Hari ke-10 Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat di Pulau Pinang hari ini dimulakan dengan program Ikon Siswa dan Siswa Prihatin. Di mana peserta Kembara Aman Kampus dipecahkan kepada dua kumpulan.
Kumpulan pertama menjalankan program Ikon Siswa di SMK Prai manakala yang kumpulan kedua menjalankan sessi gotong-royong di sekitar Taman Chai Leng yang mana majoriti penduduk taman ini merupakan kaum cina.
Selesai dua aktiviti ini majlis perlancaran Kembara Aman Kampus peringkat Negeri Pulau Pinang telah disempurnakan oleh En. L. Krishnan Penyelaras ICU Seberang Prai yang turut dihadiri oleh ketua-ketua masyarakat cina sekitar Taman Chai Leng.
Foto sekitar Taman Chai Leng :
Pengerusi dan ketua masyarakat cina turut hadir menyokong Kembara Aman Kampus |
Mahasiswa Kembara Aman Kampus berbual bersama peniaga cina di Pasar Taman Chai Leng |
Siswa Prihatin - Aktiviti gotong-royong memerangi aedes. |
Konvoi Kembara Aman Kampus yang tiba semalam di negeri kelahiran Adam Adli iaitu Pulau Pinang dimulakan dengan sessi Pentas Anak Muda yang menampilkan 4 pemidato yang terdiri daripada pelajar Melayu dan India.
Dalam ucapan di hadapan 200 masyarakat India di Taman Teluk Indah, Prai YDP MPP USM Saudara Izwan (gambar bawah) berjanji akan membawa masalah penduduk di taman berkenaan ke atas pengetahuan pemimpin negara.
YDP MPP USM - Saudara Izwan |
Foto sekitar Pentas Anak Muda di Taman Teluk Indah :
Penduduk Taman Teluk Indah mengadu masalah mereka yang dialami sejak sekian lama. |
Dalam program tersebut, semangat 1Malaysia berjaya diterapkan oleh mahasiswa Kembara Aman Kampus di mana semangat harmoni di antara kaum berjaya ditonjolkan oleh mereka walaupun berlainan bangsa dan agama.
Mahasiswa berbangsa India melayan peserta Kembara Aman Kampus |
Nampaknya Adam Adli patut malu kerana masyarakat Pulau Pinang lebih menghargai usaha yang dibuat oleh Mahasiswa Kembara Aman Kampus. Mereka tidak mengiktiraf mahasiswa yang radikal yang mana lebih suka berbaring di atas jalanraya walaupun setiap kampus di Malaysia telah dibekalkan dengan tilam dan bantal yang sempurna.
Hahaha...
Kembara Aman Kampus kini tiba di Sg. Petani, Kedah sebelum meneruskan perjalanan ke UiTM Merbok.
Jumpa anda di sana...
3 comments:
Mai UiTM Merbok, maka kopak la juga dekat RM2000 duit aktiviti. Bas lagi 2 biji nak bwk p Sek Men. Sungai Layar, ikut arahan Dato' Tajul. Bajet JPM bagi banyak..huloq2 la sket
Ini lah ciri ciri future leaders..sekarang aman guarantee future pun akan aman...Mari kita kembali ke tahun 80han dulu....siapa yang berdemo...ingat tak lagi...Anwar Brahim le....tengok sekarang tak ubah ubah perangai..asyik dok instigate budak budak sekolah..U le tu..Hero sekarang Adam....bayankang 20 tahun dari sekarang...HANCUR..kalau ada budak macam Adam
mcm ni lah mahasiswa bakal pemimpin negara. kalau adam adli tu, perosak negara je.
NURUL IZZAH CUBA SABOTAJ PENDUDUK BANGSAR!! Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment