"Pembangkang hanya ajak berdemo, tidak bantu saya dapatkan IC" - itulah kata-kata mangsa manipulasi PR ketika demontrasi di JPN yang mengatakan seramai 500,000 kaum India di negara ini tidak memiliki kad pengenalan atau 'stateless'.
Bila kerajaan bantu kaum India menyelesaikan masalah dituduh pula kerajaan memberi kerakyatan kepada warga asing untuk undi BN dalam pilihanraya.
Mudah jadi pembangkang di Malaysia, pendek kata kerja mereka hanya perlu membangkang setiap usaha yang dilakukan oleh kerajaan. Tetapi dalam masa yang sama tiada satu cadangan yang lebih baik dikemukakan oleh mereka.
Patutlah orang kata pembangkang di Malaysia tidak berkualiti sebagaimana pembangkang di negara-negara lain.
Petikan Bernama :
Dua beradik B. Reshina, 18, dan B. Dinesh Kumar, 26, yang tercicir daripada mendapat MyKad hanya diperalat menyertai tunjuk perasaan tanpa mengetahui bahawa pembangkang tidak pernah membantu mereka memohon dokumen pengenalan diri.
Perkara itu didedah Perunding Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF) Datuk Siva Subramaniam, selepas majlis penyerahan MyKad kepada dua beradik itu oleh Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di sini, Jumaat.
Menurut Siva, dua beradik itu menyertai demonstrasi dengan harapan akan mendapat kewarganegaraan, tetapi hakikat adalah sebaliknya kerana pembangkang tidak pernah membantu mereka mengemukakan permohonan.
“Setelah berurusan terus dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kes mereka berjaya diselesaikan dalam tempoh seminggu sahaja. Jadi saya minta pihak berkenaan tidak memperalat kaum India lagi,” katanya.
Reshina sebelum ini pernah menjadi kontroversi apabila pembangkang mendakwa gadis itu berdepan masalah meneruskan persekolahan kerana status kewarganegaraannya, dan dijadikan alat untuk mengadakan demonstrasi di Jabatan Perdana Menteri pada Mei tahun lepas.
Ketika ditemui pemberita di sini, Reshina berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya mendapatkan MyKad.
“Sebelum ini saya agak sedih kerana terpaksa menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dengan menggunakan status warga asing. Dengan adanya MyKad ia akan memudahkan saya mengejar impian untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.
Sementara itu, Hishammuddin ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, berkata Kementerian Dalam Negeri telah menyelesaikan 62,604 kes permohonan kewarganegaraan yang tertunggak sejak 1997 hingga 2009, dan 44 peratus daripadanya mendapat kelulusan untuk hak kewarganegaraan.
Selain itu, kementerian juga berjaya menyelesaikan 109,044 permohonan daftar lewat kelahiran yang tertunggak sejak 2005 hingga 2009.
Hishammuddin berkata kementerian akan mengambil beberapa inisiatif untuk memudahkan proses dan permohonan berkaitan kewarganegaraan dan daftar lewat, termasuk mempergiat program turun padang terutama di Sabah, Sarawak, kawasan Orang Asli dan Siam serta program khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU).
1 comment:
Salam bro....
Didalam kita mengejar tahta pentadbiran...tidak kira dr parti mana sekali pn...jgn kita jual taraf kewarganegaraan....berikan kepada hanya yg betul2 layak....sbg kjaan...jgn takut dgn pembangkang....kerana mereka hanya mencari kesalahan...tidak kira apa yg kjaan lakukan....maka lakukan lah yg benar shj....dr bjb
Post a Comment