NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Tuesday, January 15, 2013

OK! #Listen @KhalidSamad Tak Mengaku Sokongan Kristian Guna #KalimahAllah #KhalidBelit


OK!

Listen...listen...listen!

Isu penggunaan kalimah Allah timbul kembali selepas Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab bible tempoh hari.

Sebelum Majlis Syura Ulamak PAS mengeluarkan kenyataan rasmi kelmarin, terdapat beberapa pemimpin PAS yang lantang 'berjuang' untuk membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah adalah Khalid Samad.

Kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak PAS :


OK!

Listen...listen...listen!

Tetapi selepas Majlis Syura Ulamak PAS mengeluarkan kenyataan mengatakan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna, Khalid Samad bertindak membuat kornar baring melalui laman twitternya.

Sebaliknya Khalid Samad cuba mengatakan beliau hanya menyokong dari segi sebutan kalimah Allah tetapi tidak melibatkan penerbitan atau dicetak dalam Bible.

Malah Khalid Samad mencabar Tun Faisal dan beberapa individu lain supaya menunjukkan bukti bahawa dia pernah mengatakan atau menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible.

Hahaha...

OK!

Listen...listen...listen!

When i talk u listen ok?

Bukankah Khalid Samad pernah mengunjungi gereja Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam pada 27 Mac 2008 dan memberikan kebenaran kepada Gereja untuk menggunakan kalimah ‘Allah’.

Malah dalam twitternya bertarikh 26 Oktober 2012 beliau menjawab soalan daripada individu bernama @ayomuar @azizghazali71 dan @jacksolorider :

Soalan tersebut berbunyi :
"YB x setuju, nape skong pnggunaan kalimah Allah dlm bible"
Khalid Samad menjawab :
"Kerana dalam Quran, ianya diguna oleh bukan Islam"


Bukankah ini bukti Khalid Samad sebelum ini setuju dan berjuang untuk Kristian menggunakan kalimah Allah dalam bible?

Sebelum beliau bertindak kornar baring semalam mengatakan dia hanya menyokong dari segi sebutan bukan dicetak.

OK!

Listen...listen...listen!

Mungkin juga selama ini Khalid Samad tidak sedar bahawa tindakan UMNO yang membantah penggunaan kalimah Allah adalah kerana Titular Roman Catholic Archbishop Of Kuala Lumpur, Murphy Nicholas Xavier Pakiam memohon semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi.


Nicholas Xavier Pakiam memohon pengisytiharan Mahkamah Tinggi terhadap :

  • Keputusan kerajaan pada 12 Februari 2008 melarang The Herald Catholic Weekly menggunakan perkataan 'ALLAH' adalah tidak sah dan batal.
  • The Herald Catholic Weekly berhak menggunakan perkataan 'ALLAH'.
  • Perkataan Allah tidak eksklusif kepada Islam sahaja.
Apa keputusan Mahkamah Tinggi terhadap permohonan semakan Murphy Nicholas Xavier?

Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff Puan Lau Bee Lan membuat keputusan pada 5 Mei 2008 bahawa permohonan Murphy Nicholas Xavier diterima dan semakan kehakiman dibenarkan.

Jadi dari awal isu kalimah Allah timbul ianya adalah melibatkan soal penerbitan kerana Arcbishop Murphy Nicholas Xavier memohon untuk menggunakan perkataan 'ALLAH' dalam The Herald Catholic Weekly.

Ia bukan soal sebutan wahai Ahli Parlimen Shah Alam yang suka berbelit mengalahkan ular YB Khalid Samad oiii..!

Selama ini apa yang UMNO bantah adalah kerana penganut Krsitian memohon untuk dicetak dalam buletin mingguan penganut katolik.

Tak payahlah berbelit mengalahkan ular!

YY : Dalam isu kalimah Allah ini kalau jumpa ular dengan Khalid Samad, kita sekeh YB Shah Alam dulu. 

5 comments:

Anonymous said...

berani demo hentam dia ni...
nanti dia saman demo guano?

Demo tengok nasib Dr. MiM, tak ada sesapo nak tolong...

jaga2 demo...

Yuseri Yusoff said...

Tak takut, sbb dulu dia ckp kalimah Allah boleh guna, skrg dia ckp tk boleh. So kita tulis based on statment dia sendiri.

Anonymous said...

Entah la. dalam kekalutan isu mcm ni konsistensi adalah penting. Kalau kerap sangan korner baring ni, silap2 bertabur kat straight road. Sendiri mau ingat haaaa "o.f"

Anonymous said...

Betul2....gua baca byk blog pembangkang....n mereka sebenarnya bersetuju dgn penggunaan tersebut...tp hr nie majlis syura x setuju...dah tu...apa susah nak putar belit....kata la sy ikut keputusan tsbut....apa yg double yy buat...betul la
..dia ulas berdasarkan statement asal... Karpal singh suruh majlis syura ikut kehendak pr.....banggang punya org....kalau korang PAS ikut kata DAp nie...baik bubar pas...join ngan dap jd satu parti DAPAS....Br melayu leh menang CEC...logik tak


Dr bjb...

grandmarquis said...

Kalau kita pi blog dia, siap dia kata perkataan Allah tu asalnya dari perkataan Al illah, bererti the God kerana dalam bahasa arab perkataan al menunjuk pada the. Ia disingkatkan menjadi Allah

Dakwaan beliau boleh membawa makna Allah itu bukan nama khas, tetapi satu nama umum yang berasal dari perkataan illah. Dengan kata lain Tuhan orang Islam tidak mempunyai nama yang khusus, sebaliknya hanya di bezakan dengan tuhan lain melalui tambahan Al. Nauzubillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...