NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label SYABAS. Show all posts
Showing posts with label SYABAS. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Kerana Penangguhan #Langat2 Oleh Kerajaan PKR Negeri Selangor Berlaku Pembaziran RM606 juta!


Setelah puas bermain tarik tali dengan pelbagai alasan yang sengaja dibuat-buat, akhirnya Khalid Ibrahim menandatangani persefahaman (MoU) bagi pengstrukturan semula bekalan air di Selangor sekaligus membuka laluan kepada pembinaan loji Langat 2.

Jika diperhatikan kebanyakkan laporan media pro pembangkang ia memberi gambaran kononnya isu tersebut berjaya diselesaikan kerana kebijaksanaan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. 

PAUTAN ARTIKEL
Tidak mengapa, kita faham PKR sentiasa hidup dalam 'denial syndrome' seperti Ketua Umum mereka. 

Apa yang penting untuk kita ketahui ialah gara-gara penangguhan pembinaan projek Langat 2 yang disengajakan oleh kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008 sebanyak RM606 juta perlu dikeluarkan sebagai kos tambahan.

Ini merupakan satu pembaziran besar!

Setakat ini hanya satu pihak dilaporkan tidak berpuas hati terhadap MoU Langat 2 yang dimaterai oleh Khalid Ibrahim semalam iaitu calon N25 Kajang brader Anwar Ibrahim.

Kah Kah Kah...!


Arioss...!

Saturday, January 8, 2011

PBT Selangor di Jadikan 'Balaci' Untuk Kempen Kumpul Tandatangan Selamatkan Air Selangor?


Isu air di negeri Selangor nampaknya masih tidak berkesudahan, saya menerima berita bahawa kerajaan Negeri Pakatan Haram sedang menjalankan kempen mengumpul tandatangan kononnya untuk selamatkan air Selangor.


Mereka menggunakan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengumpul tandatangan di sekitar pasar malam sekarang ini. Kempen ini digerakkan oleh PBT atas arahan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim.

Sebenarnya tuan-tuan yang budiman, isu air di Selangor adalah antara Syabas dan Kerajaan Negeri Selangor, kerajaan pusat saya difahamkan tiada bidang kuasa terhadap isu air.

Maklumat yang saya terima juga mengatakan bahawa kerajaan Negeri Selangor sebenarnya sudah tiada duit untuk membayar hutang 20 m3 air percuma kepada pihak Syabas. Kantung kerajaan negeri Selangor sebenarnya sudah kontang.

Jadi program mengumpul tandatangan ini sebenarnya adalah propaganda mereka untuk menutup kelemahan pentadbiran mereka daripada rakyat Selangor. Saudara kena faham sungai sekarang sudah tercemar dan kos untuk merawat air juga meningkat.

Lihatlah wahai rakyat Selangor, gara-gara perlaksanaan yang tidak bijak, program Tabung Budi anjuran Syabas dengan tujuan untuk membantu golongan yang susah pun mereka cuba lenyapkan. 

Untuk rakyat Selangor, saya sarankan 'Boikot' kempen yang cuba digerakkan mereka ini, kalau mereka nak tandatangan tuan-tuan, minta rm1000 untuk satu tandatangan.

Saya akan cuba dapatkan maklumat lanjut dari pihak Syabas berhubung kes ini, InsyaAllah jika tiada aral melintang saya akan buat laporan lanjut berkenaan isu Syabas dengan kerajaan Negeri Selangor.

Baca juga tulisan presiden 4Justice saudara Anuar Basiran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal