NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Azizah. Show all posts
Showing posts with label Azizah. Show all posts

Saturday, November 3, 2012

HOT! Emel Kak Wan #PenipuRakyat - Arah Teks Ucapan Diubah Supaya Rakyat Marah!


Orang selalu kata, muka saja nampak baik tapi hati belum tentu baik. Sama juga dengan Kak Wan yang nampak baik bila bertudung, bersarung tangan, tapi siapa sangka selain berkebolehan berlakon meraih simpati untuk suaminya rupa-rupanya beliau turut dianugerahkan kebolehan untuk menipu. 

Lihat saja bagaimana Kak Wan meminta supaya teks ucapannya diubah supaya lebih beremosi agar rakyat berasa marah dengan BN?

Jom kita layan perbualan emel di antara Kak Wan, Faekah Husin serta seorang individu yang bernama Hasmi :


Inilah pembangkang di Malaysia, mereka sanggup cipta pelbagai fitnah dan persepsi semata-mata mahu membangkitkan emosi kemarahan rakyat terhadap BN.

Harapan mereka hanya satu, iaitu untuk menguasai Putrajaya.

Pengikut PR memang suka diperbodohkan oleh pemimpin mereka sendiri...

Selain emel Kak Wan video di bawah juga penipuan terancang yang diamalkan oleh PKR sekaligus memperbodoh-bodohkan rakyat yang menyokong mereka!



YY : Jangan letak harapan kepada penipu...

Wednesday, September 5, 2012

HOT! Surat Bukti PKR Belanjakan RM400k Hanya Untuk Malam Gala Keadilan 2012


Pada 4 Mei yang lalu PKR menganjurkan satu majlis Makan Malam Gala PKR 2012 di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya dan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Menurut laporan daripada blogger pembangkang pada waktu itu Anwar Ibrahim menyifatkan makan malam tersebut berjaya dan melegakan bendahari PKR.


Skodeng gambar sikit...



Berapa ramailah rakyatSelangor yang susah, ibu tunggal dan anak yatim dijemput hadir dalam majlis 'grand' anjuran PKR ini agaknya?

Namun tahukah saudara pembaca bahawa kos perbelanjaan Makan Malam Gala PKR yang diadakan pada 4 Mei 2012 menelan belanja sebanyak RM400,000.

Surat (bawah) permohonan perincian perbelanjaan Presiden PKR Wan Azizah kepada Dr. Tan Kee Wong, merupakan bukti bahawa PKR membelanjakan satu jumlah yang besar hanya untuk satu majlis makan malam.



Dengan kos sebanyak RM400,000 untuk majlis makan malam yang hanya dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan orang-orang cina kaya itu bukankah ianya merupakan satu pembaziran?

Ironinya di sebalik tuduhan PKR kononnya kerajaan boros dan membazirkan wang rakyat, rupa-rupanya tuduhan tersebut dilakukan oleh mereka sendiri, adakah wang sebanyak RM400,000 itu wang gaji Anwar Ibrahim yang bertugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan gaji RM1?

Bukankah ramai rakyat susah di Selangor dapat dibantu jika wang sebanyak itu diperuntukkan untuk mereka? (pinjam ayat Nizar ketika isu no.plat WWW1)

Hahaha...

Thursday, March 29, 2012

Trilogi Cinta Anwar, Azizah dan dot...dot...dot...


Kisah trilogi cinta yang tak mungkin dialami oleh pemimpin politik lain di dunia ini, mungkin benar sebagaimana Kak Wan katakan bahawa Anwar Ibrahim memang pemimpin 'Anugerah Tuhan'.

Ikuti kisah trilogi cinta Anwar, Azizah dan dot...dot...dot.

Kalau dijadikan kepada filem mungkin bakal pecah panggung menggantikan Ombak Rindu...

Hahaha...

Oleh : Beruang Biru

Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta iaitu cinta politik. Cinta politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks. 
Contohnya, apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami penyayang dan mencintai isterinya. 
Di Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan. Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi berkhalwat. 
Tetapi selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik Anwar – Azizah. 
Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu. 
Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28Februari 1980, ala-ala Zack dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain. 
 
Mengikut cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung antara dua insan. 
Tetapi, kita tidak pasti pula sama ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka. 
Sukma Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu masih bujang. 
Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas. 
Selain Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya, Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma, Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan. 
 Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi. 
Jelas, Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam. 
Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahu pun bangsa selaras dengan pendirian partinya yang memperjuangkan kesamarataan. Mungkin inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’ yang menjadi suaminya yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai makanan hariannya.
Hakikatnya, Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan Shamsidar. 
Tetapi Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali. 
Cinta yang sebenar tidak perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman. 
Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya. 
Selain itu, kita juga dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar. Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas segala pengorbanannya. 
Justeru, inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan mereka.
YY : Sudah-sudahlah Kak Wan berlakun... sampai bila nak menipu?

Monday, July 18, 2011

PAS di Telapak Kaki DAP


Semakin hari semakin jelas dapat kita lihat bahawa PAS kini tidak ubah seperti 'keldai tunggangan' DAP untuk meraih sokongan masyarakat Islam di negara ini. Mungkin dalam bahasa kasarnya kita boleh gambarkan bahawa PAS boleh digelar 'barua politik'.

Mungkin perkataan ini agak kasar, namun inilah hakikat yang PAS perlu terima sejak mereka menjalin kerjasama dengan DAP yang dikatakan bertindak sebagai 'abang besar' dalam Pakatan Rakyat.

Walaupun TG Nik Aziz berkali-kali menafikan bahawa mereka 'ditunggang' oleh DAP situasi serta keadaan semasa dalam Pakatan mereka jelas memperlihatkan sebaliknya. Isu penutupan kelab hiburan di Kedah yang diumumkan oleh Menteri Besar Kedah Ostat Azizan sekali lagi ditempelak oleh 'abang besar' mereka.

Gambar penyeri majlis semata-mata
Jika kita lihat niat PAS Kedah untuk menutup kelab hiburan di bulan Ramadhan satu tindakan terpuji dan sewajarnya kita sebagai orang Islam menyokong langkah-langkah tersebut.

Saya juga yakin bahawa majoriti masyarakat Islam baik dari UMNO sekalipun sokong tindakan penutupan ini demi membuktikan bahawa PAS benar-benar parti yang memperjuangkan agenda Islam.

Namun bagaikan sudah dijangka setiap tindakan yang tidak menguntungkan kaum bukan Islam sudah tentu mendapat tentangan dari 'abang besar' mereka iaitu DAP. Malah Karpal Singh tanpa banyak soal terus menggunakan media untuk memberi kata dua kepada 'keldai' mereka berhubung isu tersebut.

"kami yang menurut perintah Tuan Karpal"
Setelah diberi kata dua, Ostat Azizan terpaksa 'bertaichi' untuk melegakan hati 'abang besar' mereka, maka penutupan kelab hiburan di Kedah terpaksa diubah kepada kelab hiburan dibenarkan beroperasi tetapi orang Islam tidak dibenarkan masuk.

Kita ambil dua contoh untuk menjelaskan bahawa PAS takut dan 'sujud' kepada 'abang besar' DAP demi meraih undi untuk memenangi hati pengundi bukan Islam dalam PRU akan datang.

  • Prinsip negara Islam yang diperjuangkan PAS lebih 30 tahun digadai demi menjalinkan kerjasama dengan DAP. Malah TG Nik Aziz dikatakan menyemak semula Surah Al-Baqarah dan selepas itu mereka dapati Hukum Hudud dan Negara Islam boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara Berkebajikan. - Gadai prinsip perjuangkan selama 30 tahun demi bukan Islam dan DAP!
  • Pada bulan Januari lalu, Hasan Ali mencetuskan kontoversi mengenai rampasan arak dan larangan orang Islam bekerja di premis yang menyajikan arak di Selangor. Bagaimanapun Ronnie Liu menggunakan kuasa beliau untuk mengarahkan PBT menarik balik arahan itu. Walaupun membantah Ronnie Liu pada awalnya, namun setelah digertak akhirnya PAS akur dengan arahan 'abang besar' mereka.
Cukup dua isu dahulu kita dijadikan contoh untuk memperjelaskan bahawa PAS hanyalah 'keldai' yang ditunggang oleh DAP untuk meraih sokongan orang Islam.



YY : Cakap dengan kawe Nabi-Nabi dahulu ada tak yang gadaikan prinsip perjuangan demi meningkatkan jumlah pengikut?

Saturday, December 4, 2010

Wajib Baca : Wan Azizah Kena I.S.A?


Datin Seri Azizah boleh dikenakan I.S.A disebabkan kenyataannya dalam Kongres PKR dimana beliau tanpa menggunakan otak telah meminta masyarakat melayu meninggalkan konsep "ketuanan melayu"?

Semasa dalam ucapannya Wan Azizah mendakwa 'ketuanan melayu' digunakan untuk memperdayakan bangsa melayu demi kepentingan segelintir melayu elit, beliau mendakwa golongan ini adalah manusia yang melakukan korupsi serta rasuah. Agaknya otak Kak Jijah ini sudah penuh dengan 'tahi lembu' sehingga terlupa bahawa suaminya pernah terlibat dalam salah laku rasuah.

Jadi menjadi kewajipan saya untuk mengimbas kembali memori Kak Jijah bahawa suaminya juga seorang manusia yang korup. Masihkah Kak Jijah bahawa 'anugerah Tuhan' iaitu suami Kak Jijah terlibat dan di dapati bersalah dalam empat tuduhan rasuah dan terlibat dalam salahguna kuasa dan di hukum penjara selama 6 tahun? Lupa ke Kak Jijah?

Berbalik kepada isu 'ketuanan melayu' yang Kak Jijah minta 'dibakul-sampahkan' itu tahukah Kak Jijah bahawa kenyataan Kak Jijah itu telah mencabar hak orang melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Hari ini penasihat undang-undang UMNO Datuk Mohd Hafarizam Harun menyarankan agar Kak Jijah di kenakan I.S.A berikutan kenyataan Kak Jijah tu, katanya lagi apabila isu 'ketuanan melayu' 'hak keistimewaan melayu' dan kedudukan raja-raja serta apa juga yang berkaitan ianya sudah menyentuh mengenai Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan apatah lagi ianya diucapkan di khalayak ramai, di mana turut di hadiri oleh bukan melayu ianya bukan lagi berbentuk cabaran sebaliknya lebih kepada memperlekehkan kedudukan orang-orang melayu dan majlis raja-raja.

Untuk bacaan lanjut pembaca boleh klik sini

Tahukah Kak Jijah, bahawa kenyataan Kak Jijah tempoh hari telah boleh menimbulkan perasaan benci dan meluat dari kalangan bukan melayu terhadap orang melayu, disebabkan kecelaruan serta penerangan yang banyak versilah masyarakat hari ini menganggap 'ketuanan melayu' itu adalah Malay Supremacy yang bersifat perkauman, di mana menampakkan melayu sebagai tuan, bukan melayu sebagai hamba.

Agak malang sungguh, bila Kak Jijah anak beranak sanggup eksploitasi semua benda untuk mendapatkan sokongan bukan melayu dengan tujuan menempatkan suami kak jijah di Putrajaya sebagai PM Malaysia. Tindakan Kak Jijah ini sebenarnya adalah sesuatu yang membimbangkan kerana agenda serta maksud sebenar 'ketuanan melayu' telah disalah tafsirkan oleh masyarakat bukan melayu.

Maksud sebenar 'ketuanan melayu' adalah lebih mirip kepada malay dominance bukannya malay supremacy, ianya dilaungkan dengan bertujuan untuk menaikkan semangat orang melayu kerana masyarakat melayu dilihat tidak mendominasi dalam sektor ekonomi, kerjaya, dan pendidikan.

Malah hal ini dapat lihat jika kita meneliti senarai jutawan di Malaysia di mana melayu boleh dibilang dengan jari, yang lainnya dimonopoli oleh bangsa lain. Inilah matlamat pejuang-pejuang bangsa dimana mereka ingin melihat bangsa yang dominan dari segi angkanya ini tidak tercicir dari arus ekonomi.

Jadi kesimpulannya jika slogan 'ketuanan melayu' ini yang dilihat pembakar semangat orang melayu cuba dibakul-sampahkan, apa lagi yang ada pada orang melayu? Jadi memang wajarlah Kak Jijah dikenakan akta hasutan 1948 yang menyatakan satu benda hasutan, ianya mempersoalkan hak, status, kedudukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 152, 153 dan 181.

Secara peribadi, saya amat-amat bersetuju agar penghasut dan melayu yang lupa diri macam Kak Jijah ini ditangkap, disiasat dan dikenakan I.S.A sebagaimana saranan penasihat undang-undang UMNO.

Sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja waima dari kalangan pemimpin BN sekalipun jika ianya mengeluarkan kenyataan mempersoalkan, mencabar, mempertikaikan hak-hak orang melayu.

Jika Namawee tindakan tidak dapat diambil gara-gara pengetua tersebut tidak membuat sebarang laporan, bagaimana dengan Wan Azizah ini?

Belum perintah negara pun sudah macam-macam percubaan gila mereka buat, bagaimana jika mereka memerintah? Sanggupkah anda mengambil risiko membiarkan puak sosialis memerintah negara kita yang tercinta ini?

Jika tanya saya? Jawapannya saya tidak akan mengambil risiko yang boleh menjejaskan nasib anak cucu saya kelak.

Wassalam.. "Sumbat aje dalam ISA"!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal