BLOG RASMI PPIM

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Friday, March 23, 2012

Guang Eng Musibat Jual Tapak Masjid

Ketua Menteri, Lim Guan Eng disifatkan sebagai bongkak dan biadab kerana tergamak menjual tapak masjid yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, Setiausaha Agung DAP itu tidak berhak untuk campur tangan dan menyentuh 'harta' yang dikhaskan untuk orang Islam.

Tegas beliau, tindakan tersebut amat berbahaya kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang Islam khususnya di negeri ini.

"Sepatutnya tapak tersebut telah dipecah sempadan dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan seterusnya diwakafkan oleh majlis berkenaan. Justeru, kami mendesak Guan Eng supaya mengembalikan tapak masjid kepada MAIPP.

"Kami mahu beri peringatan kepada Guan Eng supaya tidak mendiamkan diri atau cuba memutarbelitkan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Shaik Hussein turut meminta pemimpin Pas menasihati Guan Eng tentang perbezaan di antara masjid dan surau kerana dimaklumkan pemaju akan menyediakan surau dan bukannya masjid.

Isu tanah Bayan Mutiara timbul apabila tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemilik tanah berkenaan.

Tanah tersebut kemudiannya dijual kepada pemaju swasta untuk dibangunkan sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Menurut Shaik Hussein, pelan pembangunan asal Bayan Mutiara diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 30 Oktober 2006 dengan nombor rujukan JPB/PM/4490(LB)PIN.1.

Katanya, selain kebenaran merancang masjid dan pelbagai jenis rumah, pelan tersebut turut merangkumi kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti dan tapak sekolah.

"Tapak sekolah juga perlulah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk dibina sekolah.

"Walaupun pemaju bersetuju membina sekolah tetapi Pemuda UMNO khuatir pelaksanaannya kelak akan diputar belit dan dibina sekolah antarabangsa seperti Sekolah Antarabangsa Prince of Wales di Botanica City, Balik Pulau yang telah menidakkan hak anak-anak miskin tempatan," ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya juga inginkan kepastian daripada Guan Eng sendiri sama ada pemaju telah disyaratkan untuk membina gerai penjaja di situ.

Sekiranya ada, kata Shaik Hussein, pemaju perlu membinanya di lokasi strategik dan bukan terperosok di hujung tapak projek seperti mana kebiasaan dilakukan oleh pemaju kerana Bayan Mutiara adalah hak rakyat Pulau Pinang - Utusan Malaysia

YY : Baru dapat sikit kuasa pun mereka sudah bertindak biadap begini, bagaimana jika mereka memegang tampuk pemerintahan negara?


Sent from my Samsung Galaxy Tab 10.1

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...