Bergema UiTM Shah Alam dengan laungan "We Love PM!", "Keranamu PM!" dan "1Malaysia!" oleh 10,000 mahasiswa dari seluruh IPTA di Malaysia ketika Majlis Perlancaran Yayasan Sukarelawan Siswa dan amanat PM bersama warga kampus malam tadi.
Sambutan luar biasa dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh mahasiswa dari pelbagai IPTA kepada DS Najib Tun Razak malam tadi jelas membuktikan bahawa dakwaan pelajar pro-pembangkang kononnya anak muda hari ini menolak kepimpinan DS Najib Tun Razak hanyalah omong kosong yang disokong oleh MINORITI pelajar yang sudah diresapi oleh fahaman politik pembangkang
|
Lebih 5,000 mahasiswa di luar dewan yang hadir untuk bersama dan menyokong PM walaupun hanya mendengar amanat PM melalui skrin besar. |
Malah dalam ucapan sebelum melancarkan Yayasan Sukarelawan Siswa juga PM DS Najib Tun Razak turut merakaman penghargaan di atas sokongan yang diberikan oleh MAJORITI mahasiswa.
"Jika 100 orang pelajar turunkan bendera tempoh hari tidak bersama saya, di sini ada 10,000 orang bersama saya" inilah ungkapan yang diluahkan oleh DS Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan.
Foto sekitar majlis perlancaran :
|
"PM Bagus" - kumpulan mahasiswa setia berdiri di anak tangga untuk menyambut ketibaan PM |
|
Full House - Dewan yang dapat memuatkan lebih 5,000 orang sesak dipenuhi mahasiswa dan warga kampus |
|
Satu barisan panjang dibuat oleh mahasiswa bagi menyambut dan bersalaman dengan PM |
|
Keadaan di luar dewan yang turut dibanjiri oleh mahasiswa/i seluruh IPTA |
|
Pelajar jurusan Masscomm dari UiTM Melaka gembira dapat bersua muka dengan PM |
|
Gembira dan ceria - itulah raut wajah yang ditunjukkan oleh mahasiswa/i yang hadir |
\
|
Pantang nampak kamera... hehehe |
Banyak lagi foto yang dirakam, jika berkesempatan saya akan kongsikan bersama saudara pembaca...
YY : Teruja tengok sambutan yang ditunjukkan oleh mahasiswa yang bersikap rasional...
5 comments:
Suka suka sukaaaa! We love u pm& also our vc dato sahol hamid! :)
Kalau gua xde kelas mlm tu, mesti dah 10,001 mahasiswa kt prog sukarelawan tu :) hehe. Anyway, yg turunkan bendera dan bangkang kepimpinan ds najib adalah minoriti. Yg sokong jauh tinggi cuma kami mahasiswa relax dan x suka menyalak cam mahasiswa pembangkang yg stress. Kami mahasiswa yg menyokong pm adalah mahasiswa yg cool, tenang & riang gembira :) bagi mahasiswa pembangkang, sy recommend anda untuk mengambil suplement prozac atau pill anti depress untk tenangkan jiwa. Haha
brsemangat aku tgok pic2 nih.. zaman aku belajar dulu xde peluang.. uitm memg trbaik..pendukung martabat bangsa.. aku bangga mjadi sebahagian produk uitm.. hidup PM..hidup kerajaan Malaysia..hidup masa depan negara dan bangsa..!!
tahniah lah pada mereka yang pergi dengan niat yang ikhlas. but me from uitm kbm, rase mcm kene tipu je. pada mulanya kami de minta uutk pergi ke audi kerana ada perjumpaan dengan kelab fakulti, but ble smpai je tgk ade siaran langsung dr uitm shah alam. kalau ye pun nak student dtg tgk jangan lah menipu. buang masa je. last2 tak smpai 30minit separuh dewan je yang tinggal. student dah mule annoying.
Fatyn,
U nk menipu pun agak2 la. Lps 30 minit i tgk ramai je org. Separuh dewan balik atau u sorang saja yg balik? :-)
Post a Comment