan.
Kenyataan saksi lain yang kita perlu fokuskan adalah dari saksi yang ke-34 iaitu DSP Badaruddin yang kini bertugas sebagai Peg. Turus 1 Intelligent Technical di IPK Kelantan, di mana pada tahun 1994-1996 beliau turut ditugaskan menemubual tahanan ISA.
Hasil temubual ke atas Ramli Kamaruddin (bekas Ketua Pengarah JPN Sabah), Ramli Kamaruddin mengatakan sebanyak 16,000 resit dikeluarkan KP19 dan KP11 (KP19 untuk pembaharuan IC, KP 11 untuk kehilangan IC) kepada individu-individu asing iaitu India, Pakistan, Indonesia dan lain-lain.
Pendatang-pendatang ini dikenakan bayaran sebanyak RM250 untuk setiap resit, pada waktu itu juga Ramli Kamaruddin turut mengakui perbuatan tersebut dilakukan berdasarkan keuntungan semata-mata dan tiada arahan atau penglibatan mana-mana ahli politik.
Justeru itu, kenyataan yang diberikan oleh mereka tempoh hari jelas bias untuk menyalahkan pihak lain di atas kesalahan yang dilakukan, kerana jika benar wujudnya penglibatan orang politik.
Kenapa ia tidak dinyatakan dalam keterangan sepanjang soal siasat dijalankan ke atas mereka di awal-awal penahanan mereka?
Makin lama makin menarik, makin lama makin jelas bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang dari dulu hingga sekarang merupakan tuduhan palsu untuk memburuk-burukkan kerajaan.
Seperti yang saya tekankan sebelum ini, isu 'Projek IC' hanya diperjuangkan oleh pembangkang setiap kali tibanya pilihanraya.
Jangan terkejut jika esok lusa, Lim Kit Siang akan berdemo menyalahkan Kementerian Dalam Negeri kerana memberikan IC kepada Mr.Bean.
KAH...KAH...KAH
Monday, January 28, 2013
Beli Tanah Macam Beli Gula - Peguam #UMB Bantu Mangsa Penipuan ADUN PAS
Ada, hang nak berapa...?
Bak mai sekilo...?
Hang nak resit dak ni...?
Nak la, itu kan bukti pembelian...
Nah hang amik resit ni dulu noo...
Nanti ceq bagi yang rasmi dari pejabat tanah..
Tadaaa...!
Resit yang dikeluarkan oleh pejabat ADUN PAS ini boleh diperolehi di mana-mana 7 Eeleven. |
Itulah situasi yang berlaku di Kedah untuk menggambarkan taktik licik penipuan YB PAS Kupang dalam urusan pembelian tanah yang telah menyebabkan penduduk kampung Iboi mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.
Ini antara aduan yang dibuat sendiri oleh penduduk kampung tersebut kepada peguam Tun Ammar, penasihat undang-undang UMB di dalam satu forum yang dianjurkan 2 hari lepas bagi mencari penyelesaian terhadap permasalahan yang dialami oleh penduduk di sana.
Jefrizal Jaafar (PSU Pemuda Kuala Langat) & Tun Ammar (tengah) dan Ketua Pemuda Baling Khairul Anuar, menunjukkan dokumen palsu yang dikeluarkan pejabat ADUN. |
Baca kesudahan [sini]
Ini baru betul lawyer...
Chop...!
Rafizi Ramli menyalahkan UMNO di atas permohonan maaf yang dibuat olehnya semalam. Skrip yang digunakan pula adalah hampir sama dengan taktik yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebelum ini.
Ingat lagi tak semasa kontroversi kenyataan Anwar Ibrahim berhubung sokongan terhadap negara Israel di mana selepas satu artikel maaf disiarkan di laman blog miliknya yang telah dikecam oleh ramai pihak.
Penafian yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah :
Semalam Rafizi Ramli juga menggunakan skrip yang hampir sama, belum habis drama hack-hack blog dan facebook miliknya. Hari ini muncul pula Azmin Ali yang mendakwa laman blognya telah di hack :
Aik...
Esok jangan terkejut jika Wan Azizah, Nurul Izzah, Tian Chua hatta Mahfuz Omar sekali pun tampil mengatakan perkara yang sama.
Strategi baik punya dari Rafizi Ramli untuk tutup malu akibat maki-hamun dari penyokongnya sendiri selepas permohonan maaf yang dibuat semalam.
Mungkin benar perkara yang ditulis oleh TF di laman blognya :
Rakyat makin meluat dengan propaganda pelik mainan pembangkang. Terbaru, Mat Jambu Rafizi `RaRa' Ramli menyalahkan UMNO dan menuduh cybertroopers UMNO menggodam akaun facebooknya.
Apa punya propa la you main ni Rafizi? Sendiri hack, lepas tu salahkan orang lain ka?
Rakyat makin bijaklah. Jika mereka rajin meneliti propaganda dan sandiwara pemimpin pembangkang, mereka boleh mengesan beberapa persamaan tertentu.
Mari lihat persamaan insiden ini dengan beberapa insiden yang lain yang melibatkan mahasiswa pro-pembangkang sebelum ini.
[Baca insiden dan taktik yang sama sampai habis]RaRa...?
Seksi la nama timangan you bro Rafizi Ramli...
Hahaha...
Label:
Kedah,
Pakatan Rakyat,
PAS,
PRU13,
UMB
Sejak Bersama DAP, TG Nik Aziz Makin 'Up To Date' Sambut Hari Kelahirannya...
Happy birthday to you...
Happy Birthday to you...
Mungkin dek kerana kelunakan suara Karpal Singh mendendangkan lagu 'Happy Birthday' membuatkan 'Tok Guru' tiba awal 30 minit dari waktu yang dijanjikan untuk meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-82 bersama Karpal Singh di kediaman Karpal semalam.
Hahaha...
Saya tidak pasti sama ada Karpal Singh menyanyikan lagu Happy Birthday, Karpal turut mendendangkan lagu "Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Pok Nik" sebagai simbolik persetujuan Pok Nik untuk Kristian menggunakan kalimah Allah sebelum ini.
Tidak kiralah lagu apa yang dinyanyikan oleh Karpal untuk Nik Aziz.
Tetapi 'hikmah' di sebalik tindakan 'Tok Guru' meraikan ulang tahun kelahiran bersama Karpal semalam. Rata-rata melahirkan rasa lega kerana harga kek 'Tok Guru' kali ini tidak mencecah ribuan ringgit macam dulu :
Namun tahukah di sebalik senyuman 'Tok Guru' tatkala memotong kek semalam, sebarnya masih ada rakyat di kawasan yang diwakilinya iaitu Dun Chempaka, tidak pernah sekali pun meraikan hari ulang tahun kelahiran.
Jauh sekali untuk merasai keenakkan kek black forest yang berharga RM3,100.00 hanya kerana hidup mereka penuh kedaifan walaupun setiap kali mengundi parti cap bulan juga yang dipilih oleh mereka.
Contohnya kisah hidup ibu tunggal bersama dua anak iaitu Kak Yam : [klik]
Layan lagu 'Hijrah' sempena ulang tahun penubuhan NGO #Tukar yang baru saja memasuki usia setahun pada 4 Februari 2013 :
Happy Birthday Pok Nik!
Sedap kor kek cap bulan & roket?
Napok macam sedap jah...
Hahaha...
Sunday, January 27, 2013
TERKINI : Rafizi Ramli Mengaku Fitnah Zahid Hamidi, Mohon Maaf di Facebook!
Rafizi Ramli akhirnya membuat permohonan maaf kepada Dato' Seri Zahid Hamidi di atas tuduhan palsu yang mengaitkan Zahid Hamidi mengambil wang caruman milik anggota tentera berjumlah RM130 juta.
Malah Rafizi Ramli turut mengatakan akan mengadakan satu sidang media esok pada jam 2.30 petang di Ibu Pejabat PKR.
Hahaha...
Pagi tadi bukan main samseng, konon nak lawan di court...
Memang hidup-hidup kena tipu...
Confirm dia akan kata facebook ke hack sebab ramai yang balun...
Hahaha...
Skrip lama!
Bible Guna Kalimah Allah di US?
Wycliffe Bible Translators, Summer Institute of Linguistics (SIL) and Frontiers di US telah mengeluarkan perkataan 'Father' and 'Son' dari cetakan terkini Bible mereka.
Namun telah mendapat tentangan hebat dari majoriti Kristian di US.
Khalid Samad patut malu apabila beria-ia mempertahankan penggunaan terjemahan God kepada Allah oleh Kristian dalam Bible.
Khalid Samad patut malu apabila beria-ia mempertahankan penggunaan terjemahan God kepada Allah oleh Kristian dalam Bible.
Label:
kalimah Allah,
Kitab Bible
Saturday, January 26, 2013
[VIDEO] : Single #iLLSellMyCountry Lagu Terbaru Anwar Ibrahim Selepas Tidak Mahu Pertahan Kerusi Permatang Pauh
Hahaha...
Ok...
Tak nak tulis panjang lebar, cuma nak beritahu jangan mudah terpukau dengan kenyataan Anwar Ibrahim kononnya tidak mahu pertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh.
Tengok sikit kenyataan yang hampir serupa pernah dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim...
Jeng...jeng...jeng
Pada 22 Mac 1982 iaitu 3 hari sebelum Bang Nuar Brahim menyertai UMNO dia menegaskan di hadapan ahli-ahli ABIM dalam satu majlis amal Bang Nuar Brahim tegas mengatakan ura-ura kononnya dia akan menyertai UMNO adalah bohong dan khabar angin.
Tetapi selepas majlis amal serta mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Pindaan Akta Pertubuhan di ibu pejabat ABIM, Bang Nuar Brahim secara senyap-senyap pergi berjumpa dengan Tun Mahathir.
Selepas itu secara mengejut dia menyertai UMNO, terduduk sahabat-sahabat ABIM dikencingnya...
Taktik ini Bang Nuar Brahim praktikkan pula menjelang Pemilihan UMNO apabila dia menyatakan bahawa dia tidak akan mencabar Allahyarham Tun Ghafar Baba untuk jawatan no.2 dalam UMNO, sebagaimana dilaporkan dalam akhbar NST bertarikh 25 April 1993.
Tidak cukup sekali pada 20 Mei 1993 sekali lagi NST melaporkan Bang Nuar Ibrahim berkata "I do not go all out to take on Ghafar Baba...this i want to make clear. I serve the party and i will bow its decision and wisdom".
Dalam Berita Harian pula bertarikh 12 Jun 1993 "keputusannya untuk tidak mencabar Timbalan Presiden (Ghafar Baba) adalah muktamad. Apakah ada apa-apa yang berubah, tiada yang berubah, ini kenyataan yang sama dari dulu, tidak ada tukar. Saya dah katakan sebelum ini".
Selepas itu Tun Ghafar Baba menyifatkan "Anwar sebagai individu yang tidak mementingkan diri". Tetapi secara tiba-tiba Bang Nuar Brahim pusing 360 darjah dengan membuat pengumuman bahawa dia bersedia untuk menentang Tun Ghafar Baba.
Terduduk Allahyarham Tun Ghafar Baba dibuatnya....
Sekarang tidak mahu pertahankan kerusi Permatang Pauh?
Jangan mimpi dia tidak pertahankan kerusi Permatang Pauh, kerana saya percaya sebaik tiba sahaja PRU13, Bang Nuar Brahim akan kata "saya terpaksa pertahankan kerusi Permatang Pauh kerana kehendak pengundi di sana".
Hahaha...
Budak-budak Angkatan Anak Muda Keliru (AMK) bolehlah percaya...
Alamak dah panjang lebar pulak...
Maafkan saya, kerana secara tak sedar tertulis panjang lebar...
Hahaha...
Layan single terbaru yang dijangka menduduki carta top 10 radio keldaian.fm :
Label:
Anwar,
BN,
Pakatan Rakyat,
PRU13
PR Hanya Ajak Berdemo, Tak Bantu Saya Dapatkan IC - Reshina
"Pembangkang hanya ajak berdemo, tidak bantu saya dapatkan IC" - itulah kata-kata mangsa manipulasi PR ketika demontrasi di JPN yang mengatakan seramai 500,000 kaum India di negara ini tidak memiliki kad pengenalan atau 'stateless'.
Bila kerajaan bantu kaum India menyelesaikan masalah dituduh pula kerajaan memberi kerakyatan kepada warga asing untuk undi BN dalam pilihanraya.
Mudah jadi pembangkang di Malaysia, pendek kata kerja mereka hanya perlu membangkang setiap usaha yang dilakukan oleh kerajaan. Tetapi dalam masa yang sama tiada satu cadangan yang lebih baik dikemukakan oleh mereka.
Patutlah orang kata pembangkang di Malaysia tidak berkualiti sebagaimana pembangkang di negara-negara lain.
Petikan Bernama :
Dua beradik B. Reshina, 18, dan B. Dinesh Kumar, 26, yang tercicir daripada mendapat MyKad hanya diperalat menyertai tunjuk perasaan tanpa mengetahui bahawa pembangkang tidak pernah membantu mereka memohon dokumen pengenalan diri.
Perkara itu didedah Perunding Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF) Datuk Siva Subramaniam, selepas majlis penyerahan MyKad kepada dua beradik itu oleh Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di sini, Jumaat.
Menurut Siva, dua beradik itu menyertai demonstrasi dengan harapan akan mendapat kewarganegaraan, tetapi hakikat adalah sebaliknya kerana pembangkang tidak pernah membantu mereka mengemukakan permohonan.
“Setelah berurusan terus dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kes mereka berjaya diselesaikan dalam tempoh seminggu sahaja. Jadi saya minta pihak berkenaan tidak memperalat kaum India lagi,” katanya.
Reshina sebelum ini pernah menjadi kontroversi apabila pembangkang mendakwa gadis itu berdepan masalah meneruskan persekolahan kerana status kewarganegaraannya, dan dijadikan alat untuk mengadakan demonstrasi di Jabatan Perdana Menteri pada Mei tahun lepas.
Ketika ditemui pemberita di sini, Reshina berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya mendapatkan MyKad.
“Sebelum ini saya agak sedih kerana terpaksa menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dengan menggunakan status warga asing. Dengan adanya MyKad ia akan memudahkan saya mengejar impian untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.
Sementara itu, Hishammuddin ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, berkata Kementerian Dalam Negeri telah menyelesaikan 62,604 kes permohonan kewarganegaraan yang tertunggak sejak 1997 hingga 2009, dan 44 peratus daripadanya mendapat kelulusan untuk hak kewarganegaraan.
Selain itu, kementerian juga berjaya menyelesaikan 109,044 permohonan daftar lewat kelahiran yang tertunggak sejak 2005 hingga 2009.
Hishammuddin berkata kementerian akan mengambil beberapa inisiatif untuk memudahkan proses dan permohonan berkaitan kewarganegaraan dan daftar lewat, termasuk mempergiat program turun padang terutama di Sabah, Sarawak, kawasan Orang Asli dan Siam serta program khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU).
Label:
BN,
Hishamuddin,
KDN,
mykad,
Pakatan Rakyat,
PRU13
Friday, January 25, 2013
Kematian Sugumar : 'Rahmat' Besar Buat PKR Untuk Salahkan Kerajaan @HishammuddinH2O @PDRMsia
Poster di atas adalah antara sentimen perkauman yang diarak semasa kes kematian A.Kugan suspek kes curi kenderaan yang mati semasa dalam tahanan polis sekitar tahun 2009.
Pada waktu itu pembangkang melalui PKR melalui N.Surendran dan Lathefa Koyya melemparkan pelbagai tuduhan kononnya PDRM zalimi orang India, PDRM dahaga darah orang India dan kerajaan tutup mata kezaliman ke atas Kugan.
Tujuannya untuk membangkitkan sentimen kebencian rakyat terutama kaum India kepada PDRM sekaligus pihak yang akan dipersalahkan secara total adalah kerajaan.
Akhir setelah siasatan dilakukan mendapati anggota yang terlibat mencederakan A.Kugan adalah anggota berbangsa India sendiri iaitu V.Navindran yang dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun kerana didapati bersalah mencederakan Kugan.
Sama adil atau tidak hukuman yang dijatuhkan ke atas pelaku, ianya adalah ketentuan mahkamah setelah meneliti hujah dan bukti yang dikemukakan.
Semalam pembangkang menerusi peguam cabuk mereka N.Surendran dan Latheefa Kooya kembali menjalankan peranan untuk menyerang agensi penguatkuasa kerajaan seperti PDRM dalam kes kematian Sugumar.
Seperti biasa Malaysiakini lidah rasmi pembangkang yang dibiayai oleh Soros adalah media utama yang melaporkan perkara ini.
Walaupun siasatan dan kenyataan rasmi PDRM belum dikeluarkn, Lathefa Koya awal-awal lagi menjadi hakim dengan mendesak anggota yang terlibat didakwa. Pendek kata belum tahu hujung pangkal Lathefa Koyaa 100% mempersalahkan anggota-anggota yang terlibat.
YB Manikavasagam yang sebelum ini menipu kononnya 500,000 orang India tiada IC turut tidak melepaskan peluang untuk memperlihatkan kepada masyarakat bahawa PDRM yang berada di bawah kerajaan BN menzalimi si mati.
Skrip yang digunakan adalah "tangan si mati masih bergari" ketika dia mengikuti keluarga Sugumar membuat pengecaman.
Ini semua tindakan awal untuk mencipta persepsi bahawa PDRM bertindak zalim ke atas rakyat selepas itu mereka akan meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail bertanggungjawab dalam kes ini.
Sebaik sahaja selesai mengheret Ketua Polis Negara di atas kematian Sugumaran, percayalah pembangkang akan mengheret DS Hishammuddin Tun Hussein selaku menteri bertanggungjawab.
Dan akhir sekali, pihak yang harus bertanggungjawab di atas segala kesalahan ini adalah kerajaan BN dan mereka akan mendesak serta merayu supaya rakyat memberi mereka mandat untuk menjadi kerajaan dalam PRU akan datang.
Skrip dan modus operandi mereka tetap sama, segala tindakan yang dilakukan semuanya berkepentingan politik. Malangnya masih ada rakyat yang percaya segala tindakan yang dilakukan pembangkang.
Jadi PDRM dan menteri terbabit bersedialah dari sekarang, kematian Sugumar merupakan satu 'rahmat' buat pembangkang memandangkan mereka sudah kehabisan isu untuk memburuk-burukkan kerajaan.
Kenyataan rasmi PDRM berhubung kematian Sugumar :
Jangan hairan jika PDRM akan dicop sebagai anjing, walaupun mereka baru sahaja memuji PDRM ketika Himpunan Pakatan Rakyat 112 tempoh hari.
Hahaha...
Label:
BN,
Pakatan Rakyat,
PDRM,
PRU13
Wednesday, January 23, 2013
#RCISabah : Azmin Ali Gelabah Kerana Buku Lest We Forget 'Projek IC' Kaitkan Anwar Ibrahim
Sambung dari artikel sebelum [SINI]
Sebagaimana saya katakan dalam artikel sebelum bahawa pusingan pertama pendengaran awam Suruhanjaya di Raja (RCI) di Mahkamah Tinggi Sabah sepanjang 5 hari dengan keterangan dari 29 orang saksi, ianya telah menimbulkan lebih banyak persoalan.
Reaksi gelabah Azmin Ali yang cuba 'menyingkirkan' nama Anwar Ibrahim dalam 'Projek IC' juga menimbulkan tanya-tanya. Menurut Azmin Ali ada pihak yang akan mengaitkan Anwar Ibrahim dalam projek tersebut walaupun keterangan dari 29 orang saksi sepanjang pusing pertama RCI, tiada seorang pun mengaitkan Anwar Ibrahim.
Pihak manakah yang dimaksudkan oleh Azmin Ali akan mengaitkan Anwar Ibrahim dalam 'projek IC' tersebut?
Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu menyusuri kronologi 'Projek IC' walaupun sehingga ke hari ini tiada satu senarai nama dan nombor IC yang dituduh dipalsukan dikemukakan sebagai bukti.
Jangan Kita Lupa 'Gagasan Sabah Baru'
Kita tidak boleh menafikan bahawa sekitar pada tahun 1994 gabungan Tun M dan Anwar Ibrahim telah memberi janji 'Gagasan Sabah Baru' dan dicetuskan dalam manifesto BN semasa Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah 1994.
Lim Kit Siang mengkritik Anwar Ibrahim dan BN pada 15 Februari 1994 kerana memberi janji dan harapan palsu kepada rakyat negeri Sabah antara janji yang dipertikaikan oleh Kit Siang adalah 'BN akan membasmi kemiskinan di Sabah dalam masa 6 tahun.
Melalui manifesto 'Gagasan Sabah Baru' dan peranan Anwar Ibrahim, Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah 1994 menyaksikan BN merampas kuasa dari PBS setelah 4 penggal berkuasa - apabila beberapa ADUN mereka bertindak melompat ke dalam BN dan ada yang menubuhkan parti sendiri.
Untuk rekod sebelum itu dalam tahun 1990 - PBS telah memenangi 25 kerusi, manakala BN 23 kerusi, selepas itu PBS meninggalkan BN dengan menyertai Gagasan Rakyat yang dianggotai oleh Semangat 46 dan DAP.
Selepas insiden lompat-melompat, PBS hanya tinggal 3 orang wakil rakyat iaitu Maxismus Ongkili, Joseph Pairin dan Datu Amirkahar Tun Datu Mustapha.
Dalam keadaan ini Pairin tiada pilihan selain melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 17 Mac 1994 di mana ia menggemparkan rakyat Sabah.
Tahun 1990 hingga 1994 merupakan tahun yang dikatakan wujudnya 'Projek IC' untuk memenangkan BN di Sabah oleh beberapa saksi yang memberi keterangan dalam prosiding RCI.
Individu yang memainkan peranan penting dalam kejayaan BN dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri di Sabah tahun 1994 adalah Anwar Ibrahim.
Adakah Azmin Ali tahu bahawa Anwar Ibrahim antara individu yang berperanan dalam 'Projek IC' kerana umum mengetahui betapa kuatnya pengaruh Anwar Ibrahim waktu itu.maka tidak hairanlah awal-awal lagi Azmin Ali tampil menyatakan ada pihak akan mengaitkan Anwar Ibrahim?
Persoalan ini wajar ditimbulkan lebih-lebih lagi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Anwar Ibrahim memberitahu kebenaran tentang pendatang tanpa izin kepada RCI :
"beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah". - Datuk Seri Salleh Said Keruak
PBS Kaitkan Anwar Ibrahim
Siapakah yang mengaitkan Anwar Ibrahim dalam 'Projek IC', adakah ia benar-benar berlaku atas restu pemimpin kerajaan atau ia sekadar teori yang dimainkan oleh pembangkang?
Selain Mutalib, Dr. Cheong Eng Leong (bekas pemimpin PBS kini AJK PKR) merupakan individu yang mensensasikan teori 'Projek IC' ini dengan mengatakan ia wujud untuk menangkan UMNO di Sabah melalui buku Lest We Forget yang dihasilkan sekitar 2006, menariknya antara individu yang dikatakan terlibat dalam 'Projek IC' adalah Anwar Ibrahim sendiri.
Hal ini turut dilaporkan Malaysiakini bertarikh 21 Mei 2011 - malah Anwar Ibrahim dalam kenyataan tersebut berkata tiada sebab untuk kita halang individu yang telah tinggal 20-30 tahun dari diberi kerakyatan :
Pada awalnya Anwar Ibrahim percaya bahawa kerajaan tidak akan menubuhkan atau menyiasat sepenuhnya hal ini kerana melibatkan Kementerian Dalam Negeri. Tetapi jangkaan Anwar Ibrahim nampaknya meleset, ternyata PM benar-benar mahu satu siasatan menyeluruh dalam kes 'Projek IC'.
Mungkin kerana terlalu prihatin dengan kehendak rakyat terutama anak Sabah, lebih-lebih lagi hasil inkuiri yang pernah dijalankan pada Februari 1997 oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen ke atas sejumlah penjawat awam yang ditahan bawah ISA tidak pernah didedahkan kepada umum.
Maka PM DS Najib Tun Razak bertindak drastik menubuhkan RCI sekaligus menepati konsep tranformasi yang dilaungkan.
Tahun 1997 merupakan era Anwar Ibrahim masih berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri, waktu itu juga inkuiri tersebut menyaksikan keengganan pegawai JPN untuk hadir beri keterangan.
Satu lagi persoalan timbul, kenapa ketika Anwar Ibrahim berkuasa hasil inkuiri yang dijalankan tahun 1997 tidak didedahkan kepada umum?
Adakah puak pembangkang sedar perkara ini?
Bukan sekali, bukan dua kali bahkan sudah berkali-kali 'Projek IC' timbul. Bermula 'Projek IC 60an, Projek IC 80 an hinggalah Projek IC 90 an' tiada satu bukti atau senarai nama yang dikemukakan.
Sebaliknya peristiwa dan kisah 'Projek IC' ini berkisar kepada 'hear-say' sebagaimana saya katakan sebelum ini, isu ini hanya menjadi panas setiap kali tibanya Pilihan Raya Umum.
Satu paparan dari tahun 2008 menjelang Pilihan Raya Umum saya pertontonkan kepada saudara.
Sebagai penutup untuk episod ini, jika pembangkang mendesak Tun Mahathir disepina supaya hadir memberi keterangan berhubung isu ini.
Wajarlah Anwar Ibrahim juga turut disepina kerana beliau merupakan pencatur kemenangan Pilihan Raya Undangan Negeri Sabah tahun 1994.
Lebih-lebih lagi namanya turut dikaitkan dalam buku Lest We Forget.
Bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)
HOT MINGGU INI
-
SETELAH tiga minggu kontroversi plat PATRIOT menyepi selepas dijawab oleh pihak JPJ dan YPNM sekaligus menutup mulut dua wakil rakyat ...
-
Jam 5.00 Petang nanti saya akan ke Persidangan Parti-parti Politik Asia (ICAPP) yang untuk mengikuti perkembangan serta persidangan yang be...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
-
Inilah dunia bloggers, kita beranggapan diri kita saja yang betul - hanya pendapat kita yang betul, pendapat orang lain adalah salah. Kr...
-
Isu No.Plat RM520k : Blogger Brader Jai Cabar Student Yang Kata Sultan Johor 'BODOH' Main Paintball?Siapakah identiti mahasiswa yang telah menghina Sultan Johor ini? Brader Jai ada jawapannya! Gara-gara sebuah nombor plat WWW1 yang men...
Mesti Baca All Time HOT Artikel
-
Kita lari sekejap dari kes Adam Adli, SMM, Anwar Ibrahim dan bla bla bla... Sekali-sekala saya pun teringin mengajak saudara pembaca un...
-
Paparan video tukang gunting rambut perempuan dalam video di bawah adalah rakaman secara curi-curi oleh blogger KCW Perigi Timur di negeri ...
-
Ramai menghantar emel kepada saya termasuk ibu bapa yang meminta saya memaparkan keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam demontrasi di...
-
Umum tahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahka...
-
Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama glamour Ustaz Mc Dee dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Terengganu pagi tadi. Me...
-
Saya tertarik beberapa posting dari laman Facebook 'Pseidoscience Watch' yang mengatakan produk B17 tidak berkesan dan menipu...
-
Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatka...
-
Masih dalam mood raya lagi... "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh menyembah bumi juga"... mungkin inilah pepatah ya...
-
Sekadar berkongsi rakaman dari seorang rakan yang kini berada di Australia, menurut rakaman yang dimuat naik di laman Facebook milikny...
-
(Edit on 05/07/2013 - Beberapa gambar diturunkan di atas permintaan wakil pelajar, di atas keberanian mereka membuat pendedahan ini, saya ...
RECOMMENDED
-
-
-
-
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh11 months ago
-
-
-
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi4 years ago
-
-
-
-
-
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif8 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]
Arkib Artikel Kawe...
-
▼
2013
(260)
-
▼
January
(38)
- #RCISabah : Terkini Lima Trivia JPN Buktikan @Mahf...
- #RCISabah : JPN Lapor Polis, Kerana @MahfuzOmar - ...
- #RCISabah : Fakta Prosiding Yang Tidak Disiarkan, ...
- Husam Musa Akui Minyak Berada di Perairan Vietnam ...
- Mahasiswa & NGO Bantu Realisasikan Tranformasi Rak...
- #RCISabah : Boo Su Lyn The Malaysian Insider SPIN ...
- #RCISabah : Bekas Pengarah JPN Mengaku Raih Lebih ...
- Beli Tanah Macam Beli Gula - Peguam #UMB Bantu Man...
- Sejak Bersama DAP, TG Nik Aziz Makin 'Up To Date' ...
- TERKINI : Rafizi Ramli Mengaku Fitnah Zahid Hamidi...
- Bible Guna Kalimah Allah di US?
- [VIDEO] : Single #iLLSellMyCountry Lagu Terbaru An...
- PR Hanya Ajak Berdemo, Tak Bantu Saya Dapatkan IC ...
- Kematian Sugumar : 'Rahmat' Besar Buat PKR Untuk S...
- #RCISabah : Azmin Ali Gelabah Kerana Buku Lest We ...
- #RCISabah : Azmin Ali Gelabah, Antara Fakta Yang T...
- Presiden NGOk 'R' Buat Malu 30k Pengikut - Takut S...
- #RCISabah : Keterangan Saksi Bekas Tahanan ISA Mer...
- Kickdefella Sahut Cabaran Debat Isu Royalti Petroleum
- Hina Islam : Mudahnya Patrick Teoh Minta Maaf - Nu...
- OK! #Listen @KhalidSamad Tak Mengaku Sokongan Kris...
- [FOTO] : Satu Lagi Bantuan Untuk Golongan Belia #BL1M
- [FOTO] : Kantoi Lagi #KL112 - @tianchua Tak Yakin ...
- NGO Marah Tindakan PAS Pajak Tanah Kepada DAP - #T...
- [VIDEO] : Termasuklah @Abby_Abadi112 Yang Cari...?...
- Dulu Solat Berkiblatkan Bangunan SUK Perak, Kini P...
- Langgar Syarat Polis - Apakah Tiada Tindakan Terha...
- #KL112 : Bukti Bergambar Kanak-Kanak Diekploitasi ...
- PKR Tidak Bertanggungjawab di Atas Keselamatan Pes...
- @SHEBMALAYSIA Bantu Belia Kota Miliki Lesen Memand...
- Ganggu Minggu Peperiksaan Mahasiswa Tolak Perhimpu...
- Himpunan Pengacau Negara #KL112 Haram Dari Segi Islam
- @DrNovandri Kalah Sebab Tiada Peguam, Bukan Sebab ...
- [VIDEO] : Pendedahan Terakhir Skandal Tabung Memal...
- [VIDEO] : #TukarKelantan - DAP Dapat Tanah, Pak Hu...
- [FOTO] : Tiada Pemimpin Lebih 'Zuhud' Dari Nik Azi...
- #TukarKelantan #PRU13 : Cina DAP Lebih Untung Dari...
- #TukarKelantan : Penduduk Demontrasi Bantah Keraja...
-
▼
January
(38)