NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, January 18, 2013

Kickdefella Sahut Cabaran Debat Isu Royalti Petroleum

“Kita debat untuk ilmu dan untuk menjernihkan pengetahuan rakyat Kelantan terhadap isu sebenar”, demikian kata-kata pengasas blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz semalam.

Beliau merujuk kepada berita di dalam Sinar Harian bertarikh 17 Januari 2013 yang melaporkan Pengerusi NGO R Saudara Nazri Deraman mencabar YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan YB Senator Dato’ Dr Awang Adek Hussin untuk berdebat isu royalti petroleum.

Nazri Deraman, Pengurus Bandar Baru Tunjung anak syarikat Kerajaan PAS Kelantan dan Pengerusi NGO R.

“Bukan taraf Nazri untuk berdebat dengan Menteri, debat dengan saya sudahlah,” kata Syed Azidi yang ditemui media di sebuah hotel di Kota Bharu selepas majlis perasmian Jentera Siber Barisan Nasional oleh Mustapa Mohamed.

Bagaimanapun Syed Azidi nyatakan beliau mahu debat itu bukan bertujuan untuk ‘mengangkat ekor’ mana-mana pihak atau untuk tujuan bermegah-megah.

Sebaliknya ia mesti untuk kedua-dua pihak meletakkan hujah masing-masing berdasarkan fakta supaya rakyat Kelantan boleh memahami dan membuat penilaian sebenar.

“Nazri boleh hantar wakilnya menemui saya untuk menetapkan masa dan tempat yang sesuai,” kata Syed Azidi lagi sambil menjelaskan bahawa pihak beliau sendiri bersedia untuk mengambil inisiatif sekiranya Nazri berhadapan kesukaran.

Nazri yang juga pengurus di Perbadanan Bandar Baru Tunjung, sebuah anak syarikat Kerajaan PAS Kelantan milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan di dalam laporan Sinar Harian itu juga mendesak PETRONAS menaikkan pembayaran royalti daripada 5% ke 20%.

Idea itu sudahpun dijelaskan oleh Mustapa Mohamed, selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum itu sebagai boleh mengakibatkan PETRONAS ‘lingkup’.

Ini kerana Bayaran Tunai 5% yang dibuat sekarang adalah berdasarkan pengeluaran minyak dan gas dan bukan 5% daripada keuntungan. Oleh yang demikian jumlah itu sudah cukup besar.

Sebaliknya 20% dari pengeluaran jika dibayar sebagai Bayaran Tunai Petroleum akan meningkatkan kos operasi yang sudah sedia tinggi. Operasi carigali petroleum bukan satu operasi yang murah.

Jadi jika ia dibebankan lagi dengan Bayaran Tunai sebanyak 20% ini akan memakan keuntungan PETRONAS dan kesannya PETRONAS tidak akan dapat memberi pulangan kepada negara sama ada di dalam bentuk cukai atau sumbangan lain bahkan ada kemungkinan PETRONAS akan berdepan dengan kerugian di dalam operasi carigali tempatan.

1 comment:

Anonymous said...

Pengkhianat kpd. Rakyat kelantan yg sebenar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...