BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, March 2, 2012

Tun M Hina Hudud - Apa Komen Ustaz Fathul Bari?



Saya kira ini komen paling adil dan bernas serta boleh diterima pakai berhubung isu Tun Mahathir Mohammad yang dikatakan telah menghina Hukum Hudud.

Itulah orang tua selalu pesan, kalau hendak tahu hukum agama kena tanya pada mereka yang berkelayakan dalam bidang berkenaan.

Ulama muda dalam UMNO bukan macam ulamak dalam PAS, jika pemimpin mereka melakukan kesalahan pun mereka diam dan angguk saja.

Lain kali tanyalah orang yang sepatutnya....

10 comments:

HeroTamil said...

Salam bro,

saya sertakan satu lagi Penjelasan dan Link blog yang berkaitan

PENJELASAN

1. Semenjak 2 hari ini, ruangan alam maya di Malaysia mungkin sibuk dan hangat mengenai kenyataan Tun Dr. Tun Dr. Mahathir apabila ditanya mengenai hukum hudud.

2. Perlu ditekankan bahawa, kenyataan Tun Dr. Tun Dr. Mahathir itu adalah untuk menjawab soalan seorang peserta seminar.

3. Terdapat dua isu utama yang disebutkan oleh Tun Dr. Tun Dr. Mahathir iaitu, hukum hudud tidak disebut dalam Al-Quran dan pentingnya konsep keadilan dalam undang-undang islam.

4. Didalam Al-Quran, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan-kesalahan jenayah tidak ada disebut. Diulang sekali lagi, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan jenayah tidak pernah disebut.

5. Perkataan hudud disebut dalam AL-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :-

a. berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) - pada surah 2 ayat 187
b. berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) - 4 kali pada surah 2 ayat 229, 2 kali pada surah 2 ayat 230 dan 2 kali pada surah 65 ayat 1.
c. berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) - pada surah 4 ayat 13
d. berkenaan perkara umum (3 kali) - pada surah 4 ayat 14, surah 9 ayat 97 dan surah 9 ayat 112.
e. berkenaan adat zihar (1 kali) - pada surah 58 ayat 4.

semuanya berjumlah 14 kali.

(** Nota tambahan :
apa yang di maksudkan di sini ialah
specifically mentioning perkataan "Hududullah" didalam ayat ayat tersebut )

6. Dalam kesemua sebutan perkataan hudud di 14 kali tersebut, tiada satupun yang merujuk kepada kesalahan jenayah (mencuri, berzina, tuduhan berzina, merompak, murtad dan ditambah dengan minum arak dan pemberontakan).

7. Inilah yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Tun Dr. Mahathir bahawa dalam Al-Quran tidak disebut hukuman hudud terhadap jenayah-jenayah tersebut secara literal.

8. Ini sama juga dengan kenyataan Hadi Awang apabila beliau mengatakan bahawa dalam Al-Quran tidak disebut negara islam. Sudah semestinya perkataan islam banyak kali disebut, tetapi tidak ada satupun yang merujuk kepada negara islam secara literal. Tetapi konsep keseluruhan sistem perundangan dan pentadbiran menurut pandangan Al-Quran ada. Yang tiada adalah perkataan negara islam.

9. Oleh itu, ada kebenaran bahawa perkataan hukum hudud utk jenayah tertentu tidak disebut dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr. Tun Dr. Mahathir.

10. Dalam isu kedua pula, Tun Dr. Tun Dr. Mahathir menekankan betapa pentingnya keadilan dalam undang-undang islam.

11. Ini adalah benar kerana keadilan amat dituntut. Sebab itulah, Tun Dr. Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS bukanlah undang-undang islam kerana ianya tidak adil. Undang-undang hudud PAS hanya dikenakan keatas orang islam sahaja maka disini timbul konflik keadilan dimana satu kesalahan yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza agama akan menerima hukuman yang berbeza. Ini tidak melambangkan keadilan sedangkan Islam menitikberatkan keadilan.

12. Kenyataan Tun Dr. Tun Dr. Mahathir mengenai konsep keadilan ini adalah konsisten dengan kenyataan beliau pada tahun 1993 apabila menjawab surat Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz. Pada masa itu lagi Tun Dr. Tun Dr. Mahathir telah membangkitkan konsep keadilan ini dan mengapa undang-undang hudud PAS tidak berketepatan dengan perinsip keadilan dalam Islam.

http://www.chewal.blogspot.com/
www.chewal.blogspot.com

izad70 said...

saya telah mendengar apa yang dikatakan sebagai penafian oleh mahathir tentang kewujudan hudud dalam quran.saya berpendapat bahawa apa yang dikatakan beliau merujuk kepada hudud yang ingin dilaksanakan oleh parti beraliran agama(pas).terma 'hudud ini' merujuk kepada hudud versi pas sesuai dengan soalan yang dikemukakan peserta konvensyen.mungkin saya silap menafsirkan tetapi saya rasakan itulah konteks jawapan beliau.jawapan yang pasti boleh didapati dari beliau sendiri dan saya berharap agar beliau tampil menjelaskan perkara ini...

CheWal said...

Saya menghargai komen dari Ustaz Fathul Bahri dan saya bersetuju dengan pendapat beliau.

Saya mempunyai sudut pandangan lain mengenai kenyataan Tun. Ianya berdasarkan kepada pemahaman terhadap kenyataan tersebut.

Berkenaan dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir baru-baru ini, terdapat 3 perkara utama :-

1. Hukum hudud tidak ada dalam Al-Quran
2. Hukum hudud adalah rekaan ahli feqah
3. Undang-undang hudud yg direka ini (merujuk kpd hudud pas) tidak adil

perkara 1 dan 2 adalah berkait. ini komen saya :-

Perkara 1

Bagi saya apa yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir adalah, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada jenayah seperti mencuri, berzina dan lain-lain tidak disebut dalam Al-Quran. Tun tidak mengatakan bahawa hukuman untuk mencuri tidak ada, tetapi penggunaan perkataan hukum hudud yang merujuk kepada jenayah tersebut tidak ada dalam Al-Quran.

Dalam Al-Quran, perkataan hudud disebut sebanyak 14 kali. boleh rujuk di www.chewal.blogspot.com untuk butirannya.

dalam kesemua ayat yang mana Allah menyebut perkataan hudud ini, tiada satupun yang merujuk kepada jenayah seperti mencuri, berzina dan lain-lain.

Inilah yang dimaksudkan apabila hukum hudud ini tidak disebut dalam Al-Quran. hukuman untuk mereka yang mencuri, berzina dll ada dalam Al-Quran, tetapi perkataan hudud tidak disebut dalam ayat-ayat mengenainya.

Perkara 2

apabila Tun mengatakan bahawa hukum hudud ini direka oleh ahli feqah, ianya bermaksud hukum hudud ataupun kanun jenayah shariah ini digubal atau direkebentuk oleh ahli feqah. Ini bukan bermakna hukuman-hukuman dalam kanun jenayah itu direka oleh ahli feqah tetapi keseluruhan undang-undang itu digubal oleh ahli feqah berdasarkan Al-Quran dan hadith. Ini juga berkaitan dengan kenyataan Tun yang pertama iaitu , hukum hudud itu tidak adal dalam Al-Quran. Sebagai contoh, dalam kanun jenayah syariah atau hukum hudud ada dimasukkan hukuman rejam tetapi hukuman rejam tidak ada di dalam Al-Quran. Hukuman rejam adalah dari hadith. Maksudnya keseluruhan kanun jenayah yang dipanggil hukum hudud ini bukannya datang dari Al-Quran tetapi digubal atau direkabentuk atau dalam perkataan Tun direka oleh Ahli Feqah. Ini yang dimaksudkan oleh Tun bahawa hukum hudud ini direka oleh ahli feqah. ianya merujuk kepada penggubalan undang-undang yang dipanggil hukum hudud oleh ahli feqah yang disandarkan kepada Al-Quran, Hadith dan Ijmak Ulamak.

Sebagai contoh atau analogi. Hadi Awang mengatakan bahawa negara islam tidak ada di dalam Al-Quran. kenyataan Hadi Awang ini merujuk kepada perkataan negara islam tidak disebut di dalam Al-Quran. Tetapi didalam Al-Quran ada diterangkan konsep-konsep kenegaraan, pentadbiran dalam islam, sistem ekonomi islam dan pelbagai cabang-cabang yang boleh dikkumpulkan untuk menjadi satu rangka konsep negara islam. Samalah juga kalau saya katakan bahawa Negara Islam adalah direka atau direkabentuk atau digubal oleh ahli Feqah berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadith. Negara Islam tidak disebut dalam AL-Quran, ianya direka oleh ahli feqah yang menggabungkan kesemua unsur yang disebut dalam Al-Quran dan Hadith. Samalah dengan hukum hudud dalam kanun jenayah syariah yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir.

Dalam kenyataan Tun juga sebenarnya, Tun menyebut mengenai hukuman-hukuman dalam AL-Quran seperti mencuri dipotong tangan, berzina disebat 100 kali yang mana menunjukkan Tun mengakui akan kewujudan hukuman tersebut dalam Al-Quran. Apa yan gTun persoalkan adalah, dalam penggubalan undang-undang hudud oleh PAS, PAS tidak bersikap adil. Ini membawa kepada perkara ke 3.

bersambung..

chewal.blogspot.com

CheWal said...

sambungan...

Perkara 3

Perkara ini Tun merujuk kepada konsep keadilan. Tun mengakui hukuman yang ditulis dalam Al-Quran seperti memotong tangan dan sebagainya, tetapi yang dipersoalkan adalah undang-undang ini perlu digunakan keatas seluruh rakyat tanpa mengira agama. Dalam hudud PAS, ia mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS ini hanya terpakai kepada umat islam. bagi orang kafir, mereka tidak perlu mengikut undang-undang hudud dan boleh mengikut undang-undang sivil. Disinilah berlaku ketidak adilan. Bagaimana boleh satu jenayah yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza dari segi agama dihukum dengan dua bentuk hukuman yang berbeza. Ini dinamakan tidak adil dan kita tahu bahawa keadilan amat penting dalam islam.


Ini adalah ulasan saya mengenai 3 perkara utama yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir. Bagi pendapat saya, kenyataan Tun Dr. Mahathir dalam konteks yang diterangkan diatas, tidak salah tetapi ianya boleh mengelirukan dan membawa kepada fitnah.

chewal.blogspot.com

MegaBidaman said...

salam bro , mohon linkkan blog saya http://bidaman.blogspot.com/ dalam laman tuan. tq

MegaBidaman said...

salam , mohon linkkan blog saya http://bidaman.blogspot.com/ dalam laman tuan. tq

YTL Engineer said...

Tapi I rasa XLOGIK Tun M xtau langsung (Bukan suruh tahu 120%, atleast tahu Hudud dtg dr Allah pun dh cukup)!

Pertama: I ni budak biasa, dah masuk U, keje pun sudah. And I'm not holding big position either! But, ustaz fathi I boleh lah tau serba sedikit about Hudud Law. Melalui internet, perbincangan, majalah, buku @ ceramah bila kita *rajin g surau/masjid. I ni bukan lah bckground Syariah. But my studied sama mcm TUN M (cuma my studied more to Medical Health Mgt).

Kedua, TUN M punyai menteri yg begitu byk semasa pemerintahan dia (Selalu btukar2 menteri agama), ditambah pula Penasihat Agama kp PM (itu lain), nk panggil bos2 besar agama/ustaz/ulama/dekan2 prof pengajian Islam begitu mudah, kita ada Jakim, Majlis Mufti ishh byk lah.. bole tny angkat telefon call direct... jd pada saya tidak ada sebab TUN M xtau about hudud secara basic (sekurang2nya tahu dia dtg dr Allah dh cukup). Tergamak cakap ia ciptaan Manusia!!!!!!

Kita yg tak punyai kelebihan access VVIP and legitimate power to call Menteri2 agama/ Dato', Datuk Seri, Tan seri, Prof syariah, Dr syariah ..pun boleh tau just google atau gi masjid dengar tazkirah dan Khutubah jumaat bole tau. Tak ade Sbb ustaz nk kata TUN M xtau apa. because budak yg tny soalan tu bukan tanya soalan rumit contoh; apa kah hukum org yg miskin mencuri atau apakah ayat al Quran psl hudud! Dia tny soalan basic jer.

Anonymous said...

TUN SUKA BERFIKIR DAN TUN MAHU KITA BERFIKIR DENGAN JAWAPAN BELIAU BERIKAN.

HeroTamil said...

Agreed,

So lebih cenderung kepada jawapan CheWal.

Malahan Tun M sendiri minta rujuk kepada Al Quran. Ini lah something ramai terlepas pandang. Kerna telalu emosi.

Maka ramai yang jawab, apa yang ada dalam fikiran mereka dgn apa yang had ilmu dan ingatan yg mereka ada.

Bila rujuk Al Quran pun bukan nak cari kebenaran kenyataan Tun, tapi cari ayat yang boleh hentam.

Bila kita berpegang pada konsep ini, kita memileh jalan utk menilai org lain menggunakan AL Quran, sedang kan Kita di ajar untok memahami ajaran Islam.

Islam bukan nya agama menghukum. But ramai choose itu memileh jalan tersebut.

Anonymous said...

assalam,
ustaz fathul mungkin ilmuan agama dan bependidkan tinggi agama islam, tp rasanya salah bila sebut tun kurang pengetahuan atau jahil. beliau perlu maklum tun makan garam lebih banyak awal dari beliau malah sudah menelaah pelbagi buku2, kitab2 agama malah terjemahan al-quran sebelum beliau lahir lg ke dunia.
sudah terlalu ramai ilmuan islam yang tun rujuk bukan saja dari dalam malah luar negara, dan mereka2 ini adalah lebih senior dari ustaz fathul. apakah hanya kerana tun lulusan perubatan maka kurang ilmu didada tun tentang islam? ustaz fathul sepatutnya berdialog in private dgn tun jika tak faham ulasan tun, bukan memberi komen secara terbuka didepan so call pengikutnya. ilmu agama islam berbentuk universal untuk semua makhluk allah swt dan rujukan kita adalah al-quran dan sunah muhammad saw yakni hadith2 yg diyakini sahih. pun begitu tetap rasulullah menyatakan bahawa akhlaknya adalah al-quran.
dari jawapan tdm, sebenarnya beliau merujuk terus dari al-quran. bukankah jaminan allah al-quran itu lengkap dan jelas malah dipelihara hingga ke akhir zaman. tk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...