NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, January 11, 2013

@SHEBMALAYSIA Bantu Belia Kota Miliki Lesen Memandu #BL1M - PR Pula Menyusahkan Warga Kota Dengan #KL112 - @tengkuazman


Alamak...

Sejak bila ada lesen percuma...?

Jika ada bayaran pun pemohon hanya perlu membayar sebanyak RM199...?

Untunglah belia sekarang, kerana tidak seperti ketika saya baru habis zaman persekolahan dulu, di mana kebanyakkan saya dan rakan-rakan mempunyai satu  sindrom iaitu sindrom 'takut polis'.

Namun sindrom 'takut polis' ini hanya berlaku setiap kali mereka bertembung dengan sekatan jalan raya kerana kebanyakkan dari kami memandu tanpa lesen yang sah.

Dek kerana sindrom inilah maka mereka bertindak di luar kawalan sehingga ada yang nekad merempuh sekatan jalan raya yang mana kadang kala mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri dan juga anggota yang bertugas.

Tetapi kebiasaannya tindakan yang kami lakukan selalunya mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri.


Brader-brader dalam gambar di atas juga saya percaya ada sindrom 'takut polis' sebelum ini.

Hahaha...

Nampaknya pemuda UMNO menerusi Seketeriat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dan kerajaan peka dengan golongan yang mengalami sindrom 'takut polis'.

Justeru itu program Bantuan Lesen 1 Malaysia diperkenalkan untuk remaja dan belia yang pernah dikenakan hukuman atau tindakan oleh penguatkuasa kerana tidak memiliki lesen yang sah kini berpeluang memiliki lesen memandu kelas B2 selepas program ini diperkenalkan.

Melalui program begini sekurang-kurangnya ia membantu merealisasikan hasrat kebanyakkan remaja dan belia untuk miliki lesen memandu sekaligus memberi pengetahuan undang-undang kepada masyarakat.

Melalui kesedaran undang-undang jalan raya yang diberikan ia secara tidak langsung membantu hasrat kerajaan untuk minimumkan kadar kemalangan serta memberi peluang kepada remaja dan belia yang berusia 17 tahun hingga 40 tahun miliki lesen memandu yang mana selesai melalui fasa pertama tempoh hari.

Tahniah buat SHEB dan kerajaan yang sentiasa peka dengan nasib golongan belia, Bagi remaja dan belia yang pernah dikenakan tindakan undang-undang kerana memandu tanpa lesen, ini peluang untuk anda memiliki lesen yang sah tanpa perlu membayar ratusan ringgit!

Pesanan penaja :
"Berhati-hati ketika memandu, buang sindrom 'takut polis' kerana memandu tanpa lesen jom sertai BL1M!

3 comments:

Anonymous said...

Bro YY macam mana kalau nak mohon BL1M ni?

Lantak Hangpa La said...

Bro..
BL1M untuk B2 ja ka..

B full tak boleh masuk sekali ka???

Yuseri Yusoff said...

Anon 12:01 PM,

Nanti Ketua Pemuda akan lancarkan website rasmi utk BL1M.

Lantak Hangpa,

Setakat ini utk B2 saja, B full kena amik sendiri. Hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...