Di sebalik langkah terdesak pembangkang yang cuba untuk meraih sokongan golongan mahasiswa dengan menyebarkan risalah supaya mahasiswa turun menyertai Perhimpunan KL112 yang dijadualkan sabtu ini.
Beberapa wakil mahasiswa secara terbuka menempelak penganjur perhimpunan tersebut kerana telah menganggu minggu peperiksaan selain mencetuskan rasa tidak senang di kalangan mahasiswa.
Malah rata-rata mahasiswa yang ditemui menolak sebarang bentuk perhimpunan jalanan yang kebanyakkan daripadanya berakhir dengan kekecohan sebagaimana berlaku di dalam rusuhan Bersih 3.0 sebelum ini.
Dari Portal MyMahasiswa :
Perhimpunan KL112 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini mencetuskan rasa tidak senang mahasiswa
Mohd Wafiy, mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata " Mengikut keadaan semasa sekarang mahasiswa sudah pun dibenarkan berpolitik.Melalui pindaan AUKU ini,itu sudah menjadi hak mahasiswa"
"Tapi sebagai mahasiswa kita harus fikir yang mana menjadi keutamaan dahulu samada pembelajaran mahupun dari sudut perjuangan politik"
"Jika bicara soal demonstrasi semasa minggu peperiksaan,adakah ia bagus untuk setiap mahasiswa menzahirkan penguasaan dalam sudut akademik" tambahnya.
Dalam temuramahnya bersama wartawan di UIA semalam,beliau juga turut mengulas bahawa perjuangan politik sehingga mampu menganggu penguasaan mahasiswa dalam akdemik bukanlah perjuangan politik yang baik.
Beliau turut mengajak mahasiswa muhasabah kembali sejauh mana kemampuan mahasiswa."Kita mampu berdemo,kita mampu menyuarakan pendapat kita tapi hakikatnya nanti kalau kita gagal berjaya untuk bergraduasi dari mana-mana universiti,kita takkan kemana-mana".
"Kita ambil satu contoh sekiranya seorang itu berjuang sebagai seorang pejuang mahasiswa yang hebat tapi gagal apabila di penghujung karier akademik,saya fikir selepas itu karier politik beliau tidak akan kemana-mana"
"Masyarakat akan melabel sebagai seorang pejuang mahasiswa yang gagal dari sudut akademik. Jika aspek akademik gagal dikuasai,jadi wadah untuk perjuangan masyarakat berilmu yang kita perjuangkan,wadah kebebasan akademik yang diperjuangkan itu tidak kemana " ujarnya.
[Selanjutnya]
1 comment:
sipa yang suruh hampa pi??bangang punya orang
Post a Comment