NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Thursday, October 17, 2013

#PemilihanUMNO Kes NKP : Senarai 76 Bahagian Yang Dimenangi Khairul Azwan, JK Akui Kesilapan?

Gambar hiasan
tiada kaitan dengan sistem " Electoral College" 

Kes keputusan Naib Ketua Pemuda UMNO terus menyelubungi pagi Aidil Adha 70,000 perwakilan pemuda termasuk saya.

Kedua-dua penyokong berantakan dan mula menyerang satu sama lain, hanya kerana satu sebab. Sebab pemilihan UMNO 2013 yang pertama kali menggunakan sistem 'Electoral College' diuruskan oleh JK Pemilihan yang kurang bijak tapi berlagak konon hanya 5 peratus masalah sahaja akan timbul.

Saya difahamkan ketika wakil Khairul Azwan menghantar surat bantahan, TS Tajol Rosli mengakui bahawa pihak ibu pejabat UMNO ada beberapa kelemahan. Antaranya kekurangan kakitangan untuk dihantar bagi memantau proses pengundian.


Jadi mereka (JK Pemilihan) menerima apa saja keputusan dihantar kepada ibu pejabat melalui online dan panggilan telefon. 

Pendek kata kalau saya hantar laporan mengatakan kambing menang sebagai pengerusi syarikat Abdul Rauf Sdn Bhd mereka hanya menerima tanpa membuat sebarang semakan pengesahan terhadap laporan tersebut.

Itu satu hal, selepas itu mereka (JK Pemilihan) kata jika ada bukti calon A menang di bahagian B sila serah bukti kepada mereka. Aduhai, jika wakil calon yang serah bukti bukankah ia bakal menimbulkan rasa tidak puas hati kepada calon B.

Kenapa tidak mereka yang turun, semak, periksa dan buat pengesahan bahagian B calon A atau B yang menang. Barulah ia memuaskan hati kedua-dua pihak yang bertanding!

Benda mudah macam ini JK Pemilihan tak boleh fikir?

Disebabkan JK Pemilihan gemar bermain sukan tarik tali, maka terpaksalah saya tunjukkan senarai 76 bahagian yang dimenangi oleh Khairul Azwan sebagaimana disahkan wakil calon yang berada di setiap bahagian pada hari pemilihan.

Rujuk senarai 76 bahagian-bahagian di bawah :









Jika mahu nama, nombor mykad, nombor keahlian wakil yang berada di lokasi. Ab Rauf serta JK Pemilihan boleh hubungi saya.

Senarai 76 bahagian yang dimenangi Khairul Azwan di atas adalah keputusan awal, namun sebaik sahaja sampai di ibu pejabat. Keputusan bagi bahagian Bachok dan Kampar dikatakan dimenangi oleh Jamawi Jaafar maka keputusan yang dikeluarkan adalah 76 - 2 = 74 seperti tertera dalam kertas keputusan awal di bawah.


Apa yang meragukan adalah JK Pemilihan mengumumkan jumlah yang dimenangi oleh kedua-dua calon adalah 73 tidak termasuk keputusan di Gelang Patah dan Pensiangan. 

Jika JK Pemilihan mahu guna pakai keputusan Gelang Patah dan Pensingan, satu keputusan seri juga yang diperolehi iaitu 74-74 mahu atau tidak undi popular tetap digunapakai. (Sistem yang dikutuk UMNO kerana ia diperjuangkan Anwar Ibrahim selepas PRU13 tempoh hari)

Kenapa tidak diumumkan saja Jamawi Jaafar menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tempoh hari, berdasarkan undi popular yang diperolehi Jamawi Jaafar dari 71 bahagian sebanyak 19,497 mengalahkan Khairul Azwan yang hanya memperolehi undi sebanyak 16,953 dari 74 bahagian.

Sebab jumlah undi sudah ada pada JK Pemilihan, kenapa perlu ditunggu selepas Aidil Adha dan ketika wakil calon menyerahkan bantahan. TS Tajol mengatakan keputusan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda akan diselesaikan sebaik sahaja selesai pemilihan di peringkat majlis tertinggi.

Pulak dah, kena tunggu lagi - jika di peringkat sayap pun tidak selesai, apa akan jadi di peringkat tertinggi nanti?

Gara-gara kebodohan JK Pemilihan sistem yang bagus hasil pindaan perlembagaan dilihat berantakkan.

Jika JK Pemilihan umum tempoh hari penyokong kedua-dua belah tidak bergaduh, tidak menyerang calon dengan seorang  dilabel 'anak kampung' seorang lagi dikatakan 'bangsawan' dan 'korporat'. Penyokong kedua-dua pihak dapat menjalankan ibadah korban tanpa diselubungi misteri 74-71, 73-73.

Semua orang dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram serta fokus kepada Pilihan Raya Kecil Sg. Limau!

Sebab JK Pemilihan nak main tarik tali, sekarang cabaran saya kepada JK Pemilihan keluarkan senarai yang ada supaya kedua-dua calon dan penyokong mereka membuat penilaian sekaligus menyelesaikan pertelingkahan ini!

Arios...!

6 comments:

Anonymous said...

Terbaiklah bro!

Zamiel Zukie said...

Kelemahan sistem amat memalukan UMNO selaku parti yang memerintah.

Anonymous said...

Nasib baik dpt 73-74 undi, kalau yg mengundi dia tu budak bola..dah sah2 dapat kosong. kalau nak tahu bagus seseorang pemimpin, tanya org yg bekerja dibawahnya.

Anonymous said...

Kehendak takdir kerana TS Tajol sendiri kurang yakin dengan anak muda Azwan sebab itu keputusan bolak-balik dibuat bagi menyelamatkan seseorang.

Anonymous said...

UMNO sibuk serang DAP kata CEC tidak telus. Sekarang di mana ketelusan Pemilihan UMNO jika begini cara JK Pemilihan mengurus tadbir proses pengundian?

Tak Tau Nak Tipu said...

Anonymous said... "UMNO sibuk serang DAP kata CEC tidak telus. .... October 17, 2013 at 4:15 AM"
------------------------------------

Betul ke UMNO yg serang DAP pasal pemilihan CEC?

Yg pastinya, yg serang DAP pasal CEC tu PUNCAnya dari ahli DAP sendiri (ahli2 keturunan India yg pemimpin cina DAP pandang sbg tidak ada harga langsung, ellek, walau 1 sen pun, ahli Melayu pun sekadar nilai 5 sen, 20 sen dan paling tinggi pun 50 sen). Takkan sampai skrg tak tahu lagi! atau saja2 buat tak tahu, atau mmg ahli RBA?

YG BETUL2 SERANG UMNO DAN ROS BERHUBUNG PEMILIHAN CEC DAP ialah pemimpin tertinggi DAP sendiri, kan kan kan ...

krn nak cover penipuan, pembohongan dan penyelewengan undi serta memastikan 2 dinasti gila-kuasa TERUS bermaharajalela MEMPERBODOHKAN cina2 dan ahli2 DAP, dan terus berkuasa dlm DAP. Lebih kurang begitulah, kan kan, kan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...