Poster di atas adalah antara sentimen perkauman yang diarak semasa kes kematian A.Kugan suspek kes curi kenderaan yang mati semasa dalam tahanan polis sekitar tahun 2009.
Pada waktu itu pembangkang melalui PKR melalui N.Surendran dan Lathefa Koyya melemparkan pelbagai tuduhan kononnya PDRM zalimi orang India, PDRM dahaga darah orang India dan kerajaan tutup mata kezaliman ke atas Kugan.
Tujuannya untuk membangkitkan sentimen kebencian rakyat terutama kaum India kepada PDRM sekaligus pihak yang akan dipersalahkan secara total adalah kerajaan.
Akhir setelah siasatan dilakukan mendapati anggota yang terlibat mencederakan A.Kugan adalah anggota berbangsa India sendiri iaitu V.Navindran yang dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun kerana didapati bersalah mencederakan Kugan.
Sama adil atau tidak hukuman yang dijatuhkan ke atas pelaku, ianya adalah ketentuan mahkamah setelah meneliti hujah dan bukti yang dikemukakan.
Semalam pembangkang menerusi peguam cabuk mereka N.Surendran dan Latheefa Kooya kembali menjalankan peranan untuk menyerang agensi penguatkuasa kerajaan seperti PDRM dalam kes kematian Sugumar.
Seperti biasa Malaysiakini lidah rasmi pembangkang yang dibiayai oleh Soros adalah media utama yang melaporkan perkara ini.
Walaupun siasatan dan kenyataan rasmi PDRM belum dikeluarkn, Lathefa Koya awal-awal lagi menjadi hakim dengan mendesak anggota yang terlibat didakwa. Pendek kata belum tahu hujung pangkal Lathefa Koyaa 100% mempersalahkan anggota-anggota yang terlibat.
YB Manikavasagam yang sebelum ini menipu kononnya 500,000 orang India tiada IC turut tidak melepaskan peluang untuk memperlihatkan kepada masyarakat bahawa PDRM yang berada di bawah kerajaan BN menzalimi si mati.
Skrip yang digunakan adalah "tangan si mati masih bergari" ketika dia mengikuti keluarga Sugumar membuat pengecaman.
Ini semua tindakan awal untuk mencipta persepsi bahawa PDRM bertindak zalim ke atas rakyat selepas itu mereka akan meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail bertanggungjawab dalam kes ini.
Sebaik sahaja selesai mengheret Ketua Polis Negara di atas kematian Sugumaran, percayalah pembangkang akan mengheret DS Hishammuddin Tun Hussein selaku menteri bertanggungjawab.
Dan akhir sekali, pihak yang harus bertanggungjawab di atas segala kesalahan ini adalah kerajaan BN dan mereka akan mendesak serta merayu supaya rakyat memberi mereka mandat untuk menjadi kerajaan dalam PRU akan datang.
Skrip dan modus operandi mereka tetap sama, segala tindakan yang dilakukan semuanya berkepentingan politik. Malangnya masih ada rakyat yang percaya segala tindakan yang dilakukan pembangkang.
Jadi PDRM dan menteri terbabit bersedialah dari sekarang, kematian Sugumar merupakan satu 'rahmat' buat pembangkang memandangkan mereka sudah kehabisan isu untuk memburuk-burukkan kerajaan.
Kenyataan rasmi PDRM berhubung kematian Sugumar :
Jangan hairan jika PDRM akan dicop sebagai anjing, walaupun mereka baru sahaja memuji PDRM ketika Himpunan Pakatan Rakyat 112 tempoh hari.
Hahaha...
3 comments:
Kenapa begitu mudah membuat tuduhan. Aku pernah tengok sekawan Chimpanzee menyerang satu sama lain...maknanya kemungkinan kaum sendiri menyerang dan membunuh sesama sendiri lebih tinggi, saperti myanmar sama myanmar, vietnam sesama mereka bergaduh dan berbunuhan.
Melayu tidak lahir untuk menzalimi India atau Cina. atau India diMalaysia dilahirkan untuk berdendam dan menyakat Melayu. Cuma politikus kotor saperti Koya sahaja yang akan terjun kedepan membuat segala fitnah dan provokasi.
Inilah sikap pembangkang yang membuatkan orang muak, terlalu cepat menghukum sedangkan siasatan rapi belum dijalankan.
Kena siasat betul2. Tak logik polis tgk saje kalo 20 org awam belasah sugumaran dpn dorang
Post a Comment